Rabu, 27 November 2013

Sakit Hati.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Semanis Cupcakes. Salam ukhwah. Salam Kasih Sayang.

Baca title post jangan emo. Hahahaa. Okay, time Lyeen menjelajah alam maya tadi, ternampak satu status dekat page "Aku Islam" . Lyeen terjumpa sesuatu yang berjaya buat Lyeen berfikir sejenak.
Ye, walau sakit macam mana pun hati kita. 
walau terasa macam mana pun. 
walau terluka macam mana pun.
Jangan tunjuk akhlak yang buruk.
Jangan simpan dendam dalam hati, rosak hati tu nnt. 
Hati bukan tempat utk menyimpan perkara-perkara tak enak mcm tu..
Lupakanlah, itu lebih membawa pada ketenangan.
Lupakanlah. Moga ada maaf untuk hari esok.
Lupakanlah. Doakan saja agar dia tersedar atas perbuatannya suatu hari nanti. 

Kita bukan hakim yg adil, tapi Allah sebaik-baik hakim.

— Ruqaiyah Yusof
Lyeen tertarik pada quotes ini  sebab terasa macam kena je dekat jalan cerita. Ehem-ehem. Bila kita sakit hati, memang kita akan rasa terluka sangat-sangat-sangat-sangat kan. Kalau boleh nak menangis dan nak marah semua orang sebab kenapa benda yang menyedihkan dan menyakitkan jadi kat diri kita. Kan? Kan?  Tapi, benarlah bahawa sesungguhnya kemaafan itu adalah perkara terbaik. Hati kita terlalu unik dan istimewa untuk kita isi dengan perkara-perkara tak baik. Husnuzon dalam semua perkara. Pelihara hati kita dari benda-benda tak baik. Yes, Lyeen sedang melatih diri ke arah itu. Bersyukur kerana diberi ujian yang sangat hebat dan menyakitkan kerana yang menyakitkan itulah yang banyak mengajar kita. Kan? Ehem-ehem.
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas."( Hadis Riwayat Baihaqi ). Semoga Lyeen dijauhkan dari penyakit hati ini dna juga semua orang. Aamin. Semua orang pasti akan merasai kecewa, pernah sedih hingga merasa merekalah paling derita. Tapi, marilah kita pujuk sama-sama hati yang terluka itu untuk tersenyum dan bergembira lagi. Kalau terasa diri ini masih lagi bersedih, letakkan tangan didada dan pandanglah langit kemudian katakan, "Allah sentiasa ada dimana-mana untuk aku." Trust me, akan ada sebuah senyuman paling manis yang awak hadiahkan untuk diri awak. Like that  ^_^ Siapa lagi nak pujuk diri kita kalau bukan diri kita sendiri kan? Kalau Lyeen pujuk diri sendiri Lyeen suka makan, makan dan makan sampai rasa tak mampu dah makan. Makan adalah terapi terbaik..:p
Ok, sekian tazkirah pagi buta ini. Assalamualaikum.

5 000 Makan Cupcakes!:

nabila biela berkata...

sabar ye lyenn..sy kan ade? ;)

sYiRa LoKMaN berkata...

kte kne sabar :) mcm ni http://syiralokman.blogspot.com/2013/08/menyakiti-dan-disakiti.html

najiah shaharain berkata...

BETUL2..

ANa Ahmad berkata...

baca surah al-falaq insyallah di lindungi hehe ;)

Ira Nur berkata...

macam terkena kat ira jugak :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...