Jumaat, 27 Mac 2015

Senang Hati

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Alhamdullilah, dah masuk bulan kedua Lyeen berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Segambut, Kuala Lumpur. Siapa sekolah dekat sekolah ni angkat tangan! Hahaha. Penat sangat sebab semeter ni juga kena buat proposal untuk Penyelidikan Tindakan. Tapi, hari ni dah boleh sneyum banyak-banyak sebab proposal dah siap semalam. Siap print okay. Tapi final draf la. Harapnya tak banyak lagi Lyeen kena betulkan. Tak sabar nak graduate!! Hahaha.

Apa yang menariknya praktikum ni Lyeen? Kau tak bosan ke nak hadap muka students kau hari-hari? Kau tak bosan ke buat Rancangan Pengajaran Harian setiap malam? Buat BBM bagai. Tipulah kalau Lyeen cakap tak bosan. tapi jujur dari hati paling dalam kita rasa kepuasannya bila kita berjaya buat murid-murid kita faham dan mereka seronok nak belajar. Tak susah nak jadi cikgu kalau kita seronok dna suka buat kerja. Tapi, kita jadi sangat susah bila kita asyik nak mengomel itu ini. Bla-bla-bla-bla-bla. Aku pun kadang-kadang mengomel juga. Hahahaha.
Ehem-ehem dalam kita sibuk-sibuk tu, jangan lupa jaga kesihatan diri. Sekarang ni musim panas membahang menusuk ke tulang-tulang. Banyakkan minum air kosong dan jangan terlalu terdedah dengan matahari. Jaga makanan kita dan jangan stress, barulah hidup kita bahagia. Semua kerja pun cantik je kita rancang. Pejam celik dah nak masuk bulan April (Bulan GST). Selamat berjimat-cermat dan berhemahlah. 

Ok bai. Assalamualaikum.
Nota pink:
Psttt, cer tengok FB Lyeen sekarang, Lyeen akan release tudung baru taw. Ala-ala vintage gitu. 

1 000 Makan Cupcakes!:

:-) berkata...

senang hati :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...