Ahad, 25 Ogos 2013

4 Jam Lagi.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet.

Sekarang ni tengah taip entry sambil lap air mata. Tak kurang dari 4 jam lagi Lyeen akan ke Lapangan Terbang Tawau untuk balik ke KL. Flight Lyeen pukul 1.20 pm nanti dan sekarang dah ready letak barang kat luar untuk masuk dalam kereta. Rasa macam tak nak jer buat tapi apakan daya cuti dah habis so kena kembali kepada asal untuk menimba ilmu. Iskk..isk....
 
Budak ni dah yakin dan percaya bahawa Lyeen balik hari ni. Lyeen tanya dia, "Azeem, kau sedih ka? Kakak mau balik sudah ni.?" Dia tengok Lyeen, lepas tu cakap "Taklah." Tapi, sambil gosok mata masuk bilik. Bhahaha. Mak Lyeen bagi signal angkat kening sambil senyum-senyum. Lelaki memang macam tu. Ego. Hahahaha
 
Sekarang gambar ni jadi wallpaper laptop. Sambai KL nanti mesti sedih sangat-sangat. Sama dengan roomate mesti sedih sambil tengok gambar adik masing-masing. Tak sangka kami ni ada ciri-ciri ibu penyayang. Untung sapa kahwin dengan kami ni. Eh? Bhahahha. Untuk kawan-kawan lain, sorrylah amplang habis sudah. Lyeen keliling pasar tu cari memang takda. Habis. Sold Out. Bhahaha. Nampak sangat kedekut kan? Apapun, datanglah Tawau untuk rasa sendiri amplang yang super sedap tu. Baru puas, kalau Lyeen cerita ni tak sama. Kihkihkih..
Nota pink: InsyaAllah, selepas ni Lyeen akan review satu produk yang sangat best sebab Lyeen sendiri guna produk yang sama selama 2 bulan ni. Ternyata kesannya sangat cunnn u ollls..! Bukan nak tipu-tipu. Dulu Lyeen pun tak percaya tapi bila dah dapat kesan. Sumpah percaya dan sampai sekarang masih amalkan. Lepas ni bolehlah jadi pengedar. Bhahhahaa. Booooo untuk aku..!
Ok bai. Assalamualaikum.

9 000 Makan Cupcakes!:

Fiqa Nsz berkata...

jemput join giveaway fiqa :)

2x hp case
5x sheisido mask
1x long sleeve top/pyjamas
1x koleksi baju
1x feminine wash jamu seri dewi malam
2x topup RM5
2x beauty set
1x kain pasang sutera vietnam 2 tone
1x kemeja

16 hadiah untuk dimenangi!!

Duo Mega Giveaway by Fiqa Nsz & Adam Faiz

Rosmiza Ali berkata...

Takpe dear.. Tu namanya pengorbanan demi menuntut ilmu dan membawa pulang segulung ijazah untuk kedua orang tua kita..=)
ZON PERMAISURI CHOMEL

Vee Lea berkata...

@Rosmiza Ali Setuju.. Lepas ni tengok hasilnya dan air mata kegembiraan akan menitis :))

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

kalau ena di tempat lyeen, memang berat hati gile nak tinggal rumah... yela lepas ni bila pula boleh pulang ke rumah.. hurmm, apapun, take care

Tyra Strawberry berkata...

rasa nak nangis pulak baca part yg adik sis gosok mata masuk bilik. =')

Sam Banjamin berkata...

why sy pun rase sebak membaca entry ni... tak pe... hati mau kuat... demi segunung ilmu.... nanti semua gembira akhirnya... sabar....

husna zahidi berkata...

adatla tu lyeen..tp lyeen punya perjalanan jauh sgt..husna pon boleh homesick..:(

Nadia Johari berkata...

alhai..adik lyeen taknak bagi lyeen sedih..hehe..produk ape tu..nak tau gak

Amirah Raduan berkata...

amboi... pecah rekod kot kalau amplang d tawau abis.. sbb di situlahh sifunyaa..hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...