Selasa, 20 Januari 2015

Kenapa Perlu Bersyukur?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Sebenarnya banyak kali nak fikir update blog tapi ada jer benda buat aku tangguh jap. Kejap tu bukan seminit dua tapi seminggu dua. Jangan tiru perangai macam ni. Tak akan maju. Alhamdullilah hari ni dapat juga buka ruang dashboard dan klik gambar pensel tu untuk menaip entry. Hahahaha.

Alhamdullilah juga sebab result Peperiksaan Semester lepas dah keluar dengan jayanya, walaupun Lyeen tak dapat capai target yang Lyeen hajatkan tapi Lyeen tetap bersyukur sebab Allah pinjamkan kejayaan untuk Lyeen rasa habuan hasil penat lelah selama 6 bulan belajar subjek yang masyaAllah susah. Sepanjang aku study, subjek Sejarah Bahasa Melayu dan Semantik tu lah yang aku rasa susah tahap susah gila. Hahaha. Syukur sangat tak sia-sia tangan aku jammed time tulis esei hari tu.
Syukur, walaupun ramai lagi orang yang lebih baik dari Lyeen. Apapun, tahniah untuk semua guru-guru pelatih sebab kita akhirnya bertemu tahun akhir pada tahun ini yang hakikatnya memang lebih mencabar. 

Seminggu lagi, Lyeen akan keluar pula untuk melaksanakan Praktikum untuk fasa yang ketiga. Kali ni Lyeen buat praktikum dekat Sekolah Kebangsaan Segambut, Kuala Lumpur. Sebelum ni buat dekat sekolah jauh dari bandar Kuala Lumpur, kali ni memang kau duduk tengah Kuala Lumpur la Lyeen. Oh bakal anak-anak muridku, tolonglah jadi baik. Hahahaha. Semestinya, Lyeen akan berpisah selama tiga bulan dengan gadis-gadis ini, dah masuk 5 tahun makan sama-sama, gelak sama-sama dan semua bendalah buat sama-sama. Rindu. Nak tak nak kena cakap juga. Hahaha.

Takpa kita sakit-sakit dahulu, kemudian baru kita duduk goyang kaki ramai-ramai. Hahaha. 
Sebenanrnya dari tadi duk perhati kenapa font malam ni Arial sangat? Pengaruh buat assignment meluas sangat awal semester ni sebab takut tak sempat nak buat. Hahaha. Ok bai. Assalamualaikum.


1 000 Makan Cupcakes!:

Halim Brothers berkata...

Dekat dgn Rumah ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...