Jumaat, 8 November 2013

Wordless Friday


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Penuh kasih sayang.
Selawat dan salam kita curahkan pada Rasullulah SAW dan para sahabat. Semoga kita menjadi umatnya yang sentiasa cinta dan kasih serta mengingatinya. Aamin.

Hari ni Lyeen nak kongsi satu soalan dari sahabat Rasullulah kepada Rasullulah. Kita baca, kita fahami dan kita selami. Semoga dengannya kita sentiasa berhati-hati dan berpesan-pesan. Sesungguhnya, andai Lyeen kata macam ni bukanlah Lyeen kata Lyeen yang terbaik tapi untuk kita berkongsi. Kerana, semakin banyak yang kita baca sebenarnya semakin banyak yang kita perlu tahu. ( Macam Lyeen sekarang, semakin banyak baca pasla Linguistik, semakin banyak yang Lyeen tak tahu. Hahahhaa, esok exam. Malam ni baru nak pulun. Uhuks!) Jom baca!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku. Lagi dahsyat akan berlaku.” 

Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?” 

Nabi berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada kemungkaran.” 

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari itu.’ 

Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”

Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah, “apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin berlaku, ya Rasulullah begini? 

Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru.” 

Nota pink: Islam itu indah. Tenang. Damai lagi Memudahkan. Andai kita nak minta, minta hanya pada Allah, insyaAllah Dia Maha Pengasih. Pemurah dan Maha Mendengar.Ehem, sebenarnya ni bukan wordless. Ni  riple over. Hahaha..!

Assalamualaikum.

4 000 Makan Cupcakes!:

Wan Maruzen Wan Husain berkata...

Subanallah....ianya pasti akan berlaku kan...

Siti Hawa Abdul Rahman berkata...

gud luck 4 exam yaa..
sje blogwalking habes kan mase sempena cuti sem nie..
kunjung laa ke page sye.. baru lagi..
http://milkcthawa281.blogspot.com/

Lynn Munir berkata...

Good luck for the exAM lyeen dan balas kunjungan di sini.

Nadya Bubble berkata...

Allahuakbar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...