Ahad, 13 Oktober 2013

Anak Gajah, Bapak Gajah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Bila dah cuti ni memang banyak tempat nak pergi, lagi-lagi bila Lyeen balik Karak ni. Tahu saja yang abang Lyeen ni memang tak boleh duk diam kat rumah, semua tempat dia nak jelajah! So, semalam dia bawa we olls ke Pusat Perlindungan Gajah, Kuala Gandah dekat Lanchang, Pahang. Sampai jer kat sana tu dalam pukul 2 petang, sharp dengan time gajah-gajah tu mandi dan makan lunch hour untuk mereka-mereka. HAHA.
Masuk kat sini , free jer! Gua cakap sama lu! Cehh.. Sebenarnya tempat ni kan duk dalam hutan-hutan sikit, so ramai lagi tak tahu tempat ni, sebab tu mereka buka jer tempat ni percuma dan hanya daftar nama jer kat kaunter pendaftaran. Mereka akan bagi sticker untuk lekat kat baju sebagai tanda awak-awak semua dah daftar. Anak buah Lyeen memang berlagak, sampai dua sticker dia lekat kat baju! Dari kaunter pendaftaran tu nak ke tempat gajah tu, u olls kena jalan jugak dulu dalam 5 minit macam tu. Bakar lemak kejap.
Serius, time sampai ni try dekat-dekat kat kandang ni. Sekali gajah ni hayun belalai dia. Sumpah Lyeen takut. HAHA. Lepastu, abang Lyeen beli tebu untuk bagi kat anak gajah ni. Lyeen try bagi. Satu demi satu. First tu kan, bila gajah tu susah sangat nak ambik even dah banyak kali nak bagi. Mana taknya kalau jarak nak bagi tu macam 100 meter kan? Alih-alih Lyeen campak jer tebu tu kat bawah sambil kata.."kau ambik sendiriklah!"... Hahahhaa, kejam tak. Kejam tak? Kat kandang ni, mereka letak anak-anak gajah jer kat dalam sebab nak letak mak dan bapak-bapak gajah ni tak boleh. Takut orang yang penakut macam aku ni kena pijak dek gajah!
Selesai je aktiviti tadi, mulalah aktiviti yang ditunggu-tungu. Time mereka nak mandikan gajah-gajah kat sini. Ada lima ekor semuanya dan mak kau, bapak besarnya! 3 kali ganda tinggi Lyeen. Lyeen nak tengok pun kena dongak. SubahaAllah. Gajah ni mandi sweet tahu, ada banyak ragam. Paling lawak yang kat depan ni nama Abon. Sampai jer kat air kan, dia terus jatuhkan badan dia dan rendam dalam air. Lepastu dia buang air, pengotor! HAHA. Bahan cernaan dia tu sangat-sangat besar!
See!
Besarnya. Erm..
Ok, selesai cerita pasal bahan buangan. HAHA. Lepas gajah-gajah tu mandi, mereka ada sesi lunch hour u oolss! Mereka makan buah betik ni dan kami diberi peluang untuk bagi makan gajah sekali lagi. Part ni yang Lyeen rasa geli snagat bila belalai gajah tu tergulung kat lengan Lyeen time nak bagi dia makanan tu. Eww, walhal dia nak ambik betik tu aje. HAHA. Saja nak ambik kesempatan! Adik aku tu berlagak jer ambik banyak-banyak betik tu, walhal sikit pun dia tak bagi makan kat gajah-gajah tu. Sebenarnya penakut-penakutnya aku ni, dia double penakut!
Siap boleh tenyum-tenyum manis lagi nak bagi gajah makan. HAHA. Mesti dalam hati gajah tu kata macam ni, "Baiknya hati wanita ini". Thanks Siti! Tu sebab Lyeen bagi dia makan banyak-banyak. Oh ya, Siti tu gaah paling muda dalam tu around 21 years old. Sama macam Lyeen kan? Siti hilang dalam hutan kat Johor sebab tertinggal oleh kawan-kawan dia. Kesian kat Siti. Siti ni pandai buat ucapan terima kasih tahu! Dia goyang-goyang belalai dia dan kaki dia bersilang. Comel.
Tahu tak berapa jarak Lyeen dengan gajah ni? Berjarak-jarak u olls. Sebab takut gajah tu libas belalai kat kepala Lyeen, turun nilai wang hantaran nak kahwin nanti. HAHA. Ketua pusat ni suruh pengunjung tanya kat pekerja dia apa-apa jer. So, Lyeen manfaatkanlah dengan tanya macam-macam soalan sampai tahap dia malas dah nak jawab. HAHA. Oh ya, sebenarnya gajah tidur 4 jam saja dalam tempoh 24 jam. Gajah tidur ada dua cara, pertama cara duduk dan dua cara baring. Gajah hanya tidur dengan gaya kuak lentang a.k.a baring bila mereka rasakan keadaan dalam hutan itu selamat. Wahh, seronok sangat.
Selesai semua. Letih sangat-sangat. Dahlah panas kan, lapar pulak. Duduk jer kat tepi-tepi jalan tu sementara tunggu abang Lyeen puas tengok gajah. Semua kategori gajah dia nak kaji. Bagus abang aku ni! Lyeen tak mampu dah. Letih sangat. Balik jer masuk dalam kereta terus tidur. Alih-alih sedar ingatkan dah sampai rumah rupanya abang aku emnyinggah pulak kat Mentakab Star Mall nak tengok wayang! Aihh... dengan bau gajahnya masuk panggung. Yes!

Ok awak-awak semua, lepas ni sambung lagi cerita pasal movie yang we olls tengok. HAHA. Esok, kononnya nak buat BBQ lagi kat depan rumah. Wah, mesti esok aku akan jadi mangsa asap kan. Sekian. 
Assalamualaikum.

6 000 Makan Cupcakes!:

ANa Ahmad berkata...

ooo gajah tidur 4jam saja.. baru AA tahu ni hehe..
erm burung unta pun otak dia lebih kecil dari biji matanya hehe..(eh apa kaitan) huhu

Ukhti NurliyanaZulkifli berkata...

kita suka gajah.. comel!
^^

MisEyz BLurz berkata...

habisla gajah2 tu kekenyangan semuanyaa...hehe

zulhilmi tempoyak berkata...

lama gak tak g zoo ni.. huhu

Filzah Azzahra berkata...

nnti lepas habes spm, nak pi sana lah.. mcm best je tengok gajah-gajah yg comel nie

Nadia Johari berkata...

muka dlm gambar nampk riang dalam hati mesti cuak takut gajah tu mengamuk kan..hahaha...kat pahang area mana tmpat ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...