Rabu, 7 Mei 2014

Tulis & Sampaikan Yang Baik-Baik.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Red Velvet.

Dalam banyak-banyak tahun, tahun 2014 inilah yang Lyeen rasa entry Lyeen paling kurang. Rasa macam nak taip entry pun tak menyempat, tapi insyaAllah lepas ni gagahkan juga jari jemari untuk main tap-tap-tap-tap dekat lap top dan bagi pengisian dekat tanah kedaung Lyeen. Bloglist dekat tepi pun lama tak berkunjung sambil tinggalkan cupcakes. Hahahaha.

Hari ni sebenarnya tak ada kelas pagi, kelas kejap lagi pukul 2 petang.Rileks dulu sambil senyum-senyum depan lap top. Tetiba nak taip entry sebab rindu baca entry yang lama-lama. Sedih. Rindu. Bahagia. Kecewa. Semua ada dalam blog Lyeen, betapa Lyeen sayang pada tanah kedaung ni. Dari tahun 2009. Sekarang usia tanah kedaung Lyeen dah 5 tahun. Kalau blog Lyeen ni orang, dia dah boleh daftar masuk pra sekolah. Hahahaa. 
Lyeen ingat lagi mula-mula blogging betapa segan, malu nak tanya itu ini dengan blogger lain. Dulu rajin nak godek-godek main kod untuk edit blog sendiri. Alih-alih sekarang dah tak done nak main-main kod dalam blog terus je contact dengan blogger lain untuk edit blog kan. Kalau tak, takdanya templete blog Lyeen akan tersusun dengan kemasnya macam sekarang ni. Hahahaha. Bila baca balik entry-entry lama, malu juga. Rasa nak delete. Tapi, bila fikir balik. Apa yang aku tulis adalah penulisan yang lahir dari hati. Apa yang terlintas dan apa yang Lyeen rasa, Lyeen taip. Biarkan. Suatu masa nanti Lyeen akan baca balik semua tu. 

Alhamdullilah, sekarang ni walaupun malas update blog. Lyeen sudah ada tanah kedaung sendiri yang setia untuk jadi medan Lyeen bercerita. Penulisan Lyeen dalam tanah kedaung ni lebih kepada "apa yang aku lalui, aku kongsi. Yang baik jadikan teladan. yang buruk jadikan sempadan." Niche blog Lyeen. "Romantik gila-gila"...Haahahahaha. Niche blog pun tak tahu sebenarnya! Lol.
Apapun, Lyeen cuma harap apa yang Lyeen tulis pada ruang tanah kedaung Lyeen ni mampu bagi inspirasi pada orang lain. Mampu bagi semangat dekat orang lain. Paling penting, Lyeen suka bercerita selagi mana cerita Lyeen tak membuka aib orang lain mahupun aib Lyeen sendiri, itu sudah cukup. Apa yang kita lalui, andai kita rasa kita boleh kongsikan dan jadi pengajaran untuk orang lain pun sangat baik. Tu sebab ilmu itu kita boleh sampaikan dengan apa cara sekalipun. Jika bermanfaat, maka pahala itu ganjaran untuk kita. Jika tidak? Nauzubillahminzaliq.

Boleh jadi dua puluh tahun akan datang, anak-anak Lyeen  baca entry Lyeen. Mereka tahu kepayahan Lyeen. Mereka tahu kisah hidup Lyeen. Mereka tahu apa kesilapan Lyeen. Mereka boleh belajar dari kesilapan Lyeen. Ohhh...so sweet. Hahahahaha. Apapun, tulislah yang baik-baik. Sebarkan yang baik-baik. InsyaAllah ada hadiah yang baik-baik Allah berikan pada kita. Tegur Lyeen bila entry Lyeen keterlaluan.
Nota pink: Berkawan dengan ilmu. InsyaAllah, ilmu berkawan dengan kita. 
Ok bai. Assalamualaikum.

7 000 Makan Cupcakes!:

sYiRa LoKMaN berkata...

kongsi ilmu yg baik juga sedekah :)

Ieka Farhana berkata...

rasanya macam dah lama tak nampak cik lyeen ..

Filzah Azzahra berkata...

baik cikgu ...

sHaRiNa eLyaNa berkata...

assalamualaikum cik lyeen, amboi mana lesung pipi nya..kikiki, sha pun harap suatu hari nnt blog sha mnjd kngan terindah tuk dibaca ole anak2..

ANa Ahmad berkata...

tuntut lah ilmu hingga ke liang lahat kan cikgu kan? ;)

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

InsyaAllah lyeen, saling ingat mengingati.. :3

Teena Tna berkata...

Hai lyeen! Lama tak datang sini. Dah tukar url eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...