Sabtu, 11 Mei 2013

Cerita Classmates Saya :)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Tiramisu.

Alhamdullilah, Lyeen boleh update blog untuk malam ni even mata dah start  berkelip-kelip. Tanda nak tutup untuk berehat. Sweet and smooth jer ayat Lyeen malam ni kan. Bhahahha. Okay, tadi baru je selesai buat BBQ dengan classmates dan mentor kelas Lyeen. Sememangnya itu adalah acara yang wajib kami laksanakan sebelum exam. Kenyang sangat-sangat mencekik 6 ketul ayam yang besar-besar. Ikutkan hati Lyeen nak makan 12 ketul. Tapi, perut hari ni tersangatlah keciknya. Eh..!


First Lyeen turun dari asrama. Classmates sindir. "Kau nak pergi Mid ke kau nak bakar ayam ni?"...Lepas tu tengok diri sendiri. Kenapa? Aku salah tema ke? Berhenti kat tengah jalan kejap. Lepas tu fikir. Betul jugak! Nak bakar ayam pakai baju pink apa ke benda? Sah-sah aku balik nanti pink ni jadi kelabu asap..Takpa. Redha..T_T.

Okay, u olls nak kenal dengan classmates Lyeen tak? Selalu Lyeen mention je nama dorang kat sini kan. Tak pernah publish pun perihal kawan-kawan. Jum kenal kawan-kawan Lyeen. Diorang super cool and sweet macam cupcakes. Kalau ada yang berkenan terus inbox Lyeen ok!


Dia AKMAL. Beliau Ketua Kuliah untuk semester ni. Dia baik sangat-sangat. Cool and sempoi. Dia rajin dan caring sangat dengan dak-dak perempuan kelas kami. Sebab dia jenis yang tak suka tengok kaum Hawa teraniaya.


Dia Jaell. Dia Penolong Ketua Kuliah. Dia sangat cun. Dia jenis tak banyak cakap tapi dia baik hati. Sweet. Berjiwa merdeka..Lyeen sayang dia plus-plus. Dia pandai buat kek. Dia juga yang ajar Lyeen buat Cupcakes Red Velvet hari tu..:)


Sebelum ni mereka apply nak masuk tentera. Tapi tiga-tiga tak cukup tinggi. Tu sebab masuk jadi cikgu. Bhahahah. Dari kiri, Kak Ain, Floe and Onjoy. Kak Ain merupakan ahli paling senior dalam kelas. Dah namanya kakak memang nampak jiwa kakak dalam diri dia. Dia sangat caring and loving. Sweet kan. 

Bab Floe u olls tak payah buat-buat tak kenal. Nama dia dah cukup bayak dalam setiap entry Lyeen. Merata-rata nama beliau. Bhahaha. Best Friend Forever yang kadang-kadang sengal dan buat Lyeen sakit jiwa. Bila dia buat Lyeen sakit hati dia akan buat lawak. Konon-konon Lyeen tak tahu yang dia tahu Lyeen merajuk. Ok. Ayat susah nak faham kat situ..=_=

Onjoy. Kawan seperjuangan dalam dunia cakap-cakap. Dia memang suka cakap. Tadi pun dia tiba-tiba jadi pengacara majlis. Suka dia. Matang and sangat open. Kan.Kan. Tapi dia serius betul..Bhahahah.


Izzat. Zul.
Mereka sangat sweet. Izzat merupakan musuh Lyeen dalam kelas. Selalu gaduh bab politik. Bhahaha, tapi kami still best friend. Beliau seorang yang baik hati even suka menyakitkan hati. Beliau juga seorang yang caring dan memahami jiwa rakan-rakan. Tu sebab kawan Lyeen suka dia. Mereka suka sama suka. Ok bai.

Zul juga the best friend forever-ever. Zul ni bijak. Dia selalu jadi the number one dalam kelas. Nak jadi bijak macam dia juga. Even dia bijak dia tak sombong pun. Dia suka kongsi ilmu. Tapi, tak suka bila dia suka buli orang. Kaki buli juga dia ni. Geng dengan Izzat dengan Akmal. Sorang lagi Hafiz! But, serius mereka sangat-sangat sweet okay! Bertuah kawan roomate saya..:) Ok bai juga.


Yeah. Dak ni lah Hafiz. Ramai orang kata dia student paling handsome. Bhahaha. Tapi, dia poyo sebab tadi dia baling Lyeen dengan minyak. Sadis! Dia juga sangat baik dan sangat cool. Rilek dan sangat santai. Kaki dia panjang. Tak suka. Sebab bila dia lari kejar orang dia akan cepat sampai! Ish..!


Dia bertopi pink itu adalah Rabi. Jejaka jambu dalam kelas. Dia juga sangat sweet. Kalau Lyeen lapar dia sedia beli makanan. Sebab dia tahu perasaan orang lapar macamana. Bhahaha. Dia ada motor. Motornya smart. Lyeen suka tengok macam Power Rangers yang warna merah. Dia selalu cakap macam ni.."Kau carilah boyfriend pemain bola sepak. Semua handsome-handsome."..Motif? Sumpah tak tahu...=_=

Si baju hijau. Afiq. Orang paling emo dalam dunia. Tapi dia baik and suka buat orang lain ketawa even cara dia menyakitkan hati. Macam tadi! Dia cakap Lyeen macam :poop: . Kalau taip kat FB kan benda tu jadi gambar tahi! Sungguh..sengal jiwa aku time tu rasa macam nak baling arang dengan dia. Bhaahah. Aku pura-pura je buat baik sebab next sem dia Ketua Kuliah. 


Moriss!
Dia baik. Dia baik. Dia baik. Okay, tadi dia teman Lyeen pergi beli makanan kat Amjal. Lepas tu dia juga merupakan manusia yang sentiasa redha dan tawakal time Lyeen suruh ambil gambar. Dia baik dan dia sangat sweet. Okay. Tadi anak mentor Lyeen pun cakap macam ni kat Mak dia, "That guy so handsome la Mama"..U see. So, ok fine. Kau handsome!


Dia Aida. Dia kawan paling cute di alam semesta. Dia baik. tapi tadi dia sedih kejap. Lyeen sayang dengan dia banyak-banyak sebab dia manusia yang selalu beri Lyeen nasihat. Dia juga kuat. Ok..dua budak kecik yang comel itu anak mentor Lyeen. Moniesha dan Nayana. Cute kan. U olls tengok real lagilah cute. Bila dia speaking fuhhhh..Macam budak darjah 6!


Tudung coklat itulah Syuhada. Manusia yang paling susah nak dapat gambar dia. Hari ni, alhamdullilah mood dia okay nak ambik gambar. Dia juga baik. Sweet. tapi dia cepat nangis. Bhahahah. Dia sangat comel

Tudung ungu tu pun rasanya kita skip jer la. Entry pasal dia dah beratus-ratus dalam blog Lyeen. Bhahaha. Suri. Kawan paling gila-gila seantero dunia. Dia ni sentiasa okay dan sentiasa cool. Lyeen suka main-main dengan dia sebab dia akan lawan balik. Bila Lyeen berlakon dia pun akan berlakon. Tu sebab kami layak jadi pelakon yang David Teo cari. Eh..Tetiba..T__T


Dia Helora. Lyeen suka panggil dia Lilo. Bila Lilo sneyum mata dia automatik hilang. Comel.
Lilo baik sangat. Dia suka tolong orang tapi dia suka diam-diam. Eh..eh...dia pandai bersyair okay! Suka. Suka even dia bersyair tak kira masa dan tempat pun. Dia sangat comel..:)


Nursa Umira. The mintak puji girl! Bhahahha.Memiey! Dia sangat happy ending. Dia snagat sweet. Sangat cantik. Sangat menyewelkan. Dia ni rajin sikit berbanding yang lain. Tapi, rajin dia lain dari yang lain. Rajin betullah. Lyeen suka dia sebab dia selalu bagi Lyeen main game Pou dalam handphone MAHAL dia. Ok bai.


Baju kuning. Ratu dalam kelas. Paling kaya. Paling up to date. Paling Datin! Eva sangat sweet. Dia adalah kedai runcit bergerak. Kau pegi bilik dia berjuta-juta makanan yang ada. Dia memang suka makan. Tu sebab kami geng!


Baju ungu itu Cici. Nama pendek. Nama panjang. Kejap.Kejap
Tracey Veneyssa anak Nicholas. Okay. Nama dia cantik. Panjang. Tapi orang dia tak panjang. Bhahaha. Dia sangat comel. Dia kawan yang sangat loving even kadang-kadang dia taknak tunjuk. Lyeen paling suka tengok bila dia merajuk. Dia pandai buat duck face. Bhahaha.

Ok. Done. 18 orang Lyeen review. Bhahaha. Mereka adalah adik-beradik saya kat sini. Keluarga saya. Sama-sama ketawa dan menangis. Eh..tapi tadi aku nangis. Aku nangis sorang je. Diorang gelakkan aku. Bhahaha. Sumpah, mereka adalah kawan paling sweet. 


Lyeen paksa Akmal beli aiskrim ni time dia jalan. Bhahaha. Sebab, Lyeen tak dapat air krim yang tengah hari tadi. Even aku terpaksa bayar RM 2.00 untuk dapatkan ais krim ni. Bhahaha. Tetiba naluri nak makan ais krim. Belagak pulak tu nak makan yang Drumstik! Puiiiiiihh! Bhahaha.


Sila view Video Cover 150 JUTA kelas Lyeen untuk lebih kenal classmates Lyeen. Cikgu tak semestinya kena skema. Kami adalah cikgu cool dan sweet. Tapi, kami masih tahu nilai citra seorang guru.  Silalah komen banyak-banyak sampai penat.

*Sorry gambar lain takda watermark.Aku main copy paste jer dari FB. Bhahahaha*

NOTA PINK: Dan ini PAGES rasmi kelas kami. PISMP KUMPULAN D. Doakan ukhwah ini sentiasa terjalin rapi dan kekal hingga ke syurga. InsyaAllah. Kerana dirimu SAHABAT. Semoga Allah merahmati tali persaudaraan yang dibina ini dan dijauhkan dari fitnah manusia serta disisihkan dari godaan syaitan dan perasaan benci-membenci.  Tapi dilimpahkan dengan kasih sayang yang tiada penghujung sesama kami sebagai SAHABAT dunia dan akhirat. Aamin.

Ok bai. Assalamualaikum.


13 000 Makan Cupcakes!:

Irwan Alessa berkata...

Haahahaha tersenyum lebar dah even tadi baca entry Lyeen yang lepas.. Nampak macam sedih, tapi sekarang lebih bersemangat dah Lyen.. Chayok2..

p/s : Baju tu ok dah,. hehehe kena perli lak tu..

boni kacak berkata...

paling datin??hahaha. ayat best

Azrul berkata...

Hebat

ANa Ahmad berkata...

kami semua sahabat.. :D

Izza Sakura berkata...

Seronoknya

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

wahh semua bakal2 cikgu ni... amin... say hye to them

aisyah humaira' berkata...

best :)

Sally Yatiey berkata...

Seronoknyaaaa ;D

Ijatz berkata...

ui na..lain entry time sy..ape2 pn lyeen, kuatkn smngat..kwn2 ad untk lyeen.. :D nnti kita main baling2 :poop: plak..hahahaha

Leeza dayasari [santai leeza] berkata...

macam2 kerenahnya..

sa mic berkata...

pooop. Haha semuanya sporthiiingg habis, hihi

Qaisyara Raihana berkata...

best nye bbq nan kengkawan.. nampak mcm sronok jeww >.<

http://bloggadisbrutal.blogspot.com/

Cik Fie berkata...

seronoknya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...