Khamis, 13 Mac 2014

Janganlah nak FAKE sangat!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Strawberry.

Hari ni awal pagi lagi dah senyum sebab kelas takda. So, Lyeen ada masa nak update Tanah Kedaung kejap. Untuk tahun ni memang entry dekat blog ni kurang sangat-sangat. Owhh, kesian Tanah Kedaung hamba. Pagi ni update juga supaya readers yang rajin view blog Lyeen yang tak seberapa ni tak menyesal view URL blog Lyeen. Hahaha. Ok, mukadimah rasa macam tak masuk sangat. Minggu lepas dan minggu ni memang masa padat sangat dengan aktiviti IPG sebab ada Sukan Tahunan, Bina Insan Guru, Perhimpunan Bulanan, Lawatan dan macam-macam. Aku rasa macam nak pengsan berganti-ganti. Nasib baik Lyeen tabah orangnya. Eh?
Lebih tabah bila guna baby bee sebab orang tak nampak mata kau bengkak kalau menangis 2 hari 2 malam. Hahahahha. Lebih tabah juga bila ada kawan yang anggap kau macam takda masalah then buat kau menggila dengan dia sampai kau stress rasa macam nak cekik-cekik batang leher dia! InsyaAllah lepas ni entry aktiviti kelas dekat Port Dickson tu akan menyusul. Tengah transfer gambar banyak-banyak dekat lappy. Hahaaha

Hahahaha, okay minggu lepas juga Lyeen memanas bagai nak gila bila ada manusia yang fake akaun fb Lyeen. Maybe yang tak seberapa nak dengki ni akan cakap macam ni, "Rilekslah, sorang je fake!" , "Kecohlah, kau ingat kau retis sangat!"... Bak sini Lyeen lempang guna papan kejap. Benda tu membahayakan okay! Bila orang guna gambar kita, nama kita. Sharp! Semua sama hingga tahap dia komen gambar tu seolah-olah dialah Lyeen. Rasa macam nak nangis bila view FB dia hari tu. Tapi, chill Lyeen! Macamana Lyeen tahu? Kawan sekolah Lyeen dulu inbox dekat fb.
Lyeen pun terus add fake account ni. Sehari lepastu, Lyeen tak boleh view pulak FB dia. Lyeen minta tolong kawan-kawan report FB  dia sebab memang dia guna gambar Lyeen dan bila orang komen gambar-gambar tu seolah-olah dia memang REAL Lyeen. Rasa macam nak hempas-hempas je laptop dekat atas lantai. Time tu memang Lyeen pasrah je suruh kawan-kawan report FB dia. Dua hari lepastu, dia approve Lyeen jadi kawan. Lyeen terus inbx dia dan minta dia delete semua gambar dan tukar nama. Tapi, lagi sentap bila dia boleh jawab macam ni, "Artis pun tak marah bila orang guna gambar dia!". Then, Lyeen jawab masalahnya aku bukan artis! Lyeen bagitahu dia yang bila buat fake akaun ni akan mengelirukan kawan-kawan aku. Dengan selamba dia boleh cakap, "Jangan risau, saya tak buat apa-apa yang buruk pun. Kalau kawan awak inbox, saya akan cakap yang ni bukan real awak.." Lyeen rasa macam nak nangis jer baca kenyataan dia. Apa dia ni tak fikir ke? Lepas je chat tu dia block Lyeen. Ohhh! Lagi kepala Lyeen berapi-api.

Dia kata jumpa gambar Lyeen dekat google. Masalahnya, tak kan jumpa dekat google dekali dengan nama full Lyeen dia boleh dapat. Okay, maybe dia godek habis blog Lyeen tapi kan, apa hak dia? Erm...apapun ni berkaitan dengan etika kita dalam internet dan alam sosial. Lyeen pun dapat belajar berhati-hati selepas ni. Untuk yang suka sangat FAKE orang ni, apa yang awak dapat? Tak dapat apapun. Awak tak akan berubah 100% jadi saya. Buang masa je pun sebab alih-alih nanti orang akan tahu juga. Facebook ni bukan awak sorang yang guna, even bukan saya yang nampak. Kawan-kawan saya boleh nampak. Be yourself! Takpayah nak fake sangat. Alhamdullilah, FB dah remove account tu sebab terima banyak report. Thanks untuk kawan-kawan yang sudi report benda alah tu. 
Nota pink: Kalau kau rasa nak sangat FAKE aku, pastikan kau kuat dan tabah. Sebab aku ni selalu kena uji dengan macam-macam. Kalau kau tak kuat dan tabah kau boleh terjun bangunan secara liga. Hahahahaha.
Ok bai. Assalamualaikum. 

3 000 Makan Cupcakes!:

Abu Zaini berkata...

Wah nice blog, I like it and I've follow this site...

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

sumpah meruap ena dengan manusia tak tahu malu tu.. ya Allah!!!!!! kenapa suka suka ambil gambar org hah!!! pastu mengaku diri tu adalah org yg gambar dy curik tu

Vanessa Ricky berkata...

Wowww sangat kurang ajar!! How in the world? -.- Kalau Vee jadi Lyeen dulu, tak nak add dia tp godek cari identiti dia pastu report polis. Itu baru ada umph :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...