Sabtu, 2 November 2013

You Muslim Maaaaa!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Salam sejahtera u olls, alhamdullilah hari ni muka ada manyak senyummmmmmm. Tapi, tak suka hari ni bila budak-budak kat depan rumah ni asyik main mercun yang buat terkejut satu taman perumahan ni. Rasa nak lempang je sampai berpusing kepala, nasib baik akak ni Kak Long yang baik hati. Penyayang, tak sampai hati nak lempang-lempang. Hahahaha. Entry kali ni nak sambung mengenai entry Kisah 5 Kisah yang mendapat rating tertinggi setakat ni. Tak sangka readers blog ni suka membaca. Hahahha, yer la kau tengok jer lah entry tu macam karangan jenis cereka dah Lyeen tengok. Kita banyakkan membaca barulah banyak pengetahuan, macam sweet je. macam sweet je. So, kira ini kisah yang keenam yer? 

Kisah 6
Selepas Lyeen dah habis round satu Sogo hari tu, Lyeen pun pergilah ke Pertama Mall yang sebelah Sogo tu. Alah, yang banyak jual handphone tu. Tapi, Lyeen datang bukan nak tengok handphone tapi nak jalan-jalan membuang masa. Tetiba, nak masuk satu kedai baju ni. Plan nak tengok-tengok je sebab tengok baju-baju dia jual cantik. Peniaga dia seorang wanita cina mungkin dalam umur 35 ke 40 macam tu. Dia peramah orangnya dan memang bersifat mesra pelanggan. Bijak dia bodek aku nak beli baju. Nasib baik nafsu untuk berbelanja aku masih terkawal.

"Blouse ni berapa kak?"
"Ni murah saja adik. Akak bagi adik RM 35.00. Ambillah."
"Sebenarnya, saya nak baju yang labuh sikit kak. Agak-agak melepasi peha."
"Oh, ya maa? Awak suka macam tu ka?"
"Dulu saya pakai macam ni kak. Tapi, sekarang tak dah..."
"Kalau macam tu you ambil dress la. I bagi u RM 70.00. Cantik macam cinderella"
"La, kain ni kain Lycra. Tak apalah kakak. Saya tengok-tengok je.."
"Ini kain Lycra pun you tak mau ka?"

Lyen pun menggeleng dan minta maaf sambil senyum-senyum dan terus nak keluar dari kedai dia. Tapi, dia segera pegang tangan Lyeen dan bagi Lyeen satu blouse singkat warna coklat muda.

"You ambiklah, saya bagi you maaa.."

Terkejut kejap. Aik! Macam tak percaya je. Macam tak percaya je.

"I pelik kenapa orang yang datang sini selalu nak beli baju yang macam nangka. You muslim maaa! Mana boleh pakai macam tu kan?"

"Yer ke kak?"

"Tu pasal i bagi you blouse pendek ni dan dress yang lekat-lekat dekat sini"

Time tu akak tu tunjuk ke arah punggung dan dada dia. Lyeen gelak tengok gelagat dia. Lucu jugak akak ni.

"Apa pasal you ketawa? Betul kan? Orang Muslim tak boleh pakai macam nangka. Tapi kenapa mereka datang suka cari macam itu? Itu pasal saya banyak jual sebab mereka suka beli. You tidak mahu, kenapa?"

"Maaf akak, memang saya tak nak. Betul, Muslim tak boleh pakai ikut body tapi orang sekarang lebih nak nampak cantik, kan? Mereka tak fikir benda tu boleh ke tak."

Lyeen tengok dia terpinga-pinga. Lyeen nak keluar dari kedai tu tapi dia seolah-olah tak bagi ruang Lyeen nak keluar. Time tu takut juga kalau-kalau dia nak jampi-jampi Lyeen. Nahas aku!

"Tak pa, i bagi you free maaa.."

Lyeen sekali lagi blur. Dia ni biar betul. Kalau nak bagi free pun bagilah dress cotton yang bergantung tu. Cantik sikit. Hahahaha.

"Eh, takpa kak..takpa..."

"You takmau?"

"Kalau akak bagi pun saya bukannya boleh pakai. Akak rugi jer. Takpa akak..Saya tengok kat kedai lain yer.."

"You baguslah adik. Nanti you cakap sama kawan-kawan jangan beli baju bungkus nangka. Muslim tak boleh maa. Nanti itu sana marah."

Time dia cakap ni, dia tunjuk ke arah atas. Fahaman Lyeen dia maksudkan Allah. Unik akak ni. Time tu barulah dia buka ruang untuk Lyeen lalu. Sebelum Lyeen keluar dari kedai dia senyum sambil promote baju tadi.

"I bagi. Tak nak?"

Dia senyum-senyum dan Lyeen tahu dia bergurau. Ya Allah, banyaknya pengalaman aku hari ni. Dalam hati, ada rahsia tersembunyi Allah bagi Lyeen lalui semua ni. Baru semalam terfikir, bayangkan kalau Lyeen ambil baju yang dia bagi. Mesti dia fikir Lyeen mudah dipengaruhi. Seterusnya, dia akan fikir pula yang Islam mudah diubah pendiriannya. See,dia sendiri cakap ramai yang datang kedai dia nak beli baju yang sendat dan menunjukkan benda yang tak sepatutnya. Malu bila orang cakap macam tu. Tapi, itu hakikat yang patut kita terima dan cuba untuk perbaiki. Lyeen masuk je dia terus promote blouse yang ikut body. Bila Lyeen kata nak yang labuh dia bagi dress dari kain Lycra. Bila kain Lycra sah-sah akan ikut bentuk body. Kain tu melekat! Nampak apa yang tersirat kat situ? Maksudnya, orang muslim yang datang kedai dia akan selalu cari baju yang macam dia cakap tu. Astagfirullahalazim....

Dari sudut postif, sebenarnya dia nak Lyeen bagitahu rakan Muslim yang lain supaya sedar tentang kewajipan menutup aurat dengan sempurna. Sedangkan akak tu dari agama lain tahu batas-batas itu, kenapa tidak kita? Lyeen tertarik pada kata-kata dia, " Itu pasal saya banyak jual sebab mereka suka beli." Jelas yang kita sekarang jadi mangsa fesyen. Nauzubilahminzaliq! Jauhkanlah kita dari semua tu. Lyeen kata macam ni bukanlah bermakna Lyeen ni baik dan sempurna sana sini. No...tapi kita berkongsi dan berpesan-pesan. Medium macam ni la yang mendekatkan kita kan? Lyeen pun ada kalanya tersilap, terlebih dan khilaf tapi sama-samalah kita sedar dan cuba untuk ke arah yang lebih baik.
Gambar ni first time dalam hidup saya guna tudung warna kuning. Sebelum ni tak berani sebab kulit gelap gila-gila. Sekarang dah berani sebab saya pengguna tegar Catalyst Virgin Coconut Oil semenjak 4 bulan lepas. Kalau nak PM laju-laju. Hahaha. sempat lagi promosi!
Nota pink: Saya selalu cuba nak jadi yang baik dan sentiasa nak kearah yang lebih baik. Tapi, kadang-kadang saya risau. "Mampukah saya untuk terus istiqomah untuk menjadi lebih baik?". Sampai sekarang saya tak bertemu jawapan. Tapi, saya selalu berharap semoga setiap hari Allah tunjukkan saya dengan macam-macam cara tentang apa yang terbaik untuk saya lakukan. InsyaAllah. 
Ok bai. Assalamualaikum.


7 000 Makan Cupcakes!:

Adam Faiz berkata...

Astaughfirullah.Memang tak patut terjadi...
New Entri : Terjumpa Header Blog waktu mula berblogging dulu

Maria Firdz berkata...

adoii... malunya... sy pun pnh kna sound sekali mcm ni... hhu.. mmg malu dan tak tau nak jawab apa... huu

Leeza dayasari [santai leeza] berkata...

harus dikongsi dgn lbh meluas k.

baby comel berkata...

tulah, org yg bukan seagama dgn kita pun tau dosa pahala tentang aurat ni. Thanks lyeen share benda ni

lurvlolipop berkata...

huh memg , memalukn jugk bila org bukn islam yg ckp mcm tu . mudah-2an kita x tergolong dlm glongan sedemikian , Allah... apa-2 pun penulisan kak lyeen memg bgi pengajarn , thanks perkongsiannya ;)

IraNur berkata...

kadang2 non muslim ni yang tegur kita. maluuu kan.

ANa Ahmad berkata...

wah ni bagus ni hehehe i like u lyeen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...