Isnin, 10 Jun 2013

Wali-Wali Keramat.

Assalamualaikum Wraahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Anggur.
Lyeen baru jer lepas tengok Filem Hoorey! Hoorey! Kat Astro Citra kejap tadi. Sebenarnya dah tengok pun cerita tu tapi bila anak-anak buah duk tengok. Lyeen pun tumpang sekalilah tengok sambil nangis-nangis bila part last tu kan. Sedih kottt! Cerita ni juga buat Lyeen rindu yang teramat dengan dua orang manusia yang paling bermakna dalam hidup Lyeen. Abah dan Mak. Rindu dengan adik-adik!
Ya Allah, hati ini terlalu rindu dan sangat rindu. Dah setahun tak balik Sabah. Bukan niat taknak balik tapi kekangan masa dan kewangan yang tak dapat nak dielakkan. Lagipun, Lyeen memang plan semenjak datang KL dulu. Lyeen hanya akan balik waktu-waktu tertentu. Contohnya Hari Raya sebab hari tu memang wajib nak kumpul satu family kecualilah ada masalah yang memang tak dapat nak elak. Mak pesan, "Jangan membazir selalu balik. Duit tu simpan untuk masa depan. Kalaulah ada hal-hal emergency. Senang!" Bila fikir balik memang betul pun. 
Namun, dalam hati ini siapalah yang tahu. Dari diri Lyeen sebesar tapak tangan hinggalah umur 18 tahun. Tak pernah berpisah dari Mak dan Abah. Setiap masa yang Lyeen ada sepanjang 18 tahun mesti ada mereka. Dihadapan mata Lyeen hanya mereka. Hinggalah suatu masa mereka terpaksa lepaskan Lyeen pergi semata-mata untuk segulung ijazah disini. Bayangkan, budak 18 tahun yang tak pernah berdikari ni hidup kat KL yang penuh dugaan. Hati Mak dan Abah mana tak risau dengan anak? Lagi-lagi perempuan. Hinggalah hari ini mereka percaya bahawa anak gadis mereka ni dah 20 tahun dan alhamdullilah masih mampu menjaga maruah mereka meski jauh dari pandangan mata.
Satu-satunya cinta sejati dan lelaki yang bertakhta dalam hati ini. Yakinlah bahawa cinta ini tak akan pernah luput! Sampai bila-bila pun. Lyeen happy sebab dapat Abah secekal, setabah dan sekuat Abah! Lyeen tahu kesusahan Abah. Kepayahan dan jerit perih Abah membesarkan kami. InsyaAllah Abah, meskipun Lyeen tak mampu membayar dan membalas budi Abah dan Mak. Lyeen berusaha membahagiakan kalian selagi kudrat dan nyawa dipinjamkan oleh Allah SWT. Percayalah! Tidak akan diri ini menjadi anak yang derhaka. Nauzubilahminzaliq...! Abah terlalu baik hati orangnya sampai orang buat jahat dengan dia pun Abah masih boleh kawan dengan orang tu.
"Tapi ingatlah. Wahai manusia-manusia yang pernah menyakiti Abah dan Mak saya! Kamu tidak akan lepas dari balasan Allah SWT. Tidak cukup dengan itu. Sekali kau sakiti Mak dan Abah aku! Seratus kali aku akan pastikan kau rasa sakit macamana Abah dan Mak aku rasa!"
Ayat macam Lyeen ni pendendam kan? Tak aihh. Kita baik okayyyy! Bhaaaa..Tapi, serius Lyeen kata Lyeen tak kisah orang nak sakitan hati Lyeen. Buatlah! Tapi, bila hati Mak dan Abah Lyeen yang tersakiti ibarat mereka meletak minyak petrol dalam api yang sedang marak! Sesuka hati aku je letak pepatah. Awak-awak semua. Sayangilah parents kita okay. Itu jer harta yang kita ada kat dalam dunia ni. Berbaktilah sebaik mungkin kepada mereka. Jangan sesekali kita sakiti hati mereka walau sebesar zarah pun. Kalau kita tersilap, cepat-cepatlah mohon ampun dan sujudlah dikaki mereka. Tanpa maaf mereka maka derhakalah kita! Ya Allah...!
Mak, Abah! 2 tahun lagi untuk anaknda habiskan perjuangan disini. Doakan semoga semuanya selamat dunia dan akhirat. Doakan juga anaknda ini selamat dari godaan syaitan dan masih kukuh menjaga maruah keluarga. InsyaAllah. Aamin. Sebenarnya, Allah mencipta jarak ini untuk kita nak menguji sejauhmana anaknda boleh berdikari dan hidup tanpa Mak dan Abah. Tapi, percayalah bahawa terasa kosong dan pincangnya diri ini tanpa kehadiran kalian disisi. Ya Allah, peliharalah kesihatan kedua orang tuaku. Ya Allah!
Nota Pink: "Sebenarnya Allah telah meletakkan anugerah paling berrnilai untuk kita semnjak kita lahir lagi namun kita adakalanya tidak sedar hinggalah suatu masa kita kehilangannya. Namun, janganlah hendaknya kita mensia-siakan anugerah terindah itu. Ya Allah, jagalah kedua ibu bapaku. Jauhi mereka dari sebarang kecelekaan. Ya Allah. Sungguh hati ini amat merindui mereka. Sangat dan sangat...! Ya Allah, tabahkan hati ini."
*Entry ini ditaip dengan juraian air mata. Emosinya saya malam ni. Ya Allah, terima kasih berikan aku perasaan rindu ini. Sesungguhnya, rindu ini terlalu sakit namun aku tahu bahawa rindu inilah yang menyedarkan aku bahawa Mak dan Abah adalah anugerah terindah dalam hidup aku!

Ok bai. Assalamualaikum.

7 000 Makan Cupcakes!:

mimbar kata berkata...

sabarlah
belajar adalah perjuangan
dalam perjuangan perlu pengorbanan

setiap terowong gelap ada ujungnya
dan di hujung itu penuh cahaya

good luck

Fauzan Zain berkata...

tulisan yg ditulis dengan juraian air mata ada zouknya...

Irwan Alessa berkata...

Wan boleh rasakan kesedihan Lyeen.. Pun turut merasakannya juga.. Lama juga Lyeen tak balik, tapi boleh call pun ok.. Jangan tinggalkan solat dan berdoa pada ibu bapa kita, tak kira masih hidup ataupun telah tiada.. Hrgai mereka sementara masih ada..

nabila biela berkata...

sedey...engat kat mak n ayah kat kg....wuuuu

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

ya Allah, setahun tak balik sabah?? Tabahnyaaa lyeen!!! ena tak boleh la... sob sob sob

Budak Kampung berkata...

bila kita dah berada diatas jgn lupa org yg dibawah

Nadia Johari berkata...

BIAR KITA SUSH SEKRG..KEMUDIAN KITA AKAN MEMBAWA KEGEMBIRAAN DAN KESENAGN KEPADA KELUARGA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...