Jumaat, 26 Julai 2013

Kerana Aku adalah Aku.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawberry Coklat.

Lama Lyeen tak update blog. Sepi. Sunyi jer blog ni. Apapun, masih tak terlewat Lyeen nak ucap Selamat Berpuasa buat semua umat Islam. Alhamdulliah, kita masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Disebabkan terlalu lama tak update blog, Lyeen jadi manusia yang terlalu memendam perasaan. Selama ni, apa-apa jer yang terlintas kat kepala hotak. Terus taip kat blog. Bhahahah.
Terasa jadi perempuan paling ayu dalam dunia. Kalaulah bakal mak mertua nampak mesti sejuk hati dia. Eh? Okay, abaikan. Sebenarnya tiba-tiba ada mood nak taip entry hari ni perihal orang sekeliling. Hari ni Lyeen rasa 'pelik' dan tiba-tiba 'musykil' dengan sifat sesetengah orang. Kenapa perlu melabel seseorang berdasarkan apa yang kami lihat? Lyeen mengaku Lyeen taklah pakai tudung yang labuh seperti orang lain. Tapi, Lyeen juga tak pakai tudung hingga menampakkan segala-gala yang patut ditutup. Melainkan, ada sesetengah keadaan yang disebabkan faktor cuaca. Angin yang menghempas dengan rakus contohnya. Hiperbola sikit!
Lyeen nak nukilkan sajak kejap. Kadang-kadang bila hati tengah 'kering' ni. Macam-macma idea yang keluar. Nak try kejap!

Aku

Aku.
Langkah adakalanya pantas.
Adakalanya perlahan.
Adakalanya terhenti dengan tiba-tiba.
Nmaun, aku pasrah kerana itu adalah langkah aku.

Aku tahu.
Aku tidak seperti kamu.
Penuh dengan segala macam ilmu.
Sedangkan aku terlalu cetek dengan ilmu.
Aku berusaha.
Aku mencuba.
Aku sudah mulakan.
Tapi, kenapa langkahku sering dipandang sumbang?

Aku 
Aku tahu adakalanya aku jahil.
Adakalanya aku alpa.
Adakalanya aku lalai.
Adakalanya hilang arah tuju.
Tapi, aku tetap kembali kepada fitrah!
Fitrah menjadi manusia yang sebenarnya manusia.

Aku.
Aku sedih.
Aku kecewa.
Aku pilu.
Aku rapuh.
Aku malu.
Saat aku mencuba untuk menjadikan kamu cermin.
Belum sempat dipandang sudah retak terbelah.
Ibarat burung yang belajar berkicau.
Saat sumbang kicaunya.
Kelihatan seperti air ke daun keladi tumpahnya.

Aku.
Biarlah aku dengan langkahku.
Melalui jalan satu persatu.
Suatu masa nanti aku tiba ke destinasi.
Aku percaya bahawa aku mampu mengubah aku.
Kerana aku adalah aku.

Nukilan: Cik Lyeen

Ehem Ehem. Hati kering kan baca sajak ni? Apapun, Lyeen tahu Lyeen bukan yang terbaik dan tergolong dalam kalangan yang baik seperti mereka yang lain. tapi, janganlah pandang seperti Lyeen langsung tak ada ilmu. Lyeen tahu apa yang patut dan apa yang tak patut. Cuma, mungkin adakalanya langkah teersumbang sedikit. Mungkin juga aku kena kurangkan bercakap! Kena berhentikan habit Lyeen yang suka pot-pet-pot-pet macam Nenek Kebayan. Bhahaha. Setaka itu jer kot.  Ok bai.

Assalamualaikum. Selamat bersahur u olls.

11 000 Makan Cupcakes!:

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

yang ena tahu, Lyeen adalah perempuan yg sgt comel.. hehehe

memang ayu pun lyeen ni... senyummm sokmo

Nadia Johari berkata...

just be yourself dear...pot pet pot pet tu yg akk suke..hehe

Sam Banjamin berkata...

jadi diri sendiri lbh baik dari berpura-pura... btl kan...

Amirah Raduan berkata...

ayu apaaa.. hehe sejuk bakal mak mertua tengok.. hem hemm

Noratiqah Adib berkata...

muhasabah diri balik, tengok balik apa yang kurang pada diri, kita perbetulkan. anyway, nice poem sis! :P

Anak pak cik Azhar :) berkata...

selamat bersahur:)

Nisha berkata...

^U^ Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

Budak Kampung berkata...

be urself..insha allah spe tau lepas ni org yg 'tegur' 2 terbeliak mata

Izzah Azizah berkata...

nampak kurus sikit lyeen. sihat ke tidak ni ? takde siapa pun boleh ubah kita..melainkan diri kita sendiri =)

Ainim Suju berkata...

Lyeen, adakalanya cakap2 org boleh dipakai dan begitu juga sebaliknya. Apa yang penting adalah dilubuk hati kita. Biarlah apa orang nak kata asalkan kita lebih tahu siapa diri kita

Rosmiza Ali berkata...

Paelikan cakap2 orang.. Adatla manusia, buruk orang cepat jer nampak.. Buruk sendiri tak nampak.. jadi diri sendiri lagi bagus dari hipokrit berlagak baik.. Chillax! ^_~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...