Sabtu, 1 Jun 2013

Doa Rindu.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Cokelet
Saat manusia terlalu asyik dengan duniawi manusia seringkali alpa pada akhirat yang abadi. Ada sahaja yang menjadi penghalang untuk diri ini sentiasa mencari redha Illahi. Kadangkala, syaitan bermaharajalela didalam hati hingga menjadi api dalam diri. Mengarah manusia sesuka hati untuk masing-masing-masing menjadi iri sesama sendiri.
Tidak cukup dengan itu, anak-anak muda asyik dengan dunia kasih sayang mereka. Masing-masing nak mencintai dan dicintai. Mengasihi dan dikasihi sehingga ada waktunya mereka juga lupa akan pepatah "Setiap pertemuan adanya perpisahan". Maka, jangan sesekali kamu lupa bahawa setinggi mana cinta dan kasih sayang kamu sesama manusia. Allah SWT adalah cinta yang teratas dan kasih yang teragung.
Dekat sini Lyeen akui bahawa hati dan diri ini terlalu rindu dan rindu. Namun, memang rindu itu perlu untuk kita diamkan dan utuskan dalam doa sahaja. Kita merindu pada seseorang yang dia tidak tahu akan rindu kita. Itu baru sweet. Jangan pula kamu dalam kalangan mereka yang berpeleseran dimerata-rata bercumbu mesra meluah rindu. Astagfirullahhalazim. Semoga kita dijauhkan. Kita insaf sebelum ajal menjemput. Kita mengubah diri kita sebelum tanah mengubah jasad kita.
DOA RINDU
Ya Allah jika Engkau jatuhkan perasaan rindu ini didalam hatiku ini kepadanya,
maka Engkau sampaikan salam rinduku padanya, Ya Allah.
Begitu dalam aku merinduinya Ya Allah.
Bantulah aku untuk mengawal nafsuku ini agar tidak menyimpang dari redhaMu ya Allah.
Juga pada fitrah cinta kami Ya Allah.
Semoga diri kita sentiasa mempertingkatkan iman kita. Menjadi umat islam yang solehah dunia dan akhirat. Andai kita mendambakan imam yang terbaik dalam hidup kita maka berusahalah kita untuk menjadi makmum yang terbaik di duniadan akhirat. InsyaAllah taman-taman syurga menanti kehadiran kita yang punya bekalan untuk tinggal disana. InsyaAllah. Aamin. 
Assalamualaikum.

11 000 Makan Cupcakes!:

Irwan Alessa berkata...

Dunia ini tiada yang kekal, tiada yang selamanya tetap menjadi hak kita.. Sedarilah dunia ini tempat tumpangan sementara, akhirat jua tempat yang kekal selamanya.. Sebelum menutup mata, sebelum nafas terhenti, sediakan lah apa yang patut untuk akhirat kelak.. Jangan alpa di dunia yang serba fana ini..

baby comel berkata...

Terima kasih kerana mengingtkan.
Mencintai dan dicintai itu fitrah. tapi biarlah mencintai dan dicintai kepada mereka yg halal bg kita. InsyaAllah akan cuba ke arah tu. Thanks awak si cantik manis :)

marniey zul berkata...

simpan rindu diam2, ehh. akan cuba dibuat. ^^

Aku Penghibur berkata...

bila rindu itu di jaga .. maka Allah akan simpankan perasaan itu dengan rapi yang di biarkan rindu pada orang yang tepat ..insyaALLAH

Haruno Hana 하나 berkata...

kalau rindu, doakan lah :) Allah tahu apa yg kita simpan dalam hati.. yg penting, jaga hati juga ^^

Ik Hanif berkata...

aku tau ko rindu aku..

ANa Ahmad berkata...

rindu kat sapa tu ye? hihihi :D

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

lyeen windu kat ena ye?? heheheheh

BUNDA a.k.a KN berkata...

salam ukhuwah dan salam satu blogger dari bunda...

NJihe.am berkata...

Salam singgah. Yup, cinta Allah adalah segalanya bagi kita. done follow. #3205. studioous.blogspot.com

Cik Fie berkata...

kak lyeen rindu sapa la agaknya ye ? hehehe :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...