Rabu, 6 November 2013

Tertinggal kenangan dekat situ!

Assalamualaikum Warahmatulah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

Ehem, ehem, saya dah sampai KL. Macam sedih jer. Macam sedih je. Semalam ada kat Karak, malam ni pulak duk emo-emo duk depan laptop sambil dengar lagu Istikharah Cinta. Alhamdullilah kau Lyeen! Time sampai Karak hari tu, doa banyak-banyak supaya dapat lupa semua masalah sebelum datang Karak hari tu. Yes, dekat sana happy-happy jer macam orang takdak problem. Tapi kan, bila sampai jer Tol Gombak tadi, Lyeen dapat rasa aura KL yang membuatkan dada sebak dan sedih sangat-sangat. Kuatkah aku ni? Boleh tak nak bertukar jadi power rangers warna pink tu kejap?
Eh, alhamdullilah siap juga kek jam 12 malam semalam tu kan? Pagi tadi baru siap letak coklat masak. Abang aku siap sindir-sindir sebab pagi tadi lewat bangun sedangkan dah plan nak gerak dari KL awal. Pukul 11 baru terkedek-kedek Lyeen nak iron baju bagai. Padan muka aku! Sebelum balik tadi masuk bilik nak sure yang semua barang dah masuk dalam kereta. Ok, finish! Tetiba adik Lyeen panggil. "Kak, cincin kau!"..Lepastu pandang dia, dia pandang Lyeen. Lyeen buat muka poyo. Dia gelak. "Okay, okay.". Lepastu ambil cincin letak dalam handbag dan keluar dari bilik dengan muka tak bersalah. Biasalah orang single tak pakai cincin! Hahahaha.

Sebelum balik tadi makan banyak-banyak seolah-olah takda makanan je kat KL. Sepanjang perjalanan anak buah Lyeen tak henti-henti pot-pet-pot-pet. Yang dak Aiqal tu sampai muntah sebab asyik main jer dalam kereta. Lyeen nak marah pun dah tak boleh. Perasaan macam rasa nak siku jer sorang-sorang. Tapi, sayang pulak! Hahahaha. Sampai KL jer, terus pergi Aeon Big Wangsamaju. Makan kat sana dan buang masa kat sana. Ehem, ehem..pusing-pusing pukul 6 juga keluar dari situ da terus hantar adik Lyeen pergi UIA. 
Masa kecik dialah jaguh gaduh dengan aku. Sebut jer nak apa. Gusti. Tumbuk. Jeling. Main tarik rambut. Buli dia sampai dia kena cubit mak. Paksa dia buat kerja aku, contohnya basuh kain dan lain-lain. Semua pernah. Lyeen memang kaki buli kecik-kecik dulu sebab aku fikir aku kakak. Suka hati akulah nak buli adik-adik aku. MasyaAllah punya kejam aku dulu. Aku punya dengki tahap tinggi melangit dekat budak ni. Sebab dia memang lebih bijak dan inovatif dari aku. Hahahahaha. Tapi, sekarang dia nyawa Lyeen. 

Bukan takat dia je, semua adik-adik Lyeen adalah nyawa Lyeen. Mereka adalah Lyeen dan Lyeen adalah mereka, kau jentik adik aku seinci sampai lubang buaya aku cari kau! Lyeen lebih rapat dengan Liza ni sebab dia study sini dan apa-apa masalah aku story kat dia. Sebab beza umur kami dekat jer. Dia ni kan, nama jer adik tapi otak dia lebih matured dari aku. Serius! Kadang-kadang dia yang bagi aku nasihat sampai aku menangis-nangis. Tapi, aku lagi banyak bagi dia motivasilah. Eh? Hahahaha. Dia lebih kuat dari aku dalam aspek jiwa dan hati. Time aku sampai dari KL hari tu dialah yang sambut aku dan dengar aku membebel ntah apa-apa. Meluah perasaan. 

Hari ni Lyeen terima berita yang sangat-sangat pedih. Sangat nak masuk dek akal.Apapun, tahniah Lyeen ucapkan sebab memang Lyeen selalu jadi watak utama dalam sebuah permainan yang Lyeen tak tahu watak. Macam best je. Macam best je. Jadi pelakon. Huh...! Apapun, Lyeen pegang pada satu prinsip bahawa Allah bagi Lyeen ujian sebab Dia nak Lyeen lebih kuat sebab ujian-ujian sebelum ni tak cukup untuk kukuhkan Lyeen. Jiwa Lyeen rapuh dan tak kuat. Sebab tu Allah beri ujian ni lagi untuk tabahkan hati Lyeen. InsyaAllah. Macam dramatik je. Macam dramtik je. Ok bai. Hahahahaha.
Abang Lyeen yang paksa Lyeen buat gaya macam ni. Hogoh Tok Gajah Hogoh! Hahahaa. Ehem! Esok, Lyeen dah exam. Paper Teknologi dalam Pendidikan. Satu semester study benda teknologi ni buat Lyeen memang teruja sebab belajar dengan internet. Tapi, MasyaAllah punya susah juga nak faham balik subjek ni. Rasa macam nak drop jer. Eh? Hahaahaha. Kalau boleh drop subjek rasanya Lyeen pakat-pakat nak ambik satu subjek jer. Paper terakhir pada 10 haribulan nanti. Lepastu plan nak balik dah. Balik Karak semula sebab tiket balik Sabah on 1 Disember nanti. Rindunya nak balik Sabah. Sabah. Nak jumpa parents yang dah rindu melangit.

Eh, awak-awak semua. Lyeen juga nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah, semoga kita semua ada azam baru yang mampu membimbing kita ke jalan Allah dan urusan kita juga dipermudahkan olehnya. Lyeen dah ada azam dan tengah laksanakan azam itu. Semoga Allah redha dan semoga Allah jaga serta permudahkan. InsyaAllah. Aamin.

Ok bai. Assalamualaikum.


5 000 Makan Cupcakes!:

zulhilmi tempoyak berkata...

Kenangan setiap orang berbezakan.. ad manis ada pahitnya..

bila nak kenangan sama2 ni.. :)

Kongsi ArtikelBlog berkata...

waa.. nice entry tapi kalau dapat buat ringkas lagi best .. contohnye : dalam entry satu awak ade banyak cerita jadi pisahkan pade banyak bahagian.. selesa nak baca.. anyway you are the best on writing article blog

Lyeen De Syifa berkata...

@Kongsi ArtikelBlog hahahah..terima kasih awk..:) insyaAllah akan memperbaiki cra penulisan lgi..thanks atas tunjuk ajar..:D

Anis Zahidi berkata...

Sayu je hati bila baca entry kak lyeen ni :')

Marliza Roslee berkata...

saya terharu dan sedih ditemani lagu Mendua ini..sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...