Jumaat, 31 Mei 2013

Bila blogger tak tahu nak letak tajuk entry!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Strawberry.

Sumpah tajuk entry taktaw nak letak apa. Sumpah! Katanya tadi nak pulun join segmen dan GA. Tapi, disebabkan mata ni dah sangat-sangat mengantuk maka Lyeen terus kepada niat asal untuk menaip entry sebab dah lama tak taip entry panjang-panjang kan? Masalah utama adalah disebabkan laptop Lyeen sendiri yang dah mogok. Esok baru hantar kedai. Kalau memang tak boleh baik, alamatnya pakai laptop baru la kan? Dan alamatnya juga elaun aku sem depan akan kurangggggggg!

Tadi Lyeen pergi KL hantar abang sepupu Lyeen yang baru je selesai Konvokeyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG Kali yang Ke-3 dekat Putrajaya. So, tadi hantar dia kat LCCT untuk balik Sabah. Bestnya dia dah habis study. Posting dah pun dekat Sarawak. Lyeen? Study kena 2 tahun lagi. Cepatlah...cepatlah masa berlalu..Lyeen nak posting juga. Nak konvo juga. Nak kerja juga. Nak ada gaji. Nak beli kereta. Nak beli rumah. Nak kahwin. Eh? Bhahahaha.
Rindu kat budak ni. Dia dah tiga hari kat Sabah. Dan sepanjang tiga hari tu juga dia tak SMS or call Lyeen. Biasalah orang dah bahagia. Nanti dia sunyi kat UIA..cari aku juga! Tapi, tu lah kata orang tua-tua. "Air yang dicincang tak akan putus". Macam tu lah ikatan adik-beradik even dialah tempat u olls bertumbuk, bersepak terajang time kecik-kecik. Alih-alih jadi bestfriend bila dah besar. Bhahaha. Lyeen ingat lagi time kecik-kecik Lyeen anti sangat dengan budak ni sebab Mak sayang dia lebih dari Lyeen. Siap pernah buang selipar dia kat sungai depan rumah nenek. Kakak yang kuat jeles itu adalah saya! Bhahahaha.
Sekarang saya bukan Kakak yang jeles. Tapi, saya kaka yang loving, caring  and understanding.
Sweet kan? Almaklumlah, tahun depan budak ni dapat PTPTN kenalah sayang lebih. Bhahahaha..;p
So, selepas budak tu balik Sabah. Kawan Lyeen datang teman Lyeen kat Karak. Aida!! Kitaorang ambil dia kat KL semata-mata untuk teman Lyeen okay. Bhahaa. Poyo. Taklah, Aida ni orang Sabah juga, classmate Lyeen. Dia tak balik sebab family dia nak datang esok, so dia stay dengan Lyeen sebelum family dia datang. Hari tu we olls pergi Bukit Tinggi Resort, syok sangat. Tetiba rasa macam kat negera orang Inggeris. Sebab memang view kat sana ala-ala Inggeris. Tetiba speaking memanjang walaupun speaking dah macam orang skipping! Bhahaa. Syok! Jomlah melancong ke sana! Kami siap singgah Cosmo Bowling main bowling even lebih banyak yang masuk longkang berbanding ikut laluan tengah. Takpa. Janji mencuba..!
Okay. Bila cuti sekolah tentu saja berduyun-duyun orang nak kahwin. Lyeen pula adalah tetamu tegar untuk majlis-majlis kahwin. Berlagak jer bawa anak-anak buah padahal mak cik dia yang melantak makanan lebih. Bhahaha. Anak buah Lyeen kat Karak ni ada tiga orang saja. Aiman, Aishah dan Aiqal. Mereka memang handsome dan cantik sertacomel macam Kak Ton sebab mereka ambik aura mak cik sikit. Ok bai.

Erm..dah lewat sangat ni. Apapun, happy blogging dan selamat bercuti. Buat masa terdekat ni maybe Lyeen jarang blogging tapi bila semua dah kembali seperti biasa. InsyaAllah Lyeen akan kembali aktif dalam dunia blogging ini. So, u olls rajin-rajinlah jenguk tanah kedaung Lyeen ni sambil drop komen. Banyak-banyak pun takpe. Lyeen suka..

Jangan lupa senaraikan 10 Blogger Comel di Malaysia mengikut citarasa anda kat SINI.
Hadiah sehingga RM 480.00 menanti anda..!

Ok bai. Assalamualaikum.

10 000 Makan Cupcakes!:

Teena Tna berkata...

Same la Teena, dah besar nie baru rasa rapat ngn adik beradik, dulu masing2 duk asrama so x rapat sgt, skang suma dah abis stadi, duk kt uma, memang geng lah..

ANa Ahmad berkata...

adik itu kawan, rakan taulan, sahabat sejati, teman istimewa, couple monday,, aik?? hahaha apa-apa pun kami tetap sahabat...:D

Anak pak cik Azhar :) berkata...

eh,karak? umah sy kat jerantut...boleh la singgah lps nie..ngee:)

zarena heeney berkata...

belum jejak kaki lg ker bukit tinggi
bestnya

kasya syiera berkata...

kak lyeen comel sangat !

Lissa LaLissa berkata...

kak lyeen tetamu tegar orang kahwin yea..? kak lyeen yang kawin bila pulak,..? hihi

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

mesti lyeen jeleskan adik lyeen dapat balik sabar,.. hahah jahat tak ena??

Irwan Alessa berkata...

hahahahaha tak sabar rasanya nak tengok gandingan dua blogger yang tak reti main bowling.. wan la orang tu.. kehkehkeh.. apa pun laptop tu kalau boleh di baiki boleh wan cuba betulkan.. cost rendah wan berani juga..

Azwar Syuhada berkata...

Lyeen rajin ye pergi kenduri kawen, kalau azwa memang tak suka pergi.. :)

Cik Fie berkata...

adik kak lyeen sebijik cam budak sekolah saya . comel ! hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...