Rabu, 21 Mei 2014

Hukum Menghukum?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Pink.

Sebenarnya sekarang tengah study. Tapi, rehat kejap dan terus buka dashboard untuk taip short entry malam ni. Tajuk entry rasa macam senstif je. Apa yag dihukum? Apa yang menghukum? Sebenarnya tengah belajar hukum diterangkan dan menerangkan dalam bahasa melayu. Puas belek-belek Kamus Tatabahasa Dewan hari ni sampai tertidur dengan kamus. Memang kita study satu semester ni tapi engkau tahulah anak-anak zaman sekarang ni mudah jer lupa. Kena refresh balik. 

Kata Tunggal.
Kata Terbitan.
Kata Majmuk.
Kata Ganda.

Tak masuklah lagi dengan imbuhan siap ada morfem kosong, tak kosong, fleksi dan berbagai jenis. Itu untuk paper esok. MORFOLOGI. Part yang lusa lagi berasap. Nak analisis ayat. Siap sedia dengan peluru. Hahahahahaha. Paper SINTAKSIS yang terkenal dengan jolokan nama "Subjek Berhantu"...Hahaaha, Dulu mintak kursus ni ingatkan senang. Alih-alih nak belajar mak aihhhhhhh. Rasa macam besarnya bahasa Melayu. Patutlah kena study lima tahun setengah. 
Teringat dulu dekat sekolah, ada senior selalu panggil Lyeen, "Kamus Dewan bergerak" sebab dia selalu tanya Lyeen maksud sesuatu perkataan. Lepastu, bila tolong dia akan belanja Lyeen makan roti canai dekat kantin. Hahahhaa.Sekarang ni, nak belajar pun sampai pening. Nanti aku jadi cikgu aku nak PAKSA student aku hafal Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan ni. Hahahaha.

Okay, esok paper MORFOLOGI, pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.  Be nice please. Please. Wish me luck! Ok bai. Assalamualaikum.


Wordless Wednesday: Heart

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Rabu. Macam biasa pasti ada wordless dan adalah menjadi kewajiban pengunjung yang baca entry ni buat tafsiran sendiri tentang apa yang mereka lihat. Setiap orang ada ruang pandang yang berbeza. Apa tafsiran anda?
Sumber: Google
Ok bai. Assalamualaikum.


Selasa, 20 Mei 2014

Nikmat Belajar. Nikmat Peperiksaan.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Moist Cokelet.

Ehem, alhamdullilah dah lepas satu paper semalam. Semalam paper Budaya dan Pembelajaran yang rasa macam nak menangis juga nak jawab, lagi-lagi bahagian objektif yang bagi pilihan jawapan hampir-hampir sama. Lyeen pun hampir-hampir nak menangis nak jawab. Sekarang ni soalan semua bagi  High Order Thinking (HOT) sampai student yang nak jawab ni pun naik hot. Hahahahaha. Tapi, alhamdullilah semua ada jawapan cuma tak tahu jawapan yang Lyeen tulis tu betul ke tak... Haahaha.
Sumber: Google
Exam semalam dua jam setengah. Mula pukul dua sampai pukul empat setengah. Samalah macam gambar dekat atas ni. Lima minit terakhir tu terus pecut laju-laju, tulisan Lyeen tak payah cakaplah. Tulisan memang cun gila-gila. Time nak buat esei tu, muka surat pertama cantik tersusun je semua huruf-huruf. Masuk halaman kedua, rasa macam tulisan berangkai pun ada. Hahahhaa.
Sepanjang empat tahun study dekat sini, semalam Lyeen duduk sebelah model ni. First time duduk dekat-dekat. Selalunya duk jauh-jaaaaaaaaauh. Terharu sangat. Hahahahahha. Dia fokus sangat jawab exam, tak toleh depan belakang, kiri kanan pun. Lyeen tengok dia buat esei lapan muka surat. Patutlah pointer dia selalu lagi tinggi dari Lyeen. Masuk dewan exam pun dia diam-diam. Lyeen tahu orang banyak ilmu memang macam tu. Hahahaha.
Okay, apapun penangan exam ni memang sangat hebat. Buat makan tak lalu, mandi tak basah...Semua rasa tak done sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Selepas ni ada dua paper lagi. Lusa. Morfologi dan Sintaksis. Dua-dua tu subjek yang akan buat Lyeen menelaah buku 24 jam tanpa henti. Semoga dipermudahkan dan semoga semua benda yang Lyeen dah belajar dari awal semester tu akan datang balik. Hahaha.
Nota pink: Belajar adalah nikmat. Peperiksaan adalah nikmat. Tak semua orang akan merasainya. Suatu masa nanti, bila jauh dari zaman belajar, pasti suasana ini akan terkenang-kenang. Zaman tidur tak cukup. Zaman tertidur dengan nota. Semoga Allah mudahkan semuanya! 
Ok bai. Assalamualaikum.

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Assalamualaikum.
http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Ahad, 18 Mei 2014

Bila akan berakhir?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Tiramisu Cokelet.

Cuba scroll older post. Hahaha. Banyaknya join GA dan Segmen. Lama sangat tak support dunia blogging. Hari ni pulun join GA dan segmen siap tag blogger lain lagi. Hahahha.Siapa lagi buat GA? Tag Lyeen laju-laju aihhh. Hahahah. Okay,hari ni hari Ahad. Sepatutnya boleh je keluar makan angin sambil makan-makan. Jalan-jalan sambil mengorat. Eh? Hahahha. Tapi, semua tu kena buang tepi sebab esok ada paper untuk EDU 3106 Budaya Dalam Pembelajaran. Paper ni untuk Final Exam Semester 5 yang dah nak habis ni. Cepatlah habis. Cepatlah. Nak cuti. nak cuti. 
Ehem, muka dah cengkung. Mata dah bertingkat-tingkat. Sebab exam dah nak dekat. Hahaha. So,good luck untuk semua yang ada exam yer. Study sungguh-sungguh aihh. Jangan main-main. Study tu biar fokus jangan main jeling-jeling handphone macam Lyeen. Semoga semua ilmu yang kita dah belajar akan kita ingat saat kita perlukan dalam dewan exam nanti. Okay? Paling penting jaga kesihatan dan jaga emosi bila dekat-dekat exam ni. Jangan fikir banyak sangat nanti stress, tak memasal pengsan dalam dewan exam. Okay, selamat maju jaya untuk diri sendiri dan untuk semuaaaaaaaaaa!

Ok bai. Assalamualaikum.

'Segment: Just RT This!

Klik banner untuk join.

SEGMEN INI TAMAT PADA 31 MEI 2014
PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 5 JUN 2014
Zumal akan pilih 5 pemenang menggunakan random.org

Hadiah Utama:
Wang Tunai RM50

Hadiah ke 2-5
Kurma Yusof Taiyoob 500g

Ok bai. Assalamualaikum.

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

Klik banner untuk join.

Ucapan Selamat Hari Guru: 
"Adakalanya kita rasa diri begitu bertuah diberi ruang untuk bersama anak-anak yang masih bersih jiwanya! Alhamdullilah, Allah beri mereka rasa kasih sayang. Peluk hati mereka, insyaAllah mereka peluk jiwa kita. Selamat Hari Guru pada semua.cikgu-cikgu dan golongan pendidik seluruh dunia! Kita cari ilmu seluasnya kerana ilmu Allah maha luas  Terima kasih buat semua cikgu-cikgu yang pernah mendidik diri ini. Sesungguhnya, jasa kalian dan usaha kalianlah yang memimpin saya untuk berada pada jalan yang saya berdiri hari ini. InsyaAllah, dua tahun lagi saya akan menjadi seorang guru dan pastinya ucapan tahniah itu saya hadiahkan teristimewa untuk cikgu-cikgu saya. Terima kasih dan Selamat Hari Guru cikgu-cikgu semua! 


Ok bai. Assalamualaikum.

"1st Mini Giveaway By Atikah Aziz"

Klik banner untuk join.


Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam
[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru 2014

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet.

Dulu-dulu kan selalu berlakon dalam bilik, depan cermin. Cakap sorang-sorang. Bila dah besar sikit, paksa adik-adik jadi anak-anak murid lepastu Lyeen jadi  cikgu. Ajar entah apa-apa. Kalau dulu buku latihan yang kecik-kecik tu seminggu jer dah habis sebab pakat-pakat koyak buku bagi kawan-kawan satu kampung main cikgu-cikgu.

Masuk sekolah rendah, nampak cikgu cantik sikit. Terus pasang angan-angan, "Aku nak jadi macam cikgu tu." Mulalah tiru gaya cikgu tu jalan. Cara cikgu tu makan. Semua Lyeen tengok. Bila dah sekolah menengah, dah tak berlakon tapi tanam azam dalam diri kuat-kuat nak jadi cikgu. Nak jadi cikgu. Nak jadi cikgu. Lepas SPM terus beli nombor pin dekat BSN untuk daftar masuk IPG.
cc: Bhen Instagram

Tup-tup-tu-tup. Alhamdullilah, Lyeen dah masuk tahun keempat belajar sekat Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur ni. Setahun lagi dah nak habis. Tak sangka budak-budak yang dulu berlakon jadi cikgu ni tengah menuntut ilmu untuk jadi cikgu suatu hari nanti. Tak sia-sia dinding rumah nenek Lyeen dulu kena cat tiap tahun sebab Lyeen dengan kawan-kawan selalu conteng dinding rumah buat jadi papan tulis. Hahahaha.

Betullah kata orang, "kalau hendak, seribu daya taknak seribu dalih." Sekarang, dunia serba canggih dan buat ramai orang perlekehkan kerjaya guru ni tak profesional. Sedih bila ada segelintir yang hina guru-guru. Macam-macam. Tapi, kita ambil positif je. Yang mereka hina ni juga akan didik anak, cucu,cicit mereka suatu hari nanti. Ikhlaskan hati untuk buat kerja insyaAllah, mudahlah segalanya.
Oleh itu, Lyeen nak ucap SELAMAT HARI GURU buat semua yang bergelar PENDIDIK. Sesungguhnya kalian orang yang bertuah kerana diberi amanah semulia ini untuk memberi inspirasi dan tunjuk ajar pada anak-anak yang suci jiwanya itu. Tahniah dan syukur pada Allah kerana memilih kalian sebagai barisan guru-guru yang menjadi penunjuk jalan buat mereka yang tidak diberi arah.
Nota pink: Amanah. Ikhlas. Biar apapun orang kata tentang profesion ini, percayalah bahawa profesion ini tetap nombor satu dalam hati Lyeen. Orang akan kata, "Dunia hari ini tak perlukan cikgu untuk belajar. Semuanya boleh dapat dari internet. Apa yang cikgu nak cakap. Ada dekat internet..." Anda yang tentukan penyataan ini benar atau salah. Tafsir guna hati dan akal. Kerana bagi saya, internet itu juga terhasil dengan adanya perkongsian ilmu. Ilmu dari siapa? Sudah tentu ilmu dari Cikgu.Cikgu.Cikgu.Cikgu. Sama-sama hayati Sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang. Semuanya boleh terjawab hanya dalam sajak itu.
Ok bai. Assalamualaikum.

Rabu, 14 Mei 2014

Wordless Wednesday: Happiness

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet.
Ok bai. Assalamualaikum.

:

Khamis, 8 Mei 2014

Giveaway Mei by ainruslee


GiveAway CASH RM50 by Cik Ayue

Salam ('',)
(Klik banner di atas untuk join)
Jom ramai-ramai meriahkan GA Cik Ayue!! 

Rabu, 7 Mei 2014

Wordless Wednesday: Google+

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Strawberry.

Ehem. Biasa kalau hari Rabu. Semua blogger pakat-pakat upload gambar dan paksa readers tafsir sendiri. Hahahaha. Lama tak buka google+. Alih-alih buka dah tahap ni followers dan views? Hahaha...terperanjat kiteeee :p 
Jumlah join masuk circle Lyeen dalam google+ tu. Boleh main circle banyak-banyak. 

Ok bai. Assalamualaikum.

Tulis & Sampaikan Yang Baik-Baik.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Red Velvet.

Dalam banyak-banyak tahun, tahun 2014 inilah yang Lyeen rasa entry Lyeen paling kurang. Rasa macam nak taip entry pun tak menyempat, tapi insyaAllah lepas ni gagahkan juga jari jemari untuk main tap-tap-tap-tap dekat lap top dan bagi pengisian dekat tanah kedaung Lyeen. Bloglist dekat tepi pun lama tak berkunjung sambil tinggalkan cupcakes. Hahahaha.

Hari ni sebenarnya tak ada kelas pagi, kelas kejap lagi pukul 2 petang.Rileks dulu sambil senyum-senyum depan lap top. Tetiba nak taip entry sebab rindu baca entry yang lama-lama. Sedih. Rindu. Bahagia. Kecewa. Semua ada dalam blog Lyeen, betapa Lyeen sayang pada tanah kedaung ni. Dari tahun 2009. Sekarang usia tanah kedaung Lyeen dah 5 tahun. Kalau blog Lyeen ni orang, dia dah boleh daftar masuk pra sekolah. Hahahaa. 
Lyeen ingat lagi mula-mula blogging betapa segan, malu nak tanya itu ini dengan blogger lain. Dulu rajin nak godek-godek main kod untuk edit blog sendiri. Alih-alih sekarang dah tak done nak main-main kod dalam blog terus je contact dengan blogger lain untuk edit blog kan. Kalau tak, takdanya templete blog Lyeen akan tersusun dengan kemasnya macam sekarang ni. Hahahaha. Bila baca balik entry-entry lama, malu juga. Rasa nak delete. Tapi, bila fikir balik. Apa yang aku tulis adalah penulisan yang lahir dari hati. Apa yang terlintas dan apa yang Lyeen rasa, Lyeen taip. Biarkan. Suatu masa nanti Lyeen akan baca balik semua tu. 

Alhamdullilah, sekarang ni walaupun malas update blog. Lyeen sudah ada tanah kedaung sendiri yang setia untuk jadi medan Lyeen bercerita. Penulisan Lyeen dalam tanah kedaung ni lebih kepada "apa yang aku lalui, aku kongsi. Yang baik jadikan teladan. yang buruk jadikan sempadan." Niche blog Lyeen. "Romantik gila-gila"...Haahahahaha. Niche blog pun tak tahu sebenarnya! Lol.
Apapun, Lyeen cuma harap apa yang Lyeen tulis pada ruang tanah kedaung Lyeen ni mampu bagi inspirasi pada orang lain. Mampu bagi semangat dekat orang lain. Paling penting, Lyeen suka bercerita selagi mana cerita Lyeen tak membuka aib orang lain mahupun aib Lyeen sendiri, itu sudah cukup. Apa yang kita lalui, andai kita rasa kita boleh kongsikan dan jadi pengajaran untuk orang lain pun sangat baik. Tu sebab ilmu itu kita boleh sampaikan dengan apa cara sekalipun. Jika bermanfaat, maka pahala itu ganjaran untuk kita. Jika tidak? Nauzubillahminzaliq.

Boleh jadi dua puluh tahun akan datang, anak-anak Lyeen  baca entry Lyeen. Mereka tahu kepayahan Lyeen. Mereka tahu kisah hidup Lyeen. Mereka tahu apa kesilapan Lyeen. Mereka boleh belajar dari kesilapan Lyeen. Ohhh...so sweet. Hahahahaha. Apapun, tulislah yang baik-baik. Sebarkan yang baik-baik. InsyaAllah ada hadiah yang baik-baik Allah berikan pada kita. Tegur Lyeen bila entry Lyeen keterlaluan.
Nota pink: Berkawan dengan ilmu. InsyaAllah, ilmu berkawan dengan kita. 
Ok bai. Assalamualaikum.

Selasa, 6 Mei 2014

Rindu.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Tiramisu Chocolate.

Padahal tak pernah makan cupcakes tiramisu. Berlagak jer taip cupcakes tiramisu. Hahahaha. Sebenarnya taip entry ni pukul tiga pagi. Entah kenapa rajin je nak taip entry awal-awal pagi. Sebab dulu pun rajin taip entry pagi-pagi buta lepastu blogwalking sambil sepahkan cupcakes dekat shoutbox blogger lain. Jahat aku dulu. Lol. Sebenarnya juga, minggu ni adalah study week sebab dua minggu lagi dah nak final exam. Pejam celik, pejam celik macam cepat jer semester ni berakhir kan? Seronok. Tapi, dalam seronok tu ada sedih juga. Entah part mana yang sedih pun tak tahu.

Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1. Sekolah pertama tempat Lyeen praktikum. Okay, praktikum. Entry sebelum ni ada cerita pasal praktikum then ada kawan blogger tanya, "Praktikum tu apa?". Praktikum ni kira macam tempoh latihan yang pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) sediakan, untuk guru-guru pelatih ni mengalami sendiri suasana sekolah yang sebenar. Diberi peluang untuk mengajar macam guru-guru biasa. Lyeen dah selesai melaluinya untuk fasa pertama tadi selama sebulan. Letih, penat, stress dan macam-macam perasaan ada. Tapi, semua tu tak terasa bila Lyeen pergi sekolah lepastu nampak murid-murid Lyeen. Rasa seronok je. Ya Allah, bila hati kita ikhlas buat kerja dengan niat kerana Allah, insyaAllah Dia permudahkan hati kita untuk buat kerja. 
Untuk fasa pertama ni, Lyeen dapat kelas Tahun 5 Budi dan Tahun 4 Cekap. Minggu pertama Lyeen masuk kelas mereka, semua buat muka terkejut sebab dapat cikgu baharu. Semua takut-takut lagi nak dekat. Cukup setakat tanya nama je. Masuk minggu kedua dah pandai dekat-dekat nak manja-manja siap suruh Lyeen mengajar mereka sampai habis waktu sekolah. 
Budak-budak ni pandai berlakon juga sebab bila pensyarah Lyeen datang nak observe kan, mereka buat muka baik gila. Kalau nak tanya soalan tu, sopan sangat siap angkat tangan. Tak berebut-rebut pun. Bila suruh buat aktiviti, senyap macam dalam pusat sumber. Aliya, Izleen, Mysara. Senyap je dalam kelas tapi bila luar kelas semua benda dia nak cerita dan mereka bertiga juga yang paling galak menangis bila Lyeen cakap Lyeen dah nak habis praktikum.
Dapat bayangkan tak betapa riuhnya kelas hanya dengan tengok gambar ni? Hahahha. Ambik gambar ni, time last day praktikum. Semua pakat-pakat nak ambik gambar depan-depan sampai cikgu pun dah duk ke tepi. Nakal memang nakal. Tapi, nakal mereka masih boleh dikawal dan Lyeen tahu murid-murid macam mereka sebenarnya perlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan paling penting mereka nak jadikan kita kawan-kawan mereka supaya senang mereka nak bercerita. Ada tiga orang daripada mereka yang jumpa Lyeen cerita masalah mereka tentang kesukaran nak belajar. So, jadi tanggungjawab kita untuk bantu dan nasihat. Walaupun, sebenarnya Lyeen masih banyak kena belajar dekat IPG sebelum nak mengajar betul-betul nanti.
Selamat maju jaya untuk semua warga Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1 dan  terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami walaupun hanya sebulan kami sempat memberi bakti sambil mencari pengalaman mengajar di sekolah. Sungguh, pengalaman itu tak boleh dapat dekat mana-mana selain kita laluinya sendiri dan bila kita meninggalkanny pasti, suatu masa kita akan merinduinya sangat. Lyeen rindu bila Akshah datang bagitahu yang dia paling awal siap semua aktiviti. Lyeen rindu bila Lokman yang selalu emosi tu buat muka bersalah bila kena marah. Lyeen rindu bila Eman suka tanya, "Cikgu Lyeen tak pandai marah?"....Paling tak boleh lupa dengan budak  Atan yang sangat manja, "Jangan buat Cikgu Lyeen marah, Kalau Cikgu Lyeen marah, dia tak nak senyum."... Atan memang baik. Selalu tolong angkat beg laptop pergi bilik guru. Hahaha. Rindu. Semoga mereka baik-baik sahaja.
Paling rasa penat bila Lyeen terpaksa punggah hadiah-hadiah dari aras tiga tu. Sorang-sorang bagi hadiah, bagi surat, bagi kad ucapan. Tak lupa juga ada yang bagi duit. Nak gelak pun ada. Mcam-macam. Sweet sangat. Hahahaha. Memang jadi cikgu ni letih sangat-sangat. Tapi, adalah satu kepuasan dan kegembiraan bila Lyeen boleh tengok anak-anak murid Lyeen gembira dan menghargai apa yang Lyeen buat untuk mereka. Semoga ilmu yang Lyeen ajarkan kepada mereka mampu membantu mereka. Tak banyak. Sedikitpun sudah cukup. Alhamdullilah.
Sungguh, dalam hati paling dalam. Rindu mereka. Rindu sangat.
Nota pink: Allah beri rasa kasih dan sayang pada kita. Allah beri kita ilmu untuk dikongsikan. Allah beri kita rasa rindu untuk kita menghargai dan mengingati dan Allah beri kita rasa cinta sesama manusia agar kita tahu meletakkan hati kita pada insan-insan yang juga meletakkan kita dalam hati mereka. Semoga Allah, mantapkan lagi rasa kasih dan sayang ini sepanjang hidup ini dan semoga jiwa guru ini terus segar walaupun 40 tahun lagi. Aamin.
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 4 Mei 2014

Hujung Minggu.

Assalamualaikum warahmatullah Hiwabarakatuh dan salan cupcakes oreo.

Alhamdullilah, dapat taip entry hari ni. Sebenarnya taip entry guna handphone sebab sekarang nak menaip dekat laptop memang tak done lah. Masa memang sentiasa kena kejar laju-laju, seminggu ni full dengan aktiviti IPG.

Mula dengan Praktikum, Ujian Akhir Kursus, Kursus pergigian gigi,Larian guru dan Program amal gaza. Satu minggu full! Nak dating pun tak sempat. Eh??? Hahahaha.
Apapun, minggu ni sangat full tapi seronok walaupun ada masa tu nak guling-guling sambil menjerit 'saya letih aihhhh'... Tapi,bila fikir balik kalau nak jadi Cikgu kenalah tahan untuk lalui semua tu. Tak boleh nangis-nangis or pengsan lagi. Kena gagah. 

Bila taip entry ni rasa pelik sebab lama sangat tak update entry dan cara nak taip pun dah lupa. Tapi, Lyeen bersyukur juga sebab dunia blogging bawa Lyeen kenal dengan ramai blogger yang sempoi dan cool even tak update blog langsung tapi ukhwah antara bloggers masih cun. Itu hebatnya blogging! Allah temukan kita dengan ramai saudara alam maya.

Nota pink: InsyaAllah selagi mana hati kita inginkan kepuasan maka akal kita akan pimpin cara kita untuk jadi lebih baik.

Ok bai. Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...