Isnin, 4 Mac 2013

Hari paling handsome.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Red Velvet.

Alhamdullilah, Lyeen dapat taip entry malam ni. Alhamdullilah juga semua hal--hal minggu lalu dah settle. Sesungguhnya minggu lalu adalah hari yang paling sibuk Lyeen pernah lalui. Makan tak tentu. Mandi tak tentu. Tidur apatah lagi. Pagi jadi malam. Malam jadi petang. Petang jadi subuh. Hidup mengalahkan orang tengah angau. HAHA. Apapun, Lyeen anggap itu sebagai satu cabaran untuk Lyeen. Sebab Lyeen tak pernah pegang jawatan tertinggi dalam apa-apa organisasi sebelum ni. Dan tahun ni, mungkin orang dah tengok Lyeen matured sikit kan? Tu pasal dorang rilek jer suruh Lyeen jadi orang kuat. Ahaks!



Dulu Lyeen comel macam cupcakes. Sekarang dah kurang sebab Lyeen kan ikut kawad. Muka dah macam cupcakes terbakar dengan darjah celcius paling tinggi! Kadang-kadang, bila Lyeen tengok cermin kan rasa lain. Fikir kejap..'Eh, ni muka siapa?'...So, lepas ni kena ada misi berkurung dalam bilik disamping guna bedak sejuk 24 hari 24 malam. Tu nasib baik Lyeen ikut kawad separuh masa jer. Sebab  separuh masa lagi Lyeen pengsan. HAHA. Hebat juga bila pengsan sebab bila sedar-sedar jer dapat air 100 plus dengan biskut Julie's free depan mata. Lain kali nak pengsan lagi. Kotlah ada Kepsi kan. HAHA.



Gambar ni curi dari FB kawan. Hijau itu sweet. Terasa diriku begitu handsome sangat bila guna baju ni. Serius! Terasa macam Aaron Aziz kejap. Tapi, panas. Dahaga. Lapar. Bayangkanlah kena berdiri dengan kasut tumit tinggi u olls. Time tu jugak insaf dan padam nawaitu nak jadi model. HAHAHA. Habis jer kawad terus tukar baju sebab Lyeen jadi MC untuk acara pulak. Lari sana. Lari sini. Rasanya kalau Lyeen ikut acara 4x400m dah cukup syarat kot. Tapi, takpa i bagi peluang dengan orang lain cari pengalaman jadi atlet..;p



Ok. Tiba-tiba rasa nak letak gambar ni juga. Ok.Motif letak tak tahu lagi. Cuma memang nak letak..:)

Lepas je majlis, Lyeen dengan Aida ikut Cikgu Azrul balik rumah dia untuk study buat cupcakes. Cerita tu next entry Lyeen update. Sebab nak create entry panjang-panjang sampai u olls rasa putus asa nak baca. HAHA. Malam tu juga, Lyeen ikut cikgu pergi tengok silat. bukan setakat tengok, Lyeen pun join sekali. Even aku tahu langkah Lyeen sumbang-menyumbang. Gagah dan yakin jer buat elak pukul 1 hingga 10. Cikgu kata tak tahu kena belajar.

Hidup kalau terlalu skema tak best. So, kita enjoy. Yang penting kita tahu batas-batas kita. Jangan terlebih sudah..:)

NOTA PINK : Sekarang Lyeen handle dua blog dalam satu masa. Blog Lyeen sendiri dan Blog Indera Bentara yakni blog rasmi silat yang Lyeen join. Follow laju-laju! Lyeen dah maju sebab main silat plak kan? Kalau dulu bila classmates kacau nangis jer la keja aku kan. Sekarang, bila dorang kacau aku buat dunno jer. Kadang-kadang dorang yang nangis. HAHA.:P

Ok bai. Assalamualaikum.








13 000 Makan Cupcakes!:

Seneorita Baharin berkata...

Heee, cupcakes terbakar pun xpe lyeen, tetap maintain chomel :D
btw, lama gila akak tak berkawad, rindu plak rasanya..heee.btw good luck lyeen! ^______^

ANa Ahmad berkata...

hehe aktif juga hensem ni haha... pepun terbaik la lu mmg poyo hehe mcm sye kawad juga hehe :D

farah syamimi berkata...

Jom join segmen saya, mana tahu nnt awak yg akan jadi bloglist saya :)


http://farahsyamimi-blogger.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html

Farah Waheda Wahid berkata...

true... live life as it is and enjoy it... but kena tau limit kan?

*wah...activelah adik akak yang sorang ni...

Irwan Alessa berkata...

wan 3Tahun berturut join kawad kaki peringkat sekolah.. hehehe kadet polis je dulu.. Tu pun jadi command je :P

Paly berkata...

cupcake terbakar pn ok jgk kan, hehehe

the Izudean berkata...

korang2 ke datang UPM haritu. jenguk ke stadium sambil nak gi kelas :)

Lissa LaLissa berkata...

cupcakes terbakar pun comel tetap comel jugak., hehehe

вʋввℓɛ ρσρƨ berkata...

wah.. silat tu ;) hehee. ade classs :) heheee

Nurul Filzah berkata...

skrg nie pun kita tgh ade latihan kawad. stiap awl tahun mmg muka akan jd mcm kuda belang.

Nick Nashram berkata...

hahah..sama la kita.
berjemur tengah panas.
tgn dah jadi separuh gelap separuh putih.

QasehnyaRania berkata...

ciksu masa zaman sekolah masuk kadet remaja sekolah.. siap p peringkat kebgsaan lagi.. bestnya masa tu :)

Nadia Johari berkata...

haha..terbkar sekejp je..pastu cerh balik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...