Ahad, 25 Ogos 2013

Safely Arrived!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Hazelnut.

Alhamdullilah u olls. Lyeen dah selamat sampai KL walaupun flight Lyeen lewat 30 minit tadi atas faktor cuaca. Lama juga kapal tu pusing-pusing tadi sebab tak boleh mendarat disebabkan hujan. Lyeen dalam kapal pun seram sejuk. Jantung ni asyik dup-dap-dup-dap jer tapi Lyeen control jer sebab ada pramugara ala-ala Shah Rukh Khan duduk dekat belakang. Bhahahhaa.
Kau rasa poyo tak kalau Lyeen bawa beg pink-pink tu masuk dalam flight? Bhahaha. Actually, beg tu Mak Lyeen yang beli. Dia keluar pagi-pagi tu pergi bandar Tawau. Dia cakap nak beli Amplang. Tup-tup balik bawa beg pink-pink ni untuk Lyeen. Ohhhhhh, so sweet mak saya kan? Macam tahu-tahu yang beg kuliah Lyeen dah tamat riwayat hidupnya sebelum cuti tadi. Kalau dekat Tawau beg macam ni boleh dapat dekat Pasar Gantung Tawau yang berdepan dengan Servay & Parkwell Mall. Kenapa Pasar Gantung? Sebab semua benda yang peniaga jual kat dalam tu semuanya bergantung. Unik kan?
Yes, caption gambar ni dekat FB dah menjelaskan semuanya. Betapa aku rindu dengan mereka. Serius, tadi Lyeen call mereka kan sikit jer lagi air mata dah nak menitis tapi Lyeen tahan laju-laju sebab takmau Mak dengar Lyeen nangis. Bhahaha. Sedihnya Ya Allah, hampir sebulan sama-sama sepanjang cuti ni tiba-tiba terpaksa berjauh semula. Sedih rasa macam nak cancel flight tadi. Mereka nyawa saya dunia akhirat. Mereka jantung hati saya. Mereka segala-galanya untuk saya. Semoga Allah SWT jadikan adik-adik saya anak-anak yang mentaati kedua ibu bapa dan jadi anak yang soleh dan solehah dunia dan akhirat. Amin. Sumpah, kakak sayang kamu! Nama saya Marleenah dan nama adik-adik saya Marliza, Marliha, Marliya, Marliyati & Azeem. Nama Mak Lyeen pula Mardia dan nama Abah Lyeen, Roslee. Sweet kan? Bhahaha.
Posing Lyeen sama kan. Tengok posing Azeem. Lyeen dah puas suruh dia duk diam-diam buat satu posing yang paling handsome. Dan, posing inilah yang paling handsome untuk dia. Dia selalu bergaduh dengan Lyeen pasal lesung pipi. Dia cakap lesung pipi dia lagi dalam sebab sampai ke dagu. Poyo! Bila Lyeen cakap lesung pipi tu cacat dia terus tukar yang dia tu takda lesung pipi. Dia ada lesung dagu. Sungguh, adik Lyeen memang poyo macam bakal abang ipar dia. Eh? Bhahahahaha!
Apapun, alhamdullilah seba selamat sampai. Dari Tawau sampai LCCT terus ke KL Sentral jumpa adik Lyeen kejap bagi barang-barang dia yang Mak pesan. Lepastu terus balik IB dan sekarang ni baru selesai kemas bilik. Bilik we olls dah wangi macam kedai minyak wangi. Bhahahaha. Tadi saya balik dengan roomate saya yang sangat cantik. Dalam kapal we olls duduk sebelah-sebelah jer. Sweet sangat.
Ok bai. Assalamualaikum.

10 000 Makan Cupcakes!:

Sam Banjamin berkata...

syukur dah sampai... kuatkan semangat ye.. jgn hanyut dengan perasaan sendiri.. mereka semua mendoakan awak tu....

Vee Lea berkata...

Welcome backkk ;)

awaa berkata...

alhamdulillah... selamat juga smpai.. xmo sedey2.. nt bole jumpa mereka lg.. =)

Nadia Johari berkata...

alhamdulillah selamat sampai...cantik beg tu..nak jugakk..hehee...nama adik beradik semua M..yang Azeem je A..hehe..mak ayah lyeen memang pandai pilih nama

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

Alhamdulillah.... comel la beg tu.. kalau ena, dah lama bawa g kuliyah... hehehe...

apapun, nanti tlg ajar camne nak pakai tudung macm lyeen tu.. :3

emy|farid berkata...

jgn sedih2......hehe

Shark Kay berkata...

waa..
amplang..
dh lama shark x rasa amplang..

Sally Yatiey berkata...

Comel beg tuuuuu ;D

Mya berkata...

anyway comel je bag! huu :))

Amirah Raduan berkata...

amboi.. comel nya adik azeem! :) hehe part yg x blh lupa part yg ada pramugara ala ala apa tuuuu?? huuuhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...