Ahad, 29 Mac 2015

Warkah: Negeri Kami Bukan Bahan Makian.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Lyeen terpanggil utnuk menaip entry ini sejurus melihat gambar ini yang telah menjadi viral buat warga Sabah. Apa sebenarnya menjadi masalah orang-orang seperti ini dengan rakyat Sabah seperti kami? Apa kemajuan yang orang-orang macam ni tuntut dari kami di Sabah? Apa hina sangat bahasa, budaya dan gaya hidup kami di Sabah? Okay, orang-orang ni anggap kami rakyat Sabah ni tidak ada perasaan? Kami tidak ada budaya? Kaji sejarah negara kita terlebih dahulu sebelum kalian menghina Sabah. Jawab persoalan saya ini berserta bukti.
1. Bagaimana pembentukan negara kita tanpa Sabah yang kalian hina ini?
2. Apa sumber negara kita tanpa Sabah yang kalian caci maki ini?
 Saya mahu data yang emperikal dari kalian. Saya tuntut! Saya mahu kalian kaji dan baca satu persatu sebelum kalian PIJAK kami sebagai rakyat Sabah yang 'bangsat' ini.

Sumber: https:Pages Tulun Sabah

Kalian membodohkan rakyat Sabah seperti kami dengan menggunakan media sosial seperti ini? Kerana bagi kalian, kami tidak ada media seperti ini untuk mempertikai apa yang kalian canangkan? Kalian ingat kami tidak tahu BACA DAN TULIS? Kalian SALAH! Kalian ingat kami warga Sabah tidak mampu mencapai internet untuk membetulkan segala kesilapan yang kalian cipta di laman sesawang ini? Kalian mem'perkosa' pemikiran masyarakat lain tentang Sabah. Kalian katakan kami KOTOR, TIADA KEMAJUAN, BAHASA KAMI HINA, PEKERJAAN KAMI HARAM, MISKIN DAN PELBAGAI CERCAAN, HINAAN SERTA MAKIAN kalian gambarkan kami sebagai rakyat SABAH. Sebenarnya kalian KOLOT! Kalian cemburu dengan perpaduan yang ada di Sabah. Kalian cemburu kerana kami semua dari pelbagai kaum tapi kami masih bersopan-santun walaupun ternyata kami banyak perbezaan! Kalian sebenarnya cemburu dengan perpaduan yang kami cipta bukan? Kerana itu kalian ingin menghancurkan perpaduan kami? Kalian silap!

Kalian KEJAM kerana meracuni pemikiran masyarakat kita. Hari ini kalian boleh mem'bodoh'kan kami rakyat Sabah tapi bukan untuk tempoh 10 tahun akan datang. Kami ada generasi yang lahir dalam era 20-an ini. Kami ada generasi baharu yang akan celik segala-galanya. Kami ada generasi yang akan mentransformasikan segala pemikiran jumud kalian tentang kami warga SABAH. Kalian tunggu detik itu, saat itu jangan pernah kalian yang menghina kami ini terkial-kial meminta maaf di media sosial. Jangan pula kalian mengatakan bangga menjadi rakyat Malaysia. Walhal kalianlah orang yang MENGHINA Sabah hari ini.

Saya sebagai warga SABAH yang lahir dan membesar di SABAH terpanggil untuk menaip entry ini kerana semakin risau dengan tuntutan media yang selalu meghidangkan masyarakat kita dengan PENGHINAAN buat warga SABAH? Lantas di mana keadilan untuk kami? Adakah perkara ini hanya dipandang sepi? Kami menuntut pihak tertuntu mengkaji kes ini sedalamnya keran perkara sebeginilah yang akan merosakkan perpaduan dalam negara kita! Golongan seperti inilah yang akan mewujudkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Orang mana yang tidak berang saat negeri tanah tumpahnya darah kami dipijak sesuka hati? Kami bukan manusia tanpa akal yang tidak tahu membezakan buruk dan baik. Kami mahu keadilan untuk kami! Kami mahu maruah kami di angkat semula oleh golongan yang menghina kami seperti diatas.

Kita hidup dalam Malaysia. Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Kita SATU. Kenapa perlu wujud masalah sebegini? Kita mahu hidup bersatu padu tapi ada sahaja anasir yang membuat onar. Hapuslah 'duri dalam daging" ini. Musnahkan golongan seperti ini yang akan memecah belahkan rakyat di Malaysia. Kami di Sabah tidak tuntut perkara yang besar. Kami hanya mahu keadilan untuk kami, apa yang sebenarnya HAK untuk kami, berikanlah. Apa yang tidak HAK kami, ambillah. Kami memberi orang lain merasa. Jadi, kami juga harap orang lain memberi setimpal dengan apa yang kami rakyat Sabah berikan. Hak tetap Hak. 

Jagalah perpaduan kita. Jangan jadi anasir yang menghancurkan perpaduan. Tidak lama lagi kita akan menyambut kemerdekaan negara kita. Adakah kita benar-benar sudah mengerti erti kemerdekaan? Kita tidak tahu, kita belajar. Kita tuntut ilmu. Jangan biarkan kita sepi tanpa ilmu kerana beginilah jadinya jika kita berbicara tanpa ilmu. Mohon dengan sangat hormati sensetiviti perkauman dalam negara kita.  Kita buat baik orang balas baik. Begitulah sebaliknya. Segala tulisan saya ini datang dari pandangan saya sendiri. Apa yang baik datang dari Allah SWT dan segala yang kurang dari kelemahan diri saya sendiri dalam menaip entry ini. 

Nota pink: Saya orang Sabah. Lahir di Sabah. Membesar di Sabah. Saya tidak sanggup melihat negeri saya dihina sesuka hati. Saya sedih. Kerana saya orang yang akan sentiasa bertanya pada diri sendiri..."Apa sumbangan aku untuk negeri aku?". Saya tidak punya sumbangan apa-apa. Maka ini sumbangan idea saya untuk membersihkan pemikiran orang lain tentang negeri saya. Jangan risau, negeri saya sangat seronok. Banyak yang menarik. Kami tak makan orang. Kami juga masih menggunakan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Malaysia. Marilah datang ke Sabah dan kalian akan merasai nikmat Negeri Di Bawah Bayu. InsyaAllah.

Ok Bai. Assalamualaikum.

2 000 Makan Cupcakes!:

Yana Nana berkata...

Syabas awak.. Orang macam awaklah yang diperlukan untuk membersihkan pemikiran orang Melayu sekarang.. Saye share ok..

Cik Lyeen berkata...

@Yana Nana Alhamdullilaha wk..sila..sila..:) sama-sama kita berkongsi idea :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...