Khamis, 24 Januari 2013

Sejauh mana manusia menilai kita?

Asalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Apple.

Alhamdullilah, dah habis Lyeen pulun segmen. Baru pulak timbul kesedaran nak update entry berbentuk diary. HAHA. Tengok title post Lyeen rasa macam nak bagi kuliah jer kan? Takpa. Ilmu Allah seluas alam. Yang baik kita kongsikan untuk manfaat bersama-sama. Lyeen bukanlah sesempurna mana hingga boleh melabelkan orang lain tak baik. *ayat klise aku. HAHA.


Dalam dunia ni kita akan jumpa orang yang macam-macam raga. Pegang pada ayat ni.."tak semua orang kita suka dan tak semua orang suka kita." Tapi, even kita dah suka kat semua orang. Kenapa masih ada nak benci-benci kita? Ni yang tak syok..! Kita kena ingat, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Thats why kalau kita buat baik pun, akan ada orang yang tak suka sebab dalam kotak fikiran mereka.."Alah, saja lah tu nak tunjuk baik!" See!

So, kita jangan pelik kalau ada orang tak suka kita. Mungkin juga mereka iri dengan kelebihan yang kita ada. Tapi, jangan pernah untuk kita balas semula. Orang buat baik kita balas baik. Orang buat jahat kita buat dunno jer. Biaq pi dengan depa!..Sehh...pandai dah aku loghat utara. Pass! Macamana pun orang tak suka kita,kita buat taktaw jer. Except kalau kita yang salah. Jangan ego sangat nak minta maaf. Maaf adalah sebaik-baik permulaan permusuhan. Percayalah!


Dulu aku dengan budak ni selalu gaduh. Jeling-jeling. Macam budak tahun 3 yang duk kelas paling hujung. Aku pun tak tahu part mana yang kami jelingkan. Nak kata aku rampas boyfriend dia tak juga. Tup-tup sekrang kami dah macam isi dengan kulit. Dia isi aku kulit! Tapi, kadang-kadang Lyeen memang suka cari gaduh dengan dia. Orang poyo memang macam tu. Bila strees mulalah nak jadi Awie.."Ini semua poyo.." Ok bai. HAHA.

Dalam dunia ni, kita kena selalu buat baik. Tak kisahlah manusia nak nilai kita macam mana. Sebab penilaian manusia selalu menipu. Pandagan hati itu yang hakiki. Hati yang macamana? hati yang niat tulus kerana Allah. Ingat sahaja bahawa semua perbuatan kita, nawaitu kita bermula dari Allah SWT. Kita doa semoga orang selesa dengan kita. Kita doa semoga orang tak benci kita. Kita doa semoga orang doakan kesejahteraan untuk kita.

NOTA PINK : Kita seagama. Kita saudara. Apa yang nak diirikan? Sama-sama maju. Sama-sama berjaya. Harta Allah itu seluas alam. Mengapa perlu direbutkan? Apa ada pada nama hingga saudara sendiri ditikam dari belakang? Renungkan dan selamat beramal. Hidup kita cuma sekali. Mati kita membawa kebaikan bukannya keburukan.

Ok bai. Peace! Assalamualaikum.


12 000 Makan Cupcakes!:

✿A I N A A✿ berkata...

betul tu lyeen cuma ena ni kdg2 malas nk buat baik dah.. penat sgt.. org suka take advantage atas diri ena.. hurmmm

Cinta hazanis berkata...

tak semua orang kita suka dan tak semua orang suka kita.

p/s: suka dengan kata2 ni.:)

Miss Zu berkata...

salam maulidur rasul.. mai la dtg blog kita

aisyah humaira' berkata...

wah ! sokong ! betul3. kenapalah mesti ada iri?

fifie berkata...

Fie rasa perempuan memang macamtu lyeen, kalau jumpa wajib jeling jeling lepas tu bila dah kawan. eh kau tahu aku dulu tak suka kau la. Hahhaa. Tapi bila dah kawan, boleh pulak jadi geng.

Irwan Alessa berkata...

dulu wan selalu gaduh dengan penolong kelas, sebab salu pi ngadu kat cikgu kelas yang wan ni ketua darjah yang gila.. :D

p/s: macam tak ada kene mengena.. hahaha..

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI berkata...

perempuan kalau x jeling , x sah walaupun x kenal... maybe jeling menjeling ni , salam perkenalan kot :D

Nadia Johari berkata...

setiap orng perngai lain2..hehe..nak wat mcm ne..

Ayie Abas berkata...

salam cik lyeen :)

waah...dua2 anak dara tu manis....senyuman nya aduhaiii..:D

mie berkata...

manusia lahir dari pelbagai karektor dan perasaan..
yang penting kita kenal diri kita..
eehehehe

Amirah Raduan berkata...

Kita mati membawa kebaikan bukan keburukan.. :)

alia syuhada berkata...

betul tu kak xD Biar orang buat kita jangan kita buat orang . Tu semua urusan Allah . Kita buat baik pada orang , orang senang dengan kita :D Akak comel ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...