Rabu, 27 Februari 2013

Hari Sibuk-Sibuk Sedunia!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Hazelnut Coklat.

Alhamdullilah boleh menaip lagi utnuk hari ni. Alhamdullilah juga terima kasih untuk mereka yang join Segmen Klik Sana! Klik Sini yang Lyeen buat selama seminggu tu. Tahniah untuk yang bertuah dan yang tak bertuah pula jangan kecik hati okay. Maybe bukan nasib u olls untuk segmen kali ni. Jangan risau. Masih ada 3 sponsor lagi yang tengah tunggu que untuk Lyeen promosikan pages mereka. Dan hadiah yang mereka tawarkan juga sangat gempak. Untuk next Segmen, Lyeen dapat sponsor 10 helai inner tudung bawal u olls. Alhamdullilah, rezeki mengejar Lyeen. Ahaks!


Untuk kesekian kalinya Lyeen memang sibuk dalam dua minggu ni. Selepas cuti pertengahan semester tadi. Balik IPG berjuta-juta kerja menunggu. Assignment semua datang minggu ni. Latihan sukan pun semua kena buat minggu ni. Lagi-lagi bila Lyeen jadi Naib pengerusi untuk tahun ni. Seksa u ools! First time Lyeen dapat naik tangga 100 kat IPG ni dalam tempoh tak sampai 3 minit. Kira pecut okay! First time juga Lyeen pecut guna baju kurung dan high heels. Tak kau menangis darah!

Apapun, semua kerja tu buat Lyeen lagi kuat dan tabah. Sesekali terasa jadi atlet sikit. Selama ni asyik pengsan memanjang. So, kali ni takmau pengan! Minggu ni juga Lyeen join Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong. First time dalam hidup Lyeen join seni mempertahankan diri. Mula-mula masuk memang Lyeen rasa sangat-sangat sakit. Tapi, bila dah join latihan. Memang rasa seronok even kadang-kadang kau rasa macam nak menangis time buat 'tapak'. Kadang-kadang Lyeen rasa nak jatuh. Kau tahulah orang tak stabil! Bila tahan kiri, kanan jatuh. Bila tahan kanan, kiri pulak jatuh! Huh...! InsyaAllah lepas ni stabil. HAHA.


Yeah. Ini keluaga silat Lyeen. Time ni ada Bengkel Seni Bela Diri Wanita. Untuk majlis penutupan Lyeen jadi pengacara majlis saat-saat akhir. Sebab pengacara majlis yang sebenar sakit gigi. So, Lyeen tolong dia..:). Okay!  Even masih baru jer kenal mereka tapi mereka sangat-sangat sweet. Time latihan memang rasa "Ya ampun, tegasnya.!"..Tapi, bila habis jer latihan silat. Tegas tolak tepi. Semuanya jadi manusia paling sweet. paling sempoi.. Termasuk jurulatih silat sendiri. Cikgu Azrul yang sangat sporting u know! Siap bagi cupcakes lagi time birthday anak dia hari tu. 


Cikgu Azrul kata ada orang bagitahu dia yang Lyeen suka cupcakes. Tak sangka ada secret admirer. Ahaks! Cantikk plus comel sangat sampai tak sanggup nak makan. Rasa macam nak simpan dalam almari jer buat perhiasan kan. Tapi, kena makan juga! Hujung minggu ni nak study dengan wife Cikgu Azrul cara nak buat cupcakes ni..! Lepas tu, boleh buka kedai. Otak niaga saja! 

Okay, esok pula Lyeen terlibat lagi dalam Majlis Penyerahan Baucer Buku 1Malaysia. Baru tadi akak senior mesej minta Lyeen jadi pengacara majlis. Semoga semuanya baik-baik saja kan. Petang pula dah ada prakejohanan untuk sukan. Sabtu pulak dah masuk hari kejohanan. Lyeen ikut kawad u olls. Pandu Puteri Kadet. Doakan Lyeen dapat nombor satu! Yeah...! InsyaAllah, next week takdak lah sibuk sangat dah. Harapnya macam tu. Okay.

NOTA PINK: Sebelum ni asyik tulis entry pasal segmen jer kan. Dah lama tak taip entry berkisahkan kehidupan. Sesungguhnya, kehidupan sebagai seorang pelajar itu sangat menyeronokkan even ada masanya u olls rasa macam nak gila bila ada kerja yang kita rasa tak sempat nak buat. InsyaAllah dua tahun lagi nak habis. Dua tahun lagi.

Ok bai. Assalamualaikum.


22 000 Makan Cupcakes!:

ANa Ahmad berkata...

hehe betul tu pahit masam manis semuanya ada hehe bnyk juga jwtan ea pgg.. kalau AA la kan,, mmg lari la x brani nak pgg mcm2 jwtn,,tmbh2 jd mc lak haha lagi laerrr no komen haha

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

syedapnyer kek ngan kapkek tu..

Irwan Alessa berkata...

hehehe semenjak jadi atlet ni lyeen sibuk memanjang kan?? tapi harap lyeen dapat bagikan masa.. :D

p/s : semoga cikgu tabah :p

Hanida Moss berkata...

muka lyeen mcm kawan saya pulak tgk gambar kat atas tu.. ehehe :D

btw, insyaallah next segmen saya nak join la pulak!

timm_bill berkata...

he3..gud luck! bz betoi yer awai2 sem nie..

Paly berkata...

auwmm.. bese ler awal2 sem :D

Alyn Roslan berkata...

nanti dah pandai buat kek, boleh ler ajor kami ni..:)

Nieyxzha Hassan berkata...

Cik lyeen..nak cupcakes tu..^^

~IraNur~ berkata...

amboi... sibuknya dia.. macam retis xD

C.T.K berkata...

wah...aktiv btul lyeen ye....msti rmai syg sbb lyeen slalu tlg org..hehehe...comel lyeen ngan lesung pipitnya itu :D

Miss Zaty | darikacamata berkata...

lyeen course ape ye at IPG ?? sbb ade kwn at sana dari Sabah jugk..lyeen, tQ dh dpat hadiah huhu

Seneorita Baharin berkata...

amboii bz je lyeen, hee, bagus2, keep it up girl..akak doakan lyeen berjaya n menang kawad tu eyh..btw sedap cupcakes tu..nak sikit..heee :P

Asmieza As berkata...

Nak masuk silat jugak. Tp errr errr. hihi. Belum ada keberanian :/

ANISRAHIM berkata...

Betul sangat! Akak dulu time belajar rasa boring, bile dh abis blaja, rindu plak nk belajar, lagi2 time skolah menengah. Ohoi doraemon :D

Ahmad Zarif berkata...

bestnye kalau dapat belajar balik. hehe..

Yumida Huda berkata...

sedapnye kek tu lyeen..siap de secret admirer lg..hehe

moga dipermudahkan segala urusan lyeen

Zamani Abe berkata...

Salam~ Zam datang nak order cupcakes dgn cik Lynn.. hehe

✿A I N A A✿ berkata...

wah wah, berderet2 sponsor menunggu tu... hehehe.. Bagusnyaa ada orang bg cupcake kat lyeen... siapa nak bagi pink rose kat ena ye?? hehehe

Ibnuismaini Ismail berkata...

Whoaa, silat dan cupcakes. boleh buat cerpen. ganas tapi sweet. ahah

sa mic berkata...

sibuk-sibuk pun masih boleh senyum lagi tu, heheh

Nadia Johari berkata...

wah bznyer die...pe2 pun mkn cupcakes dulu..hehe

QasehnyaRania berkata...

alahai sibuknya cik lynn..nak cupcake 1, boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...