Rabu, 12 Jun 2013

Kemana Hala Tuju Graduan Pendidikan?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Hazelnut.
Lama rasanya Lyeen tak update blog perihal dunia pendidikan sendiri. Selalu update benda yang berkaitan dengan hal sendiri jer kan. Hingga ada yang tak percaya Lyeen adalah seorang pelajar dalam arus pendidikan. Dia selalu cop aku cikgu TYPO. Kan Ik Hanif kan? Bhahaha. Dalam dunia blogging Lyeen memang nak lebih sempoi dan cool. Hinggalah hari ini Lyeen nak sangat menyuarakan pendapat. 

Aku tahu muka aku takdak muka cikgu Ik...T_T
"Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Awam (IPTA) bagi memastikan hanya pelatih berkualiti ditawarkan jawatan sebagai guru di sekolah." Melihat kepada keadaan semasa dimana kakak-kakak dan abang-abang senior tak dapat lagi penempatan setelah tamat pengajian ni memang menyeramkan. Bayangkan saja Lyeen yang akan tamat pada 2015 nanti, akan adakah ruang untuk diri aku yang kecil ni dipostingkan? 

 Lyeen jadi stalker kejap baca pendapat orang ramai tentang kenyataan ini. Ada yang marah. Ada yang setuju. Ada yang tak puas hati. Ada yang memberi nasihat. Orang-orang tua ada berpesan. "Tempat kita jatuh lagi kita kenang inikan pula tempat bermain dan tempat kita menimba ilmu". Sifat yang lahir dalam diri kita memang sentiasa nak menangkan apa yang kita rasa benar. Takpa, itu pendapat kita. Hak kita! Lyeen rasa Lyeen memang tak layak nak berbicara soal ini kerana pastinya akan ada cemuhan pula nanti. Apalah kiranya saya ini ibarat masih berbau pucuk jerangau. Maka, Lyeen mohon maaf sangat-sangat kiranya entry ini bakal menimbulkan senstiviti. Tapi, tak aihhhh. Takdak sensetif-sensetif bagai.

Samada kita penuntut IPTA/IPTS mahupun IPGM sendiri kita sama-sama dilatih untuk menjadi seorang guru yang berkaliber, profesional dan bertindak matang dalam apa juga yang kita laksanakan. Janganlah hendaknya apa yang kita sampaikan itu menjatuhkan orang lain. Kata orang kita hidup biar ibarat memalu ular dalam benih. Ular biar mati kita palu tapi jangan pula benih yang kita jaga ikut sama dipalu takut rosaklah ia". Dalam institusi pendidikan sendiri biarlah apa yang dilaksana adalah penyelesaian terbaik untuk semua pihak. Jangan pula hanya memenangkan sebelah pihak sahaja. Maka, menjadi tanggungjawab yang sangat besar untuk kerajaan menggunakan kuasa sebaiknya untuk mengambil berat hal ini. Jangan juga menjadi ibarat gajah sama gajah berjuang akhirnya pelanduk mati di tengah-tengah.

Jadi, apapun pendapat kita. Salurkanlah tempat yang betul jangan kita menggunakan bahasa-bahasa yang kurang sopan hingga menjejaskan kredebiliti mahupun profesion kita sebagai bakal guru mahupun seorang guru. Kita sama-sama dalam aliran pendidikan yang penuh cabaran, Lyeen sendiri mengaku memang sakit nak belajar 5 tahun setengah sebagai seorang guru pelatih. Sekarang Lyeen baru dalam Semester 3 pun dah rasa peritnya dengan PBS, BIG, assigment lain, program-program selitan dan banyak program kat IPG dan Lyeen percaya sama hebatnya cabaran yang dihadapi oleh penuntut-penuntut aliran pendidikan di IPTA/IPTS sendiri. Biarlah kita hidup seperti peribahasa melayu , alang-alang berminyak biar licin. Jangan pula tangan dah licin dek kerana minyak kita lari. Minyak pula tumpah ke lantai. Sudah tidak ada gunanya! Kita yakin bahawa kerjaya seorang guru ini adalah amanah yang perlu digalas dan kita laksanakan hingga ke garisan penamat! 

Janganlah hendaknya kita bertelagah sesama sendiri. Apa yang kita mampu, suarakan hak kita pada saluran yang benar. Berdoa semoga pemimpin kita memberi ruang dan peluang serta memikirkan kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah penempatan bagi semua bakal-bakal guru dan juga graduan yang belum mendapat tempat. InsyaAllah, rezeki Allah sentiasa ada. Kunfayakun! Apa yang penting kat sini, kita tak perlu nak bertelagah dan bertikam lidah nak menangkan graduan dari institusi mana yang hebat. Tapi, kita tunjukkan dan buktikan bahawa kita adalah yang terbaik dan berkualiti. Ingatlah peribahasa Melayu ada menyebut, "Manusia tertarik oleh tanah airnya tetapi anjing tertarik oleh piringnya". Renung-renungkan dan selamat beramal.
NOTA PINK: Nanti, kalau Lyeen lambat dapat tempat posting macammana? Erm.. Abah Lyeen selalu pesan kat Lyeen macam ni "Baik kita berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi belum masak". Buatlah sesuatu yang kurang memberi keuntungan yang besar terlebih dulu sementara menunggu sesuatu yang lebih menguntungkan." Nanti kalau dah untung banyak boleh kahwin. Bhahaha. Apapun, yang Lyeen taipkan pada entry ni adalah pendapat semata, janganlah kiranya ada yang terasa hati mahupun terluka. Maaf juga dipohon andai ada kesilapan pendapat. Sesungguhnya, orang yang senang tidak merasa peritnya menjadi susah sehinggalah dia merasainya sendiri.

Ok bai. Assalamuaalikum.

18 000 Makan Cupcakes!:

Syazwani Mazlan berkata...

setiap manusia, ada rezeki masing2... jangan risau :)

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

Rezeki itu Allah yang bagi.. Ingat itu je.. insyaAllah.

betul tu, tak perlulah luahkan kata2 yang tak senonoh, tunjukkan teladan yang baik

Sally Yatiey berkata...

Tak perlu risau sangat. Setiap orang ada rezeki masing2, kan :)

Mysara Ab Rahman berkata...

insyALLAH ada rezeki lyeen nt...yg pntg skrg ni usaha n wt yg terbaik..:)

muja berkata...

muja pun tengah parah memikirkan nasib diri ini,, tapi muja tahu,, daripada dok serabutkan kepala pikir ttg ni, baik pikir macam mana nak jadi yang terbaik so that result pun terbaik so that kita dah posting awal,, kan? :)

Seneorita Baharin berkata...

akak stuju sangat dgn dik lyeen yg sweet ni..hmm yg penting ingat rezeki tu ada dimana mana saja...doa kpd Allah...hanya Allah yang mmberi rezeki kpd kita..kita sbg manusia kenalah berusaha,tawakal dan doa kepadaNya.. :)

Nadia Johari berkata...

In Shaa Allah..lyeen akn dapat tempat NANTI..SENTIASA BERDOA

mazs mazlan berkata...

saya faham..sbb sy jga plajar pendidikan ipta..hmm..mmg nasib rezeki ditntukan allah,sme2 kte tawakal stelah kte usaha

Jejaka Kecil berkata...

x apa Lyeen.. x jadi cikgu nnti.., kau jadi penjual tudung yg berjaya.. saya pula jadi penoreh getah yg ...amm.. hebat jg..

Noor Hamidah Roslal berkata...

gaya penulisan akak ada ciri2 seorg guru...aja2 fighting!

Razil Tahir berkata...

betul...betul...

Fyza Laa berkata...

Nice entri cik lyeen ^^ Rezeki masing2 kan , yang penting rezeki yang datang tuu halal :)

Ik Hanif berkata...

xpa weh...xleh jadi ckgu ko keje je tebang balak

cikgu azrul berkata...

Kenapa mohon masuk IPG kalau bukan menjadi guru... Ke mana hala tuju jika tidak menjadi guru? Saya sudah rasa.. tidak banyak agensi atau sektor lain sudi ambik graduan perguruan.. TAK ADA KENA MENGENA - kata mereka

Teena Tna berkata...

Rezeki ada dimana2..

Ira K berkata...

Bakal guru jgk rpenye..Sama2 la kita doa rezeki kita diperluaskan..Insha Allah..

lynndamya berkata...

hmm, mmg merisaukan bg yg bakal-bakal mnjadi guru, pe pon ll the best for you, insyaAllah, berkat usaha awak sendiri, dan berkat parent awak, ade je rezeki tu, hehe :D good luck

I am Me berkata...

nice entry.. pcya pda rezeki Allah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...