Khamis, 14 November 2013

Mr. Arrogant & Mr. Perfect

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam atas junjungan besar  Rasullulah SAW dan para sahabat.

Asyik tadi godek-godek search "Tempahan Edit Blog", tiba-tiba jumpa link blog Jia. Sungguh, cantik sangat-sangat akak tu edit blog rasa macam nak buat sepuluh blog lepas tu nak dia edit semua sebab tamak nak semua design. Hahahahahaha, geram sangat tengok doodle tu sampai rasa nak gigit-gigit sampai gigi berlapis Lyeen ni jadi tak berlapis dah! =_=
Doodle asal Lyeen ambik dari pages Jiakreatifelt dan Lyeen dah PM admin dia untuk ambil doodle ni. Tetiba rasa nak main edit-edit tengah-tengah malam ni kan? Betullah ilham dan idea ni selalu datang mencurah-curah time awal-awal pagi sokmo. Eh? Lyeen pun tak percaya Lyeen boleh jadi rajin hari ni. Ehem-ehem. Kalaulah anak-anak aku baca blog aku ni 20 tahun akan datang mesti mereka bangga ada Mak yang rajin macam aku. Sampai tahap tu! =_=

Kita cerita sikit makna disebalik quotes dekat gambar tu. Okay, dalam hidup kita Allah sudah tentukan yang kita akan hidup berpasang-pasangan dan Allah sudah menjanjikan pada kita bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya. Firman Allah SWT,  “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26). So, dekat sini kita tak payah nak demand sangat nak cari calon suami yang kaya, yang baik, yang handsome macam Mr. Arrogant dan perfect macam hero-hero dalam novel. Kita selalu berangan nak jumpa lelaki yang terbaik untuk kita tapi kita pernahkah terfikir untuk perbaiki diri kita dari semasa ke semasa? See, berbalik pada janji Allah tadi bahawa kalau kita nak yang baik kita kenalah jadi baik juga. Okay sis? 

Lagi satu kalau sis harapkan handsome saja. Tak cukup. Nanti dah tua handsome dah hilang, kasih sayang pun akan hilang bersama wajah yang handsome tu. Di sini, kita kena buat garis panduan apa yang kita perlukan? Bagi Lyeen apa yang penting adalah pastikan dia letakkan Allah tempat teratas dalam hatinya. Kerana apa? Sebabkan sis, andai dia letakkan Allah tempat paling agung dalam dirinya maka percayalah yang dia tak akan sekali-kali persiakan kehidupan kamu. Kerana dia takut pada murka Allah, dia takut pada dosa. Andai semua perbuatan yang kita lakukan di dunia ini nawaitu kerana Allah, pasti tiada bentuk kekejaman yang berlaku detik ini kerana garis panduan yang Allah sediakan untuk kita cukup sempurna sis..! Lyeen pernah bercinta, pernah merasa sakitnya dikecewakan dan ditinggalkan, pernah punya rasa sayang yang mendalam bak kata orang-orang dahulu setiap masa hidup macam dalam taman-taman bunga yang mekar mewangi. MasyaAllah, maha pengasih dan pemurahnya Allah kerana mengurniakan perasaan itu pada kita tapi kita letakkannya pada jalan yang salah.  Astagfirullahalazim. Tapi, alhamdullilah kerana Allah turunkan ujian dan bermacam-macam dugaan kerana Allah ingin beri Lyeen dan dia sedar dari mimpi dan insaf serta bertaubat dari kesilapan yang lalu. 

Kalau nak Mr. Arrogant minta pada Allah.
Nak Mr Perfect. Mohon pada Allah.
Kalau nak hero-hero lain pun boleh. Doa pada Allah.
Allah maha mendengar, jangan mengeluh dan jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita cuma kita yang jarang menyedari kehadiran-Nya disebabkan kita terlalu alpa dengan duniawi. Tadah tangan dan berdoa dan ceritakan pada Dia semua yang terbuku dalam hati, pasti kamu akan rasa tenang sangat-sangat. Pastikan juga hati kamu bersih dari dendam dan iri hati, tak mau dendam-dendam aihh, benci-benci orang lain. Tak mau. Tak mau. Allah tak suka. Kalau kita nak minta bantuan Allah kita kenalah tinggalkan benda-benda yang Allah tak suka. Okay? Deal sis? Good...
Lyeen menulis dan berkongsi bukan bermakna Lyeen ni baik tapi menjadi kewajipan kita untuk berkongsi apa yang kita ada. Barulah ilmu meluas dan berkembang. 
Ok bai. Assalamualaikum.


3 000 Makan Cupcakes!:

Hidayah berkata...

ehhhh...kalau tak salah ini awek mc masa eman manan tu kan..kan..kan.....?

*wahhh..terus lupa nak komen apa.. hehe..

Lyeen De Syifa berkata...

@Hidayah eh yer la..eh yerla..:) ada ke masa tu? laaaa..kenapa boleh xperasan kan..:D

Arya Estinengtyas berkata...

betul tu mohon pada Allah untuk mendapat pasangan yang baik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...