Sabtu, 9 November 2013

3 Perkara Yang Awak Perlu Tahu!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam untuk baginda Rasullulah SAW dan para sahabat.

Ehem-ehem. Hari ni ada peluang update blog sebab paper habis awal, so sempat nak menekan papan kekunci ni dengan jayanya. Tap! Tap! Tap! Semalam tidur lewat sebab pulun study, biasalah kan study last minit ni macam best. Hahaha, tapi untuk yang tak ada keyakinan yang tinggi toksah ikut cara ni. Bahaya! Paper tadi ialah paper BMM 3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Terasa jadi tokoh Linguistiknya diri ini masuk dewan exam pagi tadi, nampak muka kawan-kawan pun semua macam tokoh falsafah. Sungguh!
Semalam saya tidur pukul 3 pagi. Bangun pukul 6 pagi. Mata saya macam sama dengan Bear saya kan? Hahaha. Bila jumpa kawan-kawan minggu ni, ramai kata muka saya pucat. Jumpa junior semalam pun cakap macam ni.."Kak Lyeen sakit ka?". Err. Muka aku muka macam sakit yer? Sedih. Hahaha. Memang minggu lepas dan minggu ni mood saya sedih-sedih, tapi alhamdullilah hari ni saya dah ceria semula macam Bear saya juga. Balik bilik tadi terus peluk Bear sambil cakap.."Bear, kau tahu tak soalan tadi senang je. Tak rugi aku berjaga sampai pukul 3 pagi tadi kan." Bear saya baik sangat. Pendengar yang setia. Ok fine, macam sengal aku buat statement macam tu. Hahahha.

Ehem, Tiga perkara yang awak perlu tahu hari ni untuk Lyeen kongsikan.
Kita tak perlu bersedih lama-lama andai kita kehilangan cinta. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kita hingga kita rasa tawar hati nak bercinta lagi. Tapi boleh jadi mungkin esok atau lusa Dia anugerahkan pula rasa cinta yang lebih segar dalam hati yang setepatnya untuk kita. Mungkin semalam kita berjalan tak hati-hati hingga tersungkur jatuh. Aduh, sakitnya! Maka, hari ini dan esok cuba jalan elok-elok jangan jatuh lagi bak kata Saidina Umar, "Waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata."

Hidup kita ada fitrah dan kita tidak dapat lari dari fitrah menginginkan sesuatu. Tapi, jangan pula fitrah itu diberatkan hingga menjadi kemudaratan buat kita. Carilah ketenangan sebab sebenarnya kita tahu ketenangan itu di mana, dari mana ia datang tapi kadang-kadang kita alpa hingga mencari di tempat yang salah. Kalau kita jatuh, bangkit! Jangan bila kita jatuh kita taknak bangun dah. Rugi, sebab bila Allah bagi ujian tu pada kita sebennarnya Allah nak kita dekat pada Dia. Allah dah bagi sms kat kita supaya call Dia. Kerana apa? Mungkin selama ni kita lupa call Dia, asyik bagi miscall jer. Tapi, yakinlah bila kita dah berkomunikasi dengan Dia, direct Dia akan bagi kita kredit. Free! Lyeen harap u olls faham maksud yang Lyeen nak sampaikan. Biasalah, aku kan orang Linguistik. Hahahahha.
Nota pink: Kita beringat sama-sama yer. Kongsikan ilmu kita sebab bila kita berkongsi sesuatu yang kita tahu, boleh jadi orang tak tahu. Kita dapat pahala. Kan? Esok, hari terakhir exam. Macam best kan exam hari Ahad? Memang best sebab esok last paper. Lepas exam terus MERDEKA! Rasa macam nak baling-baling nota je. Hahahhaa. Asatgfirullahalazim. 
Ok bai. Assalamualaikum.


5 000 Makan Cupcakes!:

Vee Lea berkata...

Wuii. Thanks a lot! Vee pun baru putus cinta ni. Ahaks T_T

Ijatz berkata...

nice..bru gue mngerti..prjuangan gue mesti ditamatkn :)

Ijatz berkata...

nice..gue mesti brjuang hgga tamat..gue akn trus brjuang & brjuang.. :) doakn gue ya lyeen kit sieng..

nabila biela berkata...

mcm comey je..mcm comey je..hehe

Syarafi[skyforce331] berkata...

nice share!!! follow sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...