Rabu, 6 Mac 2013

Itu makan dia!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Strawberry.

Alhamdullilah, hari ni Lyeen masih mampu menaip aksara di atas keyboard. Tap!Tap! Tap! Sambil menaip ni dengar lagu Mendua by Astrid. Lyeen tak tahu kenapa lagu ni match dengan jiwa Lyeen. Cool tak? HAHA. Erm, hari ni hanya ada satu kelas jer. Kelas Kritikan Sastera start dari pukul 8.00 pagi till 10.00 pagi. Lepastu sambung pulak perhimpunan khas sempena penggambaran drama "Masih di Awan".  Untunglah classmates Lyeen dapat jadi pelakon extra kan.Ok. Untung!


Puan Che kata, hari Selasa sesuai guna pink. So, aku praktiklah! Guna tudung dual tone by AidiJuma. U olls, bila pakai pink ni terasa sikit jadi perempuan Melayu terakhir. Jalan pun zig-zag kan. Gelak tutup mulut. Makan dengan nisbah seminit untuk sekali suap. Ok. Cukup ayu. Sopan. Walaupun kadang-kadang ada rock poyo sikit. Eh?

Motif nak buat entry hari ni sebenarnya nak cerita macam-macam. Manusia sekarang suka sangat sakitkan hati kita even kita takdak pun sakitkan hati dia. Kadang-kadang rasa macam nak praktik jer kemahiran silat yang Lyeen baru study tu kan. Tapi, rasa macam tak patut. Sekarang ni kita kena belajar how to control our self. Serius, semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak ni terasa snagat yang diri ni kuat, gagah dan perkasa. Bukan nak berlagak tapi sekarang Lyeen dah tak terlalu sensetif. Siap aku boleh buat dunno bila orang nak kenakan aku. Kedua, bila orang sindir Lyeen biasanya Lyeen akan hentam habis-habisan dalam wall facebook. Biasalah. Facebook kan tempat sindir-menyindir. HAHA. Tapi sekarang, Lyeen tahu macamana nak control. Kadang-kadang sedar diri jugak. "Aku dah 20 tahun ok. Tak mainlah gaduh-gaduh. Biar orang buat kita. Kita jangan buat orang.". Bukan nak double poyo. Tapi, kalau kita layan orang yang suka cari gaduh memang tak akan putus kot.

Lyeen buat dunno jer. Dengan En. PC sendiri Lyeen dah cakap yang Lyeen ada list orang yang memang suka sakitkan hati Lyeen. Dan ada satu nama yang memang tak pernah luput dari dulu sampai sekarang. Tak suka dia! Dia suka buat Lyeen jealous. Dia suka sakitkan hati Lyeen. Dia suka rampas apa yang Lyeen ada. En. PC memang tak galakkan Lyeen macam tu. Tapi, bila jumpa orang yang macam tu. "Itu makan dia..:p". Bila En.PC sebut nama orang tu depan Lyeen. Sah-sah Lyeen mogok 15 minit tak nak cakap, tak nak call, tak nak sms dengan dia. HAHA. Tapi, tabik sikit dengan En. PC sebab dia memang matured dalam bab ni. Aku kurang sikit sebab aku kan jiwa halus.HAHA. 


Ok. Tamat cerita. Memang tak baik nak benci-benci orang. Tak tegur orang. Tapi, bila dah orang tu saja nak bakar kita. "Eee..sakitnya hati kita ni..". Maka, baik tak yah tegur dia. Buat dunno kat dia walaupun u olls akan selalu nampak muka dia. Ish! Mencik! Mencik! Mencik..:p

NOTA PINK : Kalau kita buat baik memang susah orang nak ingat. Tai, bila kita buat jahat selamanya orang akan ingat. Sebab tu, kita kena rajin buat baik supaya hubungan kita sesama manusia akan terjaga. Jangan sakitkan hati orang lain dengan benda yang bukan-bukan. Dalam hidup kita memang selalu akan rasa tak puas. Selalu nak lebih dan lebih. Tapi, yakinlah bahawa Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik dari yang kita jangkakan..:)

Ok bai. Assalamualaikum.

14 000 Makan Cupcakes!:

ANa Ahmad berkata...

hehe laju AA baca but ada stu dua tempat tu bila BACA jadi tersekat pada sangat dan dengan hehe..jadi terseliuh lidah nak sebut kiki..telan cupcake lagi laju2 hehe nasib x tercekik hihi :D nice entry..biru... i suke biru tu..XD

ejulz berkata...

x dpt bayang kalau praktik silat tu.. hehehe

Paly berkata...

mencik mencik mencik :)

zulhilmi tempoyak berkata...

eden termasok dalam list tu x.. hikhik

Izza Sakura berkata...

Tul tu lyeen

Seneorita Baharin berkata...

ini makannyerk..hehe..bukak silat je lyeen..hihi.. :D xpe2 sabar ok syg..control urself.. ^________^

Lissa LaLissa berkata...

betul tu kak., buat dunno lagi bagus., t biar orang tu pulak yang sakit hati kalau dia kena kan kita tapi kita buat dunno., ehehe

Nick Nashram berkata...

bukan ke hari rabu hari kokurikulum..hee..saya pakai baju pengakap ke sekolah.

nabila biela berkata...

comey jew lyeen..geram ngan lesung pipit tuh..haha

Mrs Velentine berkata...

kadang2 org ni kita tak boleh nak tahan feel dia..

Mrs Velentine berkata...

kadang2 org ni kita tak boleh nak tahan feel dia..

Nadia Johari berkata...

sbr jela dgn perangai org ni

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

hehehe comel sungguh lyeen ni... betul tu, memang tak patut kita saling benci mmbenci.. tapi kdg2 ena ni tak boleh tahan dari mmbenci org yg kacau hal peribadi ena... huuuuuuuuuuuuu jgn teruk ena ni

QasehnyaRania berkata...

praktik silat ;)

jom jin GA ni, kalau ada masa :)

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/03/mini-ga-sempena-2nd-anniversary.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...