Selasa, 9 April 2013

Selesai dan Tamat!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Strawberry.

Selesai update blog untuk entry kat  Indera Bentara . Jemput u olls menjenguk terus follow blog tu ok? Kalau u olls taknak kena silat versi anak harimau yang double 'auuummmm'..HAHA. Tiga hari tak update blog. Rasa macam dah bertahun-tahun cerita tak dikongsi. Blogwalking pun tergendala. Lyeen sebenarnya nak update tapi disebabkan kesedaran yang tinggi terhadap komitmen diri sendiri sebagai seorang guru pelatih sepenuh masa. Maka, Lyeen lupakan sekejap hal blogging. Sweet tak? HAHA.



Tadi jumpa lecturer yang ajar PJ merangkap mentor kelas Lyeen. Dia cakap macam ni..
"Kenapa dah kurus ni Lyeen?"
"Kurus ke Sir? Mana ada..."
"Serius, u jangan nak diet okay. Tak baik."
"Ish...Sir...mana ada diet.."
"Ke u stress dengan assigment?"
"Haaha...kot sir.."
"Take care taw, jaga kesihatan. I taknak student i terlibat dalam hal diet-diet ni. Jangan tak makan nasi! Eh, i dengar u pengsan hari tu. Kenapa?"
"Berlakon je tu Sir."

Lepas tu pintu lif terbuka! Yesss.. dapat lepas dari jawab soalan paling popular. HAHA. Sesungguhnya, ayat paling tak boleh blah.."U diet ke?"...Tak pernahnya Lyeen terlibat dalam gejala diet-diet ni. Orang macam aku besi dengan kayu je tolak. Lagi satu, DURIAN! Tak suka!



Sepanjang musim assigment jugalah bilik aku dah macam kapal karam. Kadang-kadang Lyeen rasa lemas sendiri. Tapi, disebabkan kesedaran sivik bahawasanya aku ada roommate. Lyeen gagahkan diri kemas bilik seminggu dua kali. Siap lap tingkap lagi. Panjat atas meja sebab sedar bahawasanya diri ini pendek.  Bear tu sah-sah duduk tepi katil. Dia seekor patung beruang yang sweet sebab tak banyak songeh. HAHA. Aku rasa macam gila bila buat statement macam tu. Tapi, Bear selalu buat Lyeen happy sebab dapat membebel depan dia berjuta-juta patah perkataan. Terima kasih Bear..:)



Sir! Saya akan gemuk balik macam dulu. Trust me!
Yakin!

Nota Pink: Kita selalu cakap, dimana ada kemahuan disitulah juga ad jalan untuk kita. yang penting kita berusaha cari jalan. Jangan sampai kita tersesat terlalu jauh. Kadang-kala kesesatan yang kita tak sedar akan buat kita alpa. Sebab tu, kita perlu kuat. Andai kita rapuh kita mudah goyah. Maka, hiduplah kita dalam keadaan sentiasa memohon redha dan doa. Sesungguhnya doa itu senjata untuk orang-orang Islam.

Ok bai. Assalamualaikum.

13 000 Makan Cupcakes!:

Ijatz berkata...

Pnjam teddy bear..haha! :D

Lyeen De Syifa berkata...

@Ijatz taknak...!

Filzah Azzahra berkata...

bestnya dapat roomate yg sanggup lap tingkap.. hehehe

Irwan Alessa berkata...

Wah rajin nya cik lyeen kemas bilik.. hehehe aahh betul la lyeen kurus sangat.. Kenapa , sedang rindukan buah hati yang jauh kah??

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

rajin betul kemas bilik... ena hujung minggu je kemas, tak ada masa sgt2.. bilik ena ni dah bukan macam kapal karam, dah macam tongkang pecah.. huaaaaaaa


ena dah ada silat cekak malaysia.. Alhamdulillah.. hehe

Diari Si Froggie berkata...

wasalam.. ha diet eh? hehe.. pengsan sebab ape tu? stress or diet? :P Apa2 pun macam kata sir jaga kesihatan diri :) suka ayat dekat nota pink tu semua betul :)

deno berkata...

kemas bilik..siap dgn teddy kaler pink lagi.. hihik^^

waddah jannah berkata...

comey lah akak ni,,, wau ,, concernnya sir dia ngn akak lieyn

Syazana Zainn berkata...

jgn diet2 sgt hihi

jga diri baik2

jnji sihat

:)


have a good day :D

boni kacak berkata...

hahahaha.. ada pulak nak gemuk balik macam dulu? maintain je macam ni :)

Alyn Roslan berkata...

kemas bilik...wah rajin2..sekali sekala apa salahnya kan..:)

Mieya Atiera berkata...

Rajinnya dia. Roomate Mieya dulu, tempat dia lah yang paling bersepah.

~IraNur~ berkata...

owh samela kita ! tolak besi, kayu + durian ! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...