Ahad, 1 Disember 2013

Kampung Nenek Saya.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasullulah SAW dan para sahabat.

Ehem-ehem, hari ni Lyeen menaip entry dekat rumah nenek. Tengah hari tadi, jiran sebelah rumah nenek jemput kami satu family untuk datang rumah sebab anak perempuan dia kahwin. Anak Pak Cik Jamal, Pak Cik Jamal tu guru mengaji Lyeen dulu masa tinggal dekat rumah nenek sebelum pindah dekat rumah yang sekarang ni. Dulu mengaji takut sangat dengan Pak Cik Jamal sebab kalau salah dan tak hafal, dia tak akan pindah mana-mana selagi tak dapat. Kau bacalah part tu satu malam sampai hafal. Hahahaha.
Cun kan Mak Lyeen? 48 years old, masih cun dan cantik. Tu sebab Abah aku tak pandang langsung perempuan lain. Setia hingga hujung nyawa. Aamin. Okay, kami gerak dari rumah tadi pukul 11.00 pagi sebab tunggu adik aku lama sangat bersiap. Sungguh! Adik aku yang lewat, aku awal sangat. Sangat-sangat! Hahaha, walhal sebenarnya aku yang paling last masuk kereta. Eh, kejap-kejap. Kau jangan percaya gambar ni. Berlagak je ambik gambar kat tempat duduk pemandu, padahal Abah suruh panaskan enjin kereta je sebenarnya. Sedih! Betapa teringinnya aku nak pusing-pusing bandar Tawau bawa kereta sambil lumba dengan kereta sebelah aku. Eh?
Adik perempuan Lyeen yang ketiga, Marliya. Dia Form 2 tahun 2014 nanti. Dia ni yang bersusah payah pujuk aku supaya buatkan dia facebook. Dan aku mati-mati tak bagi dia buat facebook. Hello, aku dulu pun Form 5 baru ada akaun facebook ok! Hahahhaa. Akhirnya, aku buatkan juga dengan syarat email, password dan username dia semua aku yang buat dan aku tahu. Security okay! Cakaplah aku kakak yang poyo dan mengada, tapi aku taknak adik-adik aku jadi macam aku. Semalam baru habis cuci telinga dorang. "Tak payah mau bercinta. Kalau ada, putuskan! Aku larang bukan sebab aku tak faham tapi aku dah rasa. Tak payah mau cinta-cinta nanti putus baru mau nangis. Jangan ikut bodoh macam aku. Aku cerita untuk pengajaran. Kalau aku tahu kamu bercinta, siap! Nanti sudah dewasa, jumpa juga tu dengan yang betul-betul. Lagipun, tahu kan bercouple tu haram? Jadi, jangan buat. Jangan jadi macam aku, sudah tahu buat jugak. Puihhhh!! Tapi, sekarang aku insaf. I'am single okay..! Tunggu Abah sama Mama ja carikan calon." Lepastu adik-adik aku buat muka sengal dan gelak. Adik-adik aku memang semua cool dan dengar cakap. Aku selalu ingatkan dorang pasal kehidupan. Apa yang aku lalui, aku cerita dekat mereka supaya mereka boleh jadikan pengajaran. Sweet tak kakak macam aku? Hahahaha. 
Siti Nur Sazila Umairah. Anak buah Lyeen, dia anak Abang Aly. Abang kedua selepas Abang Adi. Umur 3 tahun tapi dah macam 30 tahu sebab kuat sangat mengomel, kuat merapu dan kuat berlakon. Mulut dia mak aiiii.....pot-pet-pot-pet-pot-pet macam mulut burung Kakak Tua. Aku suka tanya dia, "Umairah, siapa cantik?" Lepastu dia jawab, "Akulah...!" Budak ni memang berlagak. Kadang-kadang aku suka buat dia menangis tapi dengan aku juga dia minta makan kalau lapar. Bertuah punya anak buah! Okay, maybe Lyeen akan stay dekat rumah nenek dalam seminggu kot sebelum balik KL. Nenek aku punya eksaited okay aku datang sini. Yerlah, nenek aku takdak kawan duk rumah dia ni, bila aku datang mulalah dia nak potong rumputlah, sapu sampahlah dan seangkatan dengannya. Tapi, seronok sebab dekat sini memang terasa suasana kampung bila depan rumah nenek aku ni, ada sungai. Ada pokokpokok kelapa. Ada budak-budak main guli depan rumah petang tadi. Ada anak-anak muda main motor. Ada pakcik-pakcik bawa anak-anak kecik jalan. Ada mak cik-mak cik buat gosip. The real suasana kampung macam dulu-dulu. Serius, i like it!
Nota pink: Ramai jumpa kawan-kawan time kecik-kecik dulu masa majlis kahwin tadi. Semua dah besar-besar. Ada yang dah anak anak pun. Walhal, dulu selalu main sama-sama dekat sungai sampai jatuh. Yer lah dalam 6 ke 7 tahun rasanya tak jumpa selepas pindah ke tempat tinggal sekarang ni. Bila jumpa, semua buat muka malu-malu kucing. Senyum-senyum ingat dulu kecik-kecik pernah main kahwin-kahwin. Hahahahhaa! Seronok sangat balik kampung nenek ni. Teringat dulu zaman kecik-ekcik. Zaman comel-comel. U olls ada kampung halaman yang memang the real kampung? Best tak? InsyaAllah, nanti Lyeen share gambar-gambar suasana kampung nenek Lyeen.
Ok bai. Assalamualaikum.

3 000 Makan Cupcakes!:

sYiRa LoKMaN berkata...

salam...dah follow..terima kasih join segmen "i will follow you" by Syira Lokman :)tggu keputusan 3 blog yg akan direview ye?
jangan lupa follow blog peserta lain... :) tq !

Nur Hayati berkata...

Nice entri Cik Lyeen !!! :)

Btw, saye dari segmen " i'll follow u ".. done follow u. follow me back ok ? :)

Nurul ain berkata...

Done follow dari segmen http://syiralokman.blogspot.com/2013/11/segmen-i-will-follow-you-by-syira-lokman.html . Jum singgah sini http://nurulainzahir94.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...