Isnin, 4 November 2013

Mentaliti Orang Kita Pasal Bola

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Masih terkejut bila PV minggu ni mendadak naik sampai 700 PV sehari. Tak pernah rasa gembira sampai macam ni. Hahaha. Satu sebab entry mengenai Saya dan Indera Bentara. Kedua Kisah 5 Kisah dan yang last entry You Muslim Maaaa! Jujurnya, semua entry tu ada pengajaran tersendiri untuk yang membacanya dan terutamanya untuk diri Lyeen sendiri. Kalau sebelum ni semua entry entah apa-apa jer kisah yang Lyeen taip dan kongsikan, so bila dah dewasa ni kena tukar rentak penulisan sikit kepada yang lebih santai tetapi ada manfaat untuk yang membacanya. Kan? Barulah advance sikit pembaca blog cupcakes ni. Hambekkk kau! Hahahhaahah.
Lyeen lahir di Sabah bah. Besar di Sabah bah. Tiba-tiba dah besar dan dewasa ni duk Pahang pulak, terasa macam orang Pahang yang tak Pahang sangat. Semalam Pahang menang kan? Hogoh Tok Gajah Hogoh! Kalau perasan timeline dekat pages dan twitter Lyeen bersepah pasal bola kan? Hahaha. Bila main je Liga Malaysia memang akulah orang paling semangat. Apa nak kata pasal bola? Lyeen nak cerita tak reti sangat even tugas referee dengan pemain pun Lyeen tak tahu beza. Hok oloh..! Tak, nak kira mata agreget aku tak tahu! Sungguh..! Yang Lyeen tahu siapa menang dan siapa kalah. Mana nak sokong mana tak nak sokong. Eh?

Ok, berbalik pada story board paling besar. Kita tengok mentaliti masyrakat kita ni kan bila dah minat kat sesuatu tu, mereka akan sungguh-sungguh aiihh! Tak kiralah terpaksa memaki hamun orang tu dan orang ni. Semalam dekat Twitter bersepah ayat-ayat yang kurang menyenangkan. Penyokong ni kata yang ni. Penyokong ni pulak maki hamun kat yang ni. MasyaAllah, yang main dapat duit beribu-ribu yang awak dapat dosa sebab menabur makian. Lyeen semalam tahan mata jer tengok status yang naik kat TL Twitter tu. Yes, itu twitter awak, saya tak nak baca sudah kan? Tapi, sebagai insan yang ada mentaliti tinggi dan berfikiran wajar, perlukah nak buat macam tu? Lyeen semalam sokong dua-dua sebab ada Apex. Eh? Kalau ada Farizal Marlias kan best. Eh lagi? Hahahahaha. 

Apapun u oolls, sama ada yang baca entry ni atau pun tetiba rasa nak emo bila baca entry ni, Lyeen bukan nak tunding jari pada sesiapa. Tapi, kita hidup bermasyarakat kan? Saling jaga hak orang lain dan saling hormat cara dan pendirian orang lain. Tak mau aihhh gaduh-gaduh pasal bola sebiji jer pun. Tahu semangat bola tu kuat tapi jangan sampai kita dalam negara ni tak sehaluan sampai jeling-jeling sebab kau minat ni aku minat tu. Astagfirullahalazim. Semoga kita dijauhkan naaaa. Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". [HR Bukhari dan Muslim]. Allah juga telah berfirmand , "Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang".-(Al Hujuraat: 10). 
Tadi we olls jalan-jalan sempena cuti ni kan. Ingatkan nak pergi Mentakab tengok movie Thor yang puas Lyeen beri sinopsis yang menerujakan dekat abang Lyeen, alih-alih dia bawa makan dekat Temerloh jer. Tapi, sumpah makan kat sana sedapnya MasyaAllah rasa macam tak nak berhenti jer makan. Ikan dia manis sangat tapi bukan ikan Patinlah sebab Lyeen memang tak makan ikan sungai. Hahahaha. Abang aku kata tak boleh kahwin dengan orang semenanjung sebab orang semenanjung suka makan ikan sungai. Sabah banyak laut tu sebab selalu makan ikan laut. Takpa la, takda orang semenanjung nak kat aku pun. Eh? Hahahahaha. Ok, lepas ni update pasal kisah makan di depan sungai Temerloh. 

Ok bai. Assalamualaikum.

11 000 Makan Cupcakes!:

fatin aziz berkata...

gomo kelate gomo!!!tak minat apex tapi minat farhan..eh??hahaha..chill la kan ni sukan je la..kita ni rakyat malaysia. pusing sana pusing sini we need each other..agree with ur opinions :)

Dhia Dirham berkata...

tak teringat langsung ahad final Msia. HAhhahaha tahniah Pahang

Eyqa Hasnan berkata...

Betul tu akak . Eyqa sokong! Kadangkadang sebab bola nie boleh bergaduh . Kalau dekat facebook and twitter semalam memang kecoh . Uhuks !

Raudzah Z berkata...

Tahniah Pahang..tapi betul tu Lynn..kadang-kadang pelik tengok dia orang ni..over taksub...

zulhilmi tempoyak berkata...

tu mentaliti setengah orang yang negatif ja.

jadi meh minat jugak... :D

Asha Lya berkata...

salam perkenalan cik cupcake :)..kita bloger dari sabah juga

Anne Nurain berkata...

sama la, aku pun tengok jugak final tu.. aku sokong dua2 walaupun aku orang sabah bha.. kekeke..

setuju dengan lyeen, walaupun itu twitter acc kita sendiri tapi tak semestinya kita boleh merapu apa saja.. kita kena juga jaga hati orang d sekeliling kita.

eh, terpanjang pulak komen aku ni.. kekeke

Nick Nashram berkata...

sepatutnye sukan bole satukan sume org..tapi nak wat cmne..ade sesetengah camtu..pe pun sedih lg sbb kelantan kalah..huhu

Puteri Kasih berkata...

Tulah kadang-kadang memang tak faham dengan segelintir penyokong yang suka gunakan media sosial untuk maki hamun. Tapi nak buat macam mana kan..lain orang lain ragamnya. :)

Vee Lea berkata...

HAHA. Perkara biasa bah tu kan. Kalau ada match ja mesti ada pihak yang !@#$%. Haaa.. Yg penting, kita jgn seperti mereka ;)

IraNur berkata...

setuju ! kadang2 muak baca status macam tu. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...