Jumaat, 28 Jun 2013

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Vanilla.

Menaip entry sambil nangis slow-slow. Sapu-sapu air mata dan teresak-esak. Bhahahaha. Nampak kesungguhan menunjukkan rasa sedih tu. Hari ni lain semangat pergi kelas. Awal-awal pagi senyum-senyum sendiri sambil pakai tudung fesyen baru. Fesyen lilit-lilit. Pergi kelas dengan yakin. Semangat jer nak start kuliah, maklumlah tiga hari Lyeen tak masuk kelas untuk study asyik sibuk dengan Temasya Pantun je minggu ni. Bila masuk kelas rasa macam taknak keluar-keluar sebab rindu sangat dengan kelas. Eh?
Curik dari fb Mimi.
Mereka adalah girlfriends yang paling rindu dengan Lyeen. Ahaks! Sungguh, sepanjang Lyeen bertugas jadi AJK Temasya Pantun tu takdak masa aihh nak borak dan nak mengedik dengan kawan-kawan Lyeen macam biasa. Boleh katakan hidup aku serius sepanjang tiga hari ni. Bhahahha. Perasan! Tapi, semua kesedihan itu mati tatkala malang yang tidak dapat dihidu menimpa diri ini..Sedih ni. Tengah sapu air mata lagi. Lepas ni akan pakai kasut baru masuk tandas. Takmau jatuh lagi. Sakiiiiiiiiit! Tak tahu syaitan mana yang Lyeen langgar maghrib tadi sampai boleh tersungkur kat tandas. Okay. Lap air mata lagi. Sesungguhnya, selepas ini Lyeen akan menggunakan kuasa veto sebagai penolong ketua aras untuk letak karpet mahal dalam bilik mandi. Bhahahaha. Sakit kot jatuh tadi. Sekaligus menjatuhkan juga harga mas kahwin Lyeen pada masa akan datang. Bhahaha.
First time lilit tudung macam ni. Rasa yakin dan rasa macam champion je lilit tudung. Lepas ni nak pakai tudung macam ni sebab lebih senang dan cepat. Pagi tadi Lyeen pakai tudung ni tak sampai pun 10 minit macam selalu. Bhahahaha.

Lepas tu kan bawa diri kemas bilik dengan jalan yang dah serupa zombi. Diri sendiri dah takut tengok cara jalan sendiri. Sedih. Sedih. Okay, Lap air mata lagi ni. Tapi, alhamudllillah sekarang dah tak sakit dan kurang kebasnya. Hanya kaki lebam sikit. Cun lah tu kan lebam-lebam ni. Baru rock. Julung-julung kali ni berlaku. Bhhahaha. Harapnya takdak apa-apa kesan yang memudaratkan diri ini. Aamin.
 
Esok kelas start pukul 9 pagi. Satu je kuliah esok. Alhamdullilah, lepas tu boleh jalan-jalan sebab dah lama tak jalan. Bhahaha. Tak sedar diri yang kaki lebam dengan jalan yang dah macam zombi. Ewwww. Kalau ada boyfriend boleh mengada-ngada kan? Bhahaha. Time tu la nak pulun suruh boyfriend beli itu ini. Sah-sah kena beli. Bhahahaha. Astagfirullahalazim. Niat ke lain..! Ada orang tanya saya. "Saya single ke?" Lepastu saya jawab macam ni.."Eh..eh...sebenarnya saya isteri dia!" Sambil tunjuk gambar Firash Arsyad. Bhahahahaha. 
Nota Pink: Kalau nak seribu daya taknak seribu dalih. InsyaAllah, kalau ada usaha adalah kejayaan. Bak kata cikgu silat Lyeen.."Dalam gerak ada rahsia dan dalam rahsia tu hanya kita yang tahu"..Eh! Tersirat tapi punya makna yang mendalam. Means apa yang kita buat tu semua ada makna dam kita saja yang tahu dan kita rasa apa yang kita buat. Sesungguhnya, kekurangan mengajar kita untuk kuat dan kekuatan mengajar kita untuk yakin. Meh bagi pantun sikit.
Tumbuh melati indah berseri,
Dahan selasih tumbuh menjunjung,
Seikhlas hati senyumku beri,
Terima kasih sudi berkunjung.

Jujur. Lyeen buat pantun ni 15 minit. Kalau aku ikut pertandingan sah-sah aku kena tendang keluar. Bhahahaha. Lepas ni nak buat kelas tambahan belajar pantun dnegan roomate. Bhahaha. Ok bai. Assalamualaikum.

9 000 Makan Cupcakes!:

Crafty Nieya berkata...

hahaha comel entry cik lyeen ! :')

Kay berkata...

nak tau jugak camne akk lilit tudung tu . :")

Farah Waheda Wahid berkata...

get well soon..jangan lupa sapu minyak kat tempat yang jatuh tu...jangan biarkan...takut nanti berdenyut pulak...

heirizalieyana berkata...

cik lyeen pakai apa pown tetap comel. . .

HaniShaklee berkata...

saya paling tak pandai nak berpantun.. selalu tercampur pantun yg lain dengan pantun yg lain..huhu

http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/anda-mencari-vitamin-untuk-detox-or.html

Green Amila berkata...

singgah sini.semoga cepat sembuh. meh jemput review http://greenamila.blogspot.com/2013/06/cloth-pad-liner-cloth-diaper-by-snowdrop.html

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

lyeen ni memang seorang yg sangat rajin sepanjang ena kenal lyeen melalui kisah2 lyeen di blog ni... Tabik dengan lyeen.. apapun get well soon lyeen

Lissa LaLissa berkata...

hihi ciian kak lyeen., tapi tapi.. kak lyeen comel laa.. hehe ^^

get well soon kak. :D

Nadia Johari berkata...

tu dia pantun...semuanyer boleh tau adik comey ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...