Jumaat, 8 November 2013

Allah Bantu Saya.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Ya Rahman.Ya Rahim. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.

Baru selesai aktiviti dengan keluarga Indera Bentara. Adakah ini yang terakhir untuk saya? Hanya Allah yang maha mengetahui. Balik bilik tadi terus cari bear. Mana bear? Pekik kuat-kuat cari bear. Macam sengal je. Hahahahhaa. Jumpa bear terus capai. Peluk dia. Pandang bear. Tanya bear macam orang sengal sebab dah tau bear takleh jawab nak tanya juga. Ok fine!

"Bear, aku kuat kan? Aku kuat. Please tell me yang aku sangat-sangat kuat bear. Please." Cakap dengan bear sambil pegang tangan dia yang bulat-bulat. Thanks bear sentiasa ada untuk aku. Kau tempat aku nak lepas geram. Lepas rindu. Lepas marah. Belajar silat pun, kadang-kadang bear jadi partner. Ahaks! "Bear, aku dah penat layan karenah manusia yang tak henti-henti nak keruhkan jiwa aku. Semoga jiwa aku kuat bear. Semoga aku mampu kawal emosi dengan baik. Sekarang aku dah tak nangis sebab air mata dah habis. Tengah nak refill ni. Macam poyo jer! Hahahha


Apapun, awak-awak yang tengah baca entry ni (kalau awak-awak bacalah), ibaratkan sahaja seorang manusia yang mengalami kemalangan jalan raya. Seluruh badan habis terluka, koma berhari-hari. Tangan, mata, kaki dan semua tercedera. Lama-kelamaan dia akan sembuh. Tapi, parut bekas luka tetap ada. Kekal sampai hujung nyawa. Saya harap kalian faham. Semoga Allah bantu saya  untuk permudahkan semua ini dari hari ke hari. Kerana saya tahu saya hanya bergantung harap pada Dia.

Moga Allah redha. Assalamualaikum.


2 000 Makan Cupcakes!:

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

mujur ada cik bear boleh temankan lyeen.. ena ni, hurmmm tak tahu lah nk lepaskan kt siapa..

Maria Firdz berkata...

Allah sentiasa bntu hmbaNya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...