Khamis, 14 Februari 2013

GAMBANG WATERPARK

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabrakatuh.
Salam Cupcakes Hazelnut Strawberry.

Alhamdullilah, setelah puas Lyeen melakukan penjelajahan dari segmen ke segmen. Dari GA ke GA dan dari contest ke contest. Akhirnya Lyeen taip entry berbaur peribadi! HAHA. Dah dua hari kan tak taip entry pasal Lyeen? Asyik join segmen sana-sini. Urus Segmen yang lepas-lepas. Tak snagka jadi blogger pun boleh sibuk. Ayat power!


Yeah! Antara sebab Lyeen tak sempat update entry semalam ialah kepenatan tahap maksimum tatkala seluruh anggota badan sangat-sangat sakit. Letih. U olls bayangkan sahaja bertolak dari rumah pukul 11 pagi. Balik semula ke rumah pukul 11.45 malam. Tak kau kematu segala-galanya! Perjalanan dari Karak ke Kuantan jer dah jauh. Siap tertidur-tidur lagi. Sedar-sedar kepala kat kaki dak Aiman. Lena jer tidur aku.


Sampai jer kat Gambang, bayar itu ini. Bayar itu ini tu bukan hal aku. Semua kos dibawah tanggungan abang aku! HAHA.Masuk jer sewa pelampung. Lepastu mengusung pelampung tu pergi kolam yang berombak-ombak. Lyeen paling tak suka part kat sini bila sesuka hati mereka jer langgar pelampung Lyeen dengan adik. Kalau ikutkan hati nak saja aku tenggelamkan mereka itu! Fuhhh...:p

Kami takdak ambik gambar dalam tu sebab kamera semua simpan dalam locker. Yer la..semua dah nak mandi...Siapa nak ambik gambar? Lepas main ombak-ombak. Pergi taman air kanak-kanak. Even dia tulis kat situ..'For Kids Only'. Tapi, Lyeen buat taktaw jer. Kan ke aku the baby face! HAHA. 


Mereka anak buah Lyeen. Aiman, Aisyah. Aiqal. Super duper hero dan heroin idaman Malaya. Dak Aiman ni lagilah..Siap cakap.." Janganlah takut. Takde apapun. Tengok Aiman. Ok jer..." Dialog ni dia cakap kat Lyeen time menyusuri sungai kecik kat belakang kitorang tu. Eve ketinggian air cuma 1M jer dan kalau ada ombak akan jadi 1.5M. Tapi, tu pun dah buat Lyeen macam nak menjerit sepenuh hati. Lagi-lagi bila masuk dalam terowong ais...Wow!


Belakang sekali adik Lyeen. Rindu dia tiba-tiba. Baru jer siang tadi hantar dia balik UIA. Tiba-tiba Lyeen rasa jadi kakak paling loving dalam dunia. Time ni kami memang dah nak balik. Rasanya, orang paling last keluar dari Gambang Waterpark tu adalah kami! HAHA. Seronok. Time tengah siap-siap nak balik nampak orang main bola tampar kat padang pasir. I mean, tepi kolam yang berombak tu ada satu padang yang diorang tabur pasir. Nak jer Lyeen try spike bola tampar. Tapi, Lyeen seorang yang pemalu. Lyeen tengok je mereka main. Hebat!


Yeah! Dialah adik saya. Dia ikut muka Abah. Lyeen ikut muka Mak. Tu sebab orang tak percaya yang kami ni adik beradik. Dulu kecik-kecik kami selalu berperang! Sekarang kami dah matured. Kihkihkih! Time kat Gambang, dialah yang banyak jaga anak-anak buah. Sebab dia dah pergi Gambang dua kali. Yang Lyeen ni first time! So, excaited tu melebih-lebih. Semua game Lyeen try. Terowong gelap, Terowong terang dan yang putar-putar sampai pening pun Lyeen naik. Sampai dua kali Lyeen lemas sekejap dalam air. Nasib baik dapat cover!


Muka penat. Muka letih. Muka poyo. Muka nak tidur. Muka nak rehat. 
Jemari dah berkedut-kedut sebab lama snagat rendam dalam air. Siku Lyeen terkupas sikit sebab cedera time turun gelongsor. Almaklumlah, first time kot! Takpa, janji happy. Sampai satu Gambang dengar suara Lyeen menjerit! Bhahahahaha... Dalam terowong ais lagi best jerit-jerit. Tapi, tunggu takdak oranglah. Kalau ada orang sah-sah pelampung Lyeen kena putar 360 darjah.


Last! Bila nak balik Lyeen boleh silap lif! Terpaksa jalan kaki pergi parking lot. Dahlah parking tu jauh mak aiiii. Takpa, latihan untuk Sukan IPG bulan Mac nanti. Ahaks! U olls mesti percaya bahawa Lyeen boleh lari 100M. HAHA.Eww...taknak aku! Taubat dah merasa trek 100M tahun lepas! Dah  siap-siap semua hal. Terus balik Karak. Sampai rumah. Cari katil. Tidur. Nikmatnya bila badan yang sedia letih merasa tilam empuk! 

Apapun, Gambang Waterpark, Kuantan memang the best. Kami sampai sana mak aiiiih. Ramai sangat manusia. Tapi ramai tu yang best. Merasa juga 1 Malaysia kan? Biasalah, bila cuti semua nak jalan-jalan. Inilah masanya nak eratkan hubungan kekeluargaan. Sehh. So, u ollls bolehlah memilih Gambang sebagai tempat percutian menarik! Tiket masuk kalau tak silap RM 28.00 untuk dewasa tapi kalau u olls adalah student sepenuh masa. Maka, bawalah kad student anda dan anda hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00 sahaja. Kalau tak silaplah. 

Nota Pink: Dengar-dengar lepas ni abang nak ajak pergi Terengganu! Yeahhh! Nak jumpa Zizan boleh? Apapun, u olls manfaatkanlah cuti yang ada ni. Esok Lyeen dah balik KL. Dua hari lepas tu kena kuliah semula. Kena berdepan dengan assignment semula. Takpa, dah melepaskan stress kat Gambang. Sekarang ada aura baharu! Yeh!

Ok bai. Assalamualaikum.

NOTA CINTA : Jom tolong Lyeen untuk undi Lyeen kat SINI. Hanya tolong tekan butang LIKE sahaja. Terima kasih banyak-banyak! 


23 000 Makan Cupcakes!:

Nurul Ain berkata...

gambang best hahah

C.T.K berkata...

waaaaa...bestnya...xpergi lg gmbang..huhu...

MisEyz BLurz berkata...

wahh..beznya main air..hihi

Irwan Alessa berkata...

bestnye.. teringin dulu nak g.. tapi tak kesampaian lagi.. hehehe :D

Nadia Johari berkata...

gmbng waterpark mmg best..dh penh p..main gelongsor tu..woo best2

Aina Areen berkata...

wahhh, macam best jea ;) teringin nak pergi and jerit-2 mcm lyeen :)

alia syuhada berkata...

Best ke Gambang ? Tak pernah merasa pergi lagi , hmmm . Tak boleh blah yang akak cakap buat muka baby face tu , haha ! Lagi satu yang budak Aiman tu . Amboiihh ! Cakap mengalahkan orang tua ! hehe ^^

((: AYu :)) berkata...

lama dah tak g Gambang ni.. Masa mula2 bukak dulu jakun jgk... skrg ni mcm tak best jer dah...

Budak Kampung berkata...

2 dia...p gambang xd ole2 ka???

Cik Rongoks Ika berkata...

gambang best ! dh 2 kali pegi.hahaha

Lissa LaLissa berkata...

waaa.. bestnyaaa., hehe

Syazwani Mazlan berkata...

wah..seronok ye bercuti? mmg best ke gambang? hanya ada tmpt mandi je ke? taman2 rimba xde?

ANa Ahmad berkata...

terbaik la hehe.. lama x berenang ni ^^

Izzati Liyana Sabri berkata...

amboi seronoknya berjalannn. hehe

nyna amani berkata...

saya yang duduk Kuantan pun x pernah pergi Gambang Waterpark tu cik lyeen. Hehe.. Mcm best. Nanti nak pergi la..

PeRdU cINta berkata...

kuantan pahang,teluk cempedak dah sampai..cuma gambang tak pergi lagi la..hihihihi..oneday maybe insyaAllah.. :)

najihahfara berkata...

dulu harga 18 je masa mula2 masuk huhu

✿A I N A A✿ berkata...

even ena belajar kt kuantan, tapi masih tak pernah pergi kat tempat ni.... tnggu buah hati mai sini, baru nak pergi.. huuuuuuuuuuuuu

aisyah humaira' berkata...

nak pegi.. nak pegi.. hik3. bila lah kan dapat merasa. terperuk je kat rumah. adushh!

#adik uia? sgt dekat dgn rumah niera. hanya 5 minit shaja jarak uia dgn rumah. hihi. kalau tahu, boleh jumpa. :)

Diyan Hani berkata...

wah...bestnye...duk pahang pun tak g gambang ag..uwaaa

Vee Lea berkata...

So sweet :) Masa spend dgn keluarga lah yg paling best :))

Aqilah Othman berkata...

Bestnya dpt pergi gambang >< tahun lps wktu qilah drjh 6 , sekolah ada buat lwtn ke situ , tp mahal bebenor . Tsk tsk , tkpe lah , tkde rezeki lagi :'D

michelle De hunny berkata...

bestnye tempat tu.
rasa nak pegi tp x tau bila.
hehee..
sangat x sama muka lyeen dgn adik lyeen.keee muka lyeen dah tembam?
kekekeke :PP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...