Ahad, 2 Jun 2013

Dulu & Sekarang

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Strawberry.
Setiap orang ada kenangan silam. Ada masa silam. Bila ditanya saat anda rasa anda adalah manusia paling bebas. Jawapannya adalah ketika anda bergelar kanak-kanak. Yeah! Lyeen sangat rindu saat itu. Asyik tengok gambar kat fb pakcik Lyeen. Tiba-tiba jumpa gambar lama. Gambar time Lyeen tahun 2 kalau tak silap waktu ni.
Sungguh tak percaya betapa luasnya dahi Lyeen. Patutlah makcik selalu menyakat yang dahi Lyeen boleh buat pertandingan main golf. Ok fine. Tahu dah kenapa. Sebelah tu, sudah tentu budak cinonet yang selalu cari pasal time kecik-kecik. Lyeen pandang dia macam musuh nombor satu negara jer dulu. Pegi mengaji pun taknak pergi dengan dia. Bencilah sesangat. Bhahahha. Baruku sedar betapa kejamnya aku dengan adik kandungku sendiri. Sob...sob...sob....
Tapi,sekarang we olls sudah jadi bestfriend maaaaaaa! Dimana dia ada, kat situ juga Lyeen ada. Tapi, sekarang dia di Tawau, Lyeen di Karak. Nampak sangat nipunyeeeeeeeeeeeeeee! Bila ingat zaman kanak-kanak, itulah zaman dimana u olls rasa dunia tu adalah u olls punya. Kau nak main, nak makan, nak bergaduh even nak lari dari rumah pun boleh. Bhahahaha. Budak-budak kan? Ditambah pula zaman dahulu kami tak jumpa ipad bagai ni. Game lagi lah takda. Dulu-dulu we olls main rebut-rebut tiang, main sorok-sorok, main lompat galah dan permainan paling glamour untuk kami waktu dulu main getak dan main batu seremban. Lyeen adalah diantara budak-budak yang selalu kalah time getah dah nak lompat sampai tahap atas kepala.
Dan semestinya gambar ini adalah gambar 4 tahun lalu. Gambar time Lyeen tingkatan 5. Pelajar tegar dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah. 2 tahun berturut-turut u olls i jadi ahli dala KRS. Bangga sekejap bila pakai full dress uniform walaupun kadang-kadang Lyeen selalu salah pakai topi kat kepala tu. Dan sekarang?
Saya dah 20 tahun. Pejam celik-pejam celik. Saya pulak jadi cikgu. Saya pulak yang bakal bertemu dengan pelbagai ragam anak-anak murid saya kelak. InsyaAllah. Terima kasih Allah kerana meminjamkan usia dan waktu ini untuk Lyeen mencari pengalaman untuk dikongsikan bersama orang lain. Sesungguhnya, 20 tahun hidup di atas muka bumi ini telah membuka mata Lyeen seluas-luasnya bahawa dunia ini hanya pinjaman dan tiba masanya nanti kita akan kembalikan semuanya kepada Dia yang hakiki. Allah Yang Esa.

Nota Pink: Dalam hidup biarlah kita bersederhana. Kerana kesederhanaan itu indah. Biarlah kita hidup untuk menimba dan mencari pengalaman untuk kita berikan kepada anak-anak kita kelak. Jangan pula anak-anak kita menjadi mangsa duniawi dan kita hanya memandang anak-anak kita dengan kelalaian duniawi. Lengkapkanlah diri ini dengan ilmu yang sahih agar anak-anak kita suatu hari nanti  lebih memperbanyakkan amalan untuk di akhirat sana.
Ok bai. Assalamualaikum.

15 000 Makan Cupcakes!:

Cik Fie berkata...

luasnya dahi kak Lyeen time kecik2 . hahahahaha :)

Haruno Hana 하나 berkata...

setuju ngan Kak Lyeen ngan quote bawah sekali tu.. hehe :) gaduh2 ngan adik pun, still rapat balik ^^

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

hahaha sian adik lyeen.. XD ena dlu masa kecik2 jeles ngn kakak sendiri.. aptb.. now baru la rasa syg kat depa.. heeeeeeeeeeee

Leeza dayasari [santai leeza] berkata...

amboi2... bergambar sakan nampak.

Yumida Huda berkata...

masa kecik semua permainan ganas keluar
main tarik rambut, tolak kwn, buang baju..haha
bila dikenang semua tu balik..mcm kelakar

Fakhruru berkata...

dh bsor rpanya.. hehe

Irwan Alessa berkata...

Hidup umpama roda kan Lyeen?? terkadang kita di bawah , terkadang pula di atas.. Masa silam kita takkan kembali, mesti Lyeen merenung jauh bila melihat telatah anak murid yang pastinya menggamit masa silam Lyeen..

Nadia Johari berkata...

nad dgn adik pun x sependpt..hahaha..sme je muka dr kecik smpai besr erk..hehe

Muhammad Zul Fahmi berkata...

sungguh berkarisma saya lihat cikgu memakai tag nama tu. anyway, selamat berkhidmat untuk anak bangsa. zaman sekarang ni budak2 dah semakin advance dengan ledakan teknologi. kalu kita dulu pergi cari batu main batu seremban, budak2 zaman sekarang ni main game pun dekat ipad, phone, laptop. cabaran juga buat ibu bapa dan pendidik bagi memastikan anak-anak tidak leka.

Lissa LaLissa berkata...

zaman kanak2..zaman paaalinggg best dalam hidup~! heee >.< kak lyeen jadi cikgu., bila tengok budak2 mesti ingat zaman dolu2 kan. ahha

norzatul nabihah berkata...

ololo, comeynye . haha. zaman kecik2 la best. btw jom singgah blog bihah

Adam Faiz berkata...

amboi,lawan kemain cik lyenn ^_^

Ainim Suju berkata...

baca entri lyeen ni, teringat zaman kanak-kanak akak.. Syabas Lyeen kerana berjaya dalam mencapai apa yang diinginkan dalam hidup

hana hadi berkata...

cikgu sudah.. sama mcm hana. xsangka jadi cikgu. hehe

f4 tu cute je..ada lesung pipit tapi bila dah besar 2 2 belah ada lesung pipit.

mari tengok etri hana hana kecik hingga besar :)

http://onitsukahana.blogspot.com/2012/03/dulu-dan-sekarang-sama-kan.html

sa mic berkata...

cantik bakal cikgu kita :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...