Selasa, 20 Mei 2014

Nikmat Belajar. Nikmat Peperiksaan.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Moist Cokelet.

Ehem, alhamdullilah dah lepas satu paper semalam. Semalam paper Budaya dan Pembelajaran yang rasa macam nak menangis juga nak jawab, lagi-lagi bahagian objektif yang bagi pilihan jawapan hampir-hampir sama. Lyeen pun hampir-hampir nak menangis nak jawab. Sekarang ni soalan semua bagi  High Order Thinking (HOT) sampai student yang nak jawab ni pun naik hot. Hahahahaha. Tapi, alhamdullilah semua ada jawapan cuma tak tahu jawapan yang Lyeen tulis tu betul ke tak... Haahaha.
Sumber: Google
Exam semalam dua jam setengah. Mula pukul dua sampai pukul empat setengah. Samalah macam gambar dekat atas ni. Lima minit terakhir tu terus pecut laju-laju, tulisan Lyeen tak payah cakaplah. Tulisan memang cun gila-gila. Time nak buat esei tu, muka surat pertama cantik tersusun je semua huruf-huruf. Masuk halaman kedua, rasa macam tulisan berangkai pun ada. Hahahhaa.
Sepanjang empat tahun study dekat sini, semalam Lyeen duduk sebelah model ni. First time duduk dekat-dekat. Selalunya duk jauh-jaaaaaaaaauh. Terharu sangat. Hahahahahha. Dia fokus sangat jawab exam, tak toleh depan belakang, kiri kanan pun. Lyeen tengok dia buat esei lapan muka surat. Patutlah pointer dia selalu lagi tinggi dari Lyeen. Masuk dewan exam pun dia diam-diam. Lyeen tahu orang banyak ilmu memang macam tu. Hahahaha.
Okay, apapun penangan exam ni memang sangat hebat. Buat makan tak lalu, mandi tak basah...Semua rasa tak done sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Selepas ni ada dua paper lagi. Lusa. Morfologi dan Sintaksis. Dua-dua tu subjek yang akan buat Lyeen menelaah buku 24 jam tanpa henti. Semoga dipermudahkan dan semoga semua benda yang Lyeen dah belajar dari awal semester tu akan datang balik. Hahaha.
Nota pink: Belajar adalah nikmat. Peperiksaan adalah nikmat. Tak semua orang akan merasainya. Suatu masa nanti, bila jauh dari zaman belajar, pasti suasana ini akan terkenang-kenang. Zaman tidur tak cukup. Zaman tertidur dengan nota. Semoga Allah mudahkan semuanya! 
Ok bai. Assalamualaikum.

5 000 Makan Cupcakes!:

ANa Ahmad berkata...

betul tu hehe..
demam terus pun ada bila pikir carry mark yang rendah dengan subjek dia memang killer2. takda harapan ke ni nak lulus eh?? otak masa tu tengah fikir dengan penuh tekanan haha. last2 demam.. :D

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

All the best lyeen.. Makin lama makin kritikal soalannyakan.. ena tahu lyeen pasti boleh!

Filzah Azzahra berkata...

ohhh empat tahun ehh belaja ? Lama jugak. Hihihi.


All the best Kak Yong Comeii :)

Aniq Bukhary berkata...

The last 5 minutes.. Wkakaka :D

Hafizul berkata...

Hahaha..suka jawab last minit..sebab masa tu jawapan bertalu-talu datang...terbaik la.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...