Ahad, 5 Mei 2013

Pentas Lakonan Ini!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Apple.


Engkau seorang pelakon utama,
Aku hanya sebagai pelakon sampingan,
Yang aku sendiri tidak tahu watak apa yang aku mainkan,
Kesalahan yang lalu telah aku tinggalkan,
Dan engkau rela melupakan, 
Rela menghapuskan.
Tanpa sedikit dendam dihati.
 Itu katamu suatu masa itu,
Saat segala permintaanmu aku tunaikan,
Aku bahagia dan mengharap sinar kebahagiaan itu juga ada pada engkau,

Masa berganti masa,
Aku masih setia.
Aku masih menunggu.
Aku masih mengharap.
Mencuba segala-galanya cara.
Bermacam-macam langkah.
Semuanya untuk menarik perhatian kau.
Kadang kalau kau sedar.
Kadang kala kau mengabaikan.
Tapi, aku masih tersenyum dan aku masih boleh mengalah.
"Tak apa".
Hinggalah aku terlalu penat.
Penat untuk mencuba.

Aku tahu kesalahan bermula dari aku.
Dan kerana itu aku kembali untuk memohon sebuah kemaafan.
Aku bahagia saat kau kata bahawa kau sudi memaafkan.
Sudi menerima tanpa secalit perasaan dendam dihati.
Aku bahagia saat kau memberi bahagia itu.
Kau kembalikan semua kenangan itu.
Kau sandarkan harapan yang tinggi pada aku.
Sangat tinggi hingga aku percaya bahawa aku tidak akan jatuh.
Walau setinggi mana harapan yang kau sandarkan pada aku.

Namun, dengan tiba-tiba kau menghilang.
Tanpa sebarang berita. 
Ibarat  kapal yang tiba-tiba tidak bernakhoda.
Tapi, kau tinggalkan aku dengan cerita-cerita yang sangat memilukan.
Sangat menyakitkan.

Setelah sekian lama kau sandarkan bahagia.
Rupan-rupanya kau tanamkan dendam dalam hati.
Kau hanya jadikan aku sebagai pelakon sampingan yang wataknya telah kau tentukan.
Aku watak wanita yang mengharap pada yang tiada.
Ya! Watak itu bukan kemahuan aku. 
Tapi watak yang kau berikan tanpa pengetahuan aku!
Kau pelakon utama yang tahu jalan cerita.
Dan, saat ini kau adalah pelakon yang paling hebat!

Sangat malu.
Tatkala diri ini beria-ia mengiyakan.
Kau pula menidakkan.
Saat diri ini mencerita bahagia.
Kau mencerita duka.
Dan,sungguh dalam hati ini terlalu pedih saat aku tahu.
Aku tahu bahawa aku wanita yang tersangat kau BENCI.
Sedangkan selama ini kau curahkan aku dengan kasih dan sayang!

Akukah yang kejam?
Akukah yang jahat?
Akukah yang salah?
Kehadiranku hanya untuk menumpang kasih.
Bukan untuk menumpang dendam.
Kehadiranku ingin merawat luka yang aku tinggalkan padamu.
Bukannya meminta kau mencalar luka pada aku.
Sungguh. 
Semua ini terlalu cepat.
Sangat cepat hingga aku sukar untuk percaya!

Pergilah dan jangan pernah kembali lagi.
Bukanku selit benci dihati ini.
Tapi, ku tak mahu kasih berbunga lagi.
Bukan ku pendam sebuah dendam.
Tapi, ku tak mahu membuka sejarah.
Apa yang aku harapkan kau tetap bahagia.
Dengan pengganti aku yang aku tahu jauh lebih baik dari aku.
Seperti teman-temanmu yang lain.
Aku juga seperti mereka.
mengharap kad undangan darimu.
Yang telah kau janjikan.

Terima kasih melukakan aku.
Terima kasih mengecewakan aku.
Saat hati aku telah kau siram dengan bunga harapan.
Terima kasih.
Kerana jatuhnya aku kali ini mengajar aku nikmat untuk aku berlari dan berjalan.
Jalan jauh.
Terlalu jauh.

Nota Pink: Kalau kita dapat rasakan apa yang kita rasa, kita pasti rasa apa yang kita rasa.
Kadangkala orang yang paling menyintaimu adalah ornag yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila disuatu masa dia hilang dari pandangan matamu. Kau akan menyedari dia adalah cinta yang tak pernah engkau sedari.

Ok bai. Assalamualaikum.


7 000 Makan Cupcakes!:

Ijatz berkata...

nota pink trbaik (y)

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

cik lyeen kita ni tengah down ke syg??? apapun, bersabarlah...

Hidup kita ni indah tapi penuh dengan cabaran onak duri...

erna ziana berkata...

terkesan dlm hati membacanya. kena pula dgn situasi skg ni hihi. senyum sj la

sa mic berkata...

bahasa bunga, hahah

ANa Ahmad berkata...

mari nak bagi ubat, itu pun kalau cik lyeen sudi terima ambil ubat AA bg ni..;)

kesunyian ini, terlalu indah, walupun pahit untuk menelan.. walau pun pedih sanggup ku tahan dan ku korbankannya..Puteri di pintu mahligai, ku lihat kasih mu melambai..

jangan la jadi senasib seperti diri ini wahai cik Lyeen ye.. sebab ini memang pedih bila berlaku seperti ini..

aisyah humaira' berkata...

niera pernah rasa keadaan macam ni.. :'(

serius sakit !

tapi setelah terasa sakit, allah dtgkan nikmat yg tak terungkap dgn kata2 dengan hadirnya seorang suami yang sudahpun menjadi raja dihati.

Cik Fie berkata...

sabar2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...