Jumaat, 14 Mac 2014

Oh Jerebu!

Assalamualaikum Warahmatullah Hibabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawberry!

Betapa peliknya pukul 2 pagi Lyeen update blog. Okay, itu sahaja waktu yang ada. Dan Lyeen baru selesai mengemop lantai. Baru selesai mandi. Baru selesai main air dalam bilik mandi. Sebab, betapa dunia semakin panas membahang hari ni. Tak cukup dengan tu, nafas pun rasa tersekat-sekat. Tekak rasa macam ada ketulan pasir. Hiperbola sungguh ayat aku. Lyeen mula nak tidur pukul 11 tadi. Golek sana, golek sini, pusing sana, pusing sini. Panasnya….! Rasa macam nak terbang pergi Genting Highland sekarang juga!

So, Lyeen terus buka dashboard Tanah Kedaung untuk menaip entry walupun hakikatnya Lyeen tak tahu nak taip apa. Redha je la baca apa yang Lyeen taip pagi-pagi ni yer. Hahaha. Dekat bandar Kuala Lumpur ni memang bahang sangat. Kipas dah full. Tapi, molukel udara tak bebas untuk bergerak sebab habuk yang lebih banyak dalam udara. Sedihhhhhh! Persekitaran dah semakin uzur. Bumi dah merajuk dengan kita. Bumi dah penat sangat dengan karenah manusia. Bumi ni dah menangis. Kesian bumi.... :'(
Nasib baik Lyeen ada benda alah ni untuk cover mata. Hahahaah. Sekarang mata memang cepat sangat pedih. Berair dengan sendirinya.Faktor cuaca kita sekarang yang memang sangat-sangat kritikal. Kulaiti udara sangat membimbangkan. Tak selamat untuk aktiviti luar dah. Paling menyeramkan, kulit muka akan kering. Nasib baik ada Ephyra & VCO Catalyst. Menyempat promote! Hahahaha. Kena pulak sekarang ni, musim sukan. Lepas sukan hari tu, Bina Insan Guru. Sabtu ni pulak ada Karnival Permainan Tradisional. Siaplah nak terbakar! 

Pagi tadi, Lyeen dah classmates buat persembahan pentomin untuk Perhimpunan Bulanan. Walapun, diakui memang takda latihan yang khusus macam selalu. Lebih kepada spontan jer sampai tahap aku main redah jer tadi. Semua orang aku langgar. Maaf. Hahahaha. Lyeen jenis yang suka bercakap. Bila Lyeen kena buat persembahan tanpa suara. Lyeen memang kaku gila. Sebab tu bukan 'makanan' aku. Tapi, kalau persembahan yang banyak cakap-cakap tu yang aku suka. Contohnya, bercerita, berlakon, merapu.. Hahahaha. Walaupun sebenarnya i pemalu. Ok bai.
Sebenarnya baju ni zaman PPISMP punya. Pernah pakai dua kali sepanjang dah tiga tahun study dekat sini sebab dulu baju ni besar sangatttttttt! Bila kemas almari semalam terjumpa baju ni. Bila pakai, eh..? Dah muat. Means aku dah tak kecik. Membawa maksud Lyeen semakin dewasa. Tahun ni dah nak masuk 22 tahun kau Lyeen! Sedar diri sikit! Istimewa baju ni ialah Mak Lyeen yang tolong beli kain. Time tu lepas SPM dan jalan-jalan dengan Mak dekat bandar Tawau. Time nak melintas tu ternampak kain ni. Terus Mak beli dan bagi dekat Lyeen. Tu sebab sayang baju ni lebih! Tiba-tiba rindu Mak! Erm.....jelaous tengok junior balik yang balik Sabah untuk buat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Lyeen dah tak buat PBS tahun ni. Lyeen dah mula praktikum. Praktikum tak boleh balik Sabah sebab ada pensyarah yang akan buat seliaan. Seram!
Nota pink: InsyaAllah, kalau kita mudahkan urusan orang lain. Orang lain akan mudahkan urusan kita. Chill, walaupun cuaca sekarang sangat membimbangkan dan mengerunkan. Bayangkan je sekarang ni tengah duduk kaki Gunung Kinabalu sambil makan cokelet. Esok kelas pukul 8.00 pagi. Aku masih menaip. Semoga esok dahi aku tak mencium meja saat pensyarah bagi kuliah.
Ok bai. Assalamualaikum.

5 000 Makan Cupcakes!:

Marliza Roslee berkata...

adakah sy org pertama yg membaca??,,haha

Halim Brothers berkata...

Haha yg mencium ke meja tu yg tak boleh tahan.

Jaga kesihatan ya Cik Lyeen

Aniq Bukhary berkata...

Alhamdulillah kebelakangan nie sudah turun hujan. Syukur :)

miminadam berkata...

kehkehkeh ! ok lagi dari pada mimin cermin mata patah

Cik Puan berkata...

wooowooo...cik pon ade baju macam tu..tapi beza nya baju tu dah tak muat dengan cik..mihmihmih...
Salam kenal..pestaim cik singgah blog awak.dan follow sekali :)
#3522
http://azlyiejah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...