Rabu, 6 November 2013

Wordless Wednesday: Modesty

Assalamualaikum Warahmatullah Hibawarakatuh.

"Kadang-kadang kita berkongsi untuk mengingatkan diri kita sendiri. Andai kita minta pada Allah, Allah akan beri pada kita" - Wardina Saffiyah. Suka sangat cara beliau sampaikan ceramah, sangat menusuk sampai mengalir air mata. MasyaAllah, bukan susah untuk kita menjadi bidadari dunia dan juga tak mudah untuk kita menjadi seperti itu. SubahanaAllah. Tontonlah video ini, insyaAllah, andai awak mendengar dan melihat dari hati awak akan nampak ketulusan dan modesty yang dimaksudkan. Cuma sejam dan 40 minit saja awak. Luangkan masa seketika untuk mendengarnya.
Menghijabkan hati itu sangat sukar. Semuanya bermula dari mata. Maka sama-sama kita jaga pandangan. Lyeen juga dulu khilaf, salah seorang yang selalu salah langkah dan silap. Astagfirullahalazim..:'( Doakan saya berubah dan untuk saya yang terbaik. 

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah."



1 000 Makan Cupcakes!:

Vee Lea berkata...

Dearest sis, nanti ada waktu blh jenguk blog Vee, cari entry "la tahzan". Lyeen tgk video tu ye ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...